728 x 90

Sunday 26 June 2016

BIKA X Chic Pavo Iftar Party

Pada 18 Jun lepas, saya telah di jemput ke  BIKA X Chic Pavo Iftar Party  sempena pelancaran produk baru dari Bika Food Sdn Bhd, iaitu Bika Little Bear Chocolate Biscuits dan Bika Milk Biscuits bertempat di Kafe Chic Pavo , Nong Chik Johor Bahru. 

" Bika komited dalam menyediakan  "happy snacks" untuk setiap momen dalam kehidupan " kata Wong Ngar, founder Bika Food Sdn Bhd. Menurut beliau lagi, mereka sangat komited dalam menghasilkan snek yang bernutrisi dan berkualiti serta mematahu peraturan keselamatan penyediaan makanan.Produk mereka bebas dari bahan pengawet dan bahan kimia yang terlarang dan yang penting sekali dijamin halal oleh JAKIM. 

Sejarah Bika bermula pada tahun 1979 di mana produk pertama mereka ialah kerepek ubi. Pada tahun 1995, Bika menjadi salah satu jenama snek kegemaran di Malaysia. Selama lebih 30 tahun Bika telah mengeluarkan pelbagai snek seperti Tapioca Chips, Seafood & Prawn Crackers, Chocolate-Cream-Filled Wafer, Candies dan lain-lain lagi. 

Pelancaran Bika Milk Biscuit bertujuan untuk meneruskan tradisi snek berkhasiat di mana sasarannya untuk mengurangkan masalah obesiti akibat pengambilan snek berlebihan. Bika mengeluarkan snek dalam bentuk pek kecil supaya sennag dibawa kemana-mana dan diambil dalam kuantiti sederhana. 

Harga runcit bagi Bika Milk Biscuit ialah RM1 bagi 66g . 

Pada hari yang sama, Bika Little Bear Chcolate Biscuit turut dilancarkan. Biskut yang enak dan rangup berbentuk beruang ini pasti memikat kanak-kanak untuk mencubanya. Harga runcit bagi biskut ini alah RM1.80 bagi pek 100g dan RM0.30 bagi pek mini 14g. 



Majlis Pelancaran Bika Milk Biscuit

Pelbagai produk Bika yang pasti menambat hati

Atucara Majlis

Goodies box untuk setiap tetamu jemputan. 

Banyak betul koleksi snek dari Bika,yang dalam balang berwarna warni tu sangatlah mengancam. 

Antara jemputan yang hadir dari pelbagai media

Sebelum majlis bermula kita makan dulu. 

Ucapan pembukaan dan pelancaran Bika Milk Biscuit oleh Miss Eryn Wong


Barisan model yang  memperagakan busana baju raya dari Butik Chic Pavo

                               Pemenang cabutan bertuah menerima duit raya RM100. 


Sesungguhnya saya tidak berapa bertuah malam itu sotiada dalam gambar 

Group Photo bersama orang kuat Bika Food Sdn Bhd, Miss Eryn Wong dan blogger Carinn Tan 

Bersama blogger LerLer Chan bergambar dengan replika biskut

Kami tidak melepaskan peluang bergambar dengan prop Bika Milk Biscuit 

Group foto bersama blogger, tetamu serta staff  Bika Food Sdn Bhd 

Kandungan di dalam goodies box untuk setiap tetamu yang hadir


Berita baik untuk kaki contest. Bika mengadakan pertandingan 【BIKA : Eat, Snap and Win!】. Detailsnya di bawah yer.



Stand a chance to win RM100 Duit Raya on this festive season. How to participate :
1. Snap the best photo with Bika Milk Biscuit or Bika Little Bear with a creative caption.
2. "Like" and "Share" the Bika's Facebook Page.
3. Include the hashtags
‪#‎bikamilkbiscuit‬
‪#‎bikalittlebear‬
4. Please ensure your profile is made to public.
3 Lucky Winners will be selected from the total number of likes. Hurry, submissions end on Thursday, 30 June 2016 at 6pm. Announcement will be posted on Bika's Facebook Page on 1 July 2016. So start snapping!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peraduan,promosi dan produk terbaru Bika boleh layari fan page mereka di https://www.facebook.com/BIKA.MY/

1 comment:

  1. sy suka makan kepok ayam bika, yg plastik colour hijau tu 😍

    ReplyDelete