Tips untuk memilih restoran yang menyediakan juadah yang sedap di tempat yang kita tidak biasa ialah pertama, kita tengok kedai tu ada ramai pelanggan atau tak. Kedua, kita tgk pilihan lauk pauk/makanan yang ada. Kalau ada banyak pilihan dan ramai orang, boleh la masuk ke kedai itu. Restoran pilihan kami ialah Restoran Anisha. Kalau tengok mcm kedai mamak, tetapi tukang masak yang buat hidangan goreng tu org Melayu. Saya telah memesan kuew teow goreng seafood dan ternyata rasanya tidak mengecewakan. Sebijik mcm kuew teow goreng Suntoo Jalan Hamzah kat Kota Bharu. Satu lagi tips kalau nak pesan makanan kat sini, kena sebut nak pedas sebab kalau tidak memang tak ada rasa pedas langsung. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan hidangan goreng goreng di sini.
Satu catatan perjalanan hidup seorang insan biasa. Segala tulisan adalah pandangan peribadi semata-mata tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang meninggal dunia.
Sunday, 12 October 2014
Jalan jalan cari makan di Papar
Hari terakhir di KK cuaca agak cerah jadi kami mengambil keputusan untuk berjalan jalan di sekitar pekan berdekatan. Selepas melawati Taman Hidupan Liar Lok Kawi, kami pergi ke pekan Papar untuk makan tgh hari. Pekan Papar ini terletak lebih kurang 40 km dari bandar KK.
Labels:
holiday,
kota kinabalu,
Papar,
sajian lestari,
travelling
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


yummy
ReplyDelete