Sunday, 3 March 2013

Pantai Penyabung

Lamanya tak update blog. Dah bersawang-sawang jadiknya. Saya mmg suka baca blog orang, tapi nak menulis kat blog sendiri ada sedikit malas, termasuklah nak update menang apa-apa. mostly bila dapat something tu terus excited nak guna(voucher) jadi tidak sempat ambil gambar. Apa-apapun, Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan Allah sw.t kepada keluarga kecil saya, sedikit sebanyak membuat kami sekeluarga gembira, syukur...

Kadang-kadang , rasa kekok nak menulis takut penulisan disalah ertikan. takut dikatakan tidak peka atau sensitif. Takut dikatakan menunjuk-nunjuk. Di atas sebab-sebab inilah yang menyumbangkan kemalasan nak menulis. Banyak benda nak bercerita dan dikongsi bersama tetapi ....

Tetapi... berapa banyak tetapi daaa..entry ni perlu buat sebab mmg sudah berjanji untuk ditulis dan dikongsi pengalaman. Setakat ini bila google, hanya ada satu blog sahaja yang membuat entry ini, itupun beberapa tahun lepas. Tapi saya sangat berterima kasih kepada empunya blog yg mengambil inisiatif menulis dan mengupdate walaupun entry tu dah bertahun-tahun lepas. Ok, giliran saya pulak mengupdate.

Pada cuti CNY yg lepas, saya sekeluarga pergi ke Pantai Penyabung. Pantai ini juga dikenali sebagai Pantai Pasir Lanun. ( ataupun ia pantai berbeza, tapi duduk bersebelahan sahaja). Namanya agak tak berapa popular jika dibandingkan dengan Air Papan, tetapi bagi kaki pancing, tempat ini sudah tidak asing bagi mereka.

Ok, kita cut story, terus ke gambar.

Private beach di chalet Pantai pasir Lanun yg sangat awesome 
Ada astaka utk lepak; sit n do nothing gituh 

gambar Chalet duk dlm hp la pulak, saya letak no tel jer utk dihubungi:

Pasir lanun Camp n Chalet:
07- 794 4778
019-7764778

Nanti jumpa kabel, baru blih update gambar chaletnya. 


Selain tu, saya ada dpt no contact utk chalet ini, Endau Beach Resort namanya. Yang ni dekat pantai penyabung, siapa nak fishing mmg cun la sebab walking distance jer dgn jeti tempat org fishing, ada swimming pool utk bawak family. Ni chalet yg paling " comfortable " la dlm banyak-banyak chelet di area ni. don't expect too much ek, sebab kawasan ni agak isolated sedikit, tapi best kepada yg ingin kedamaian bersama alam sekitar...


Ok, kita tgk apa yang menarik di sini

Wajib pergi gerai/kedai makcik ini, sebab dia punya otak-otak n satar sgt besh. Hidangan yg paling awesome ialah udang celup tepung , secucuk RM1.50 sahaja, sangat rangup.. crunch-crunch gituh. Saya boleh makan 4 cucuk. Pagi-pagi dah ada jual. Gambar ni ambil masa petang. Waktu pagi, anda kena mencuba nasi dagang terengganu ( gambar tak ada ya, sebab lapar sgt terus ngap) yg sgt murah, 1.50 jer. Makanan di sini memang sangat murah. 


Di sini juga ada satu kedai makan ala Thai, yang korunk boleh pilih ikan, sotong atau apa sahaja utk dimasak. Masa pergi kami tak makan kat sini, kami pergi ke bandar Endau sebab org ramai sangat, tak larat nak tunggu. 


Oh ya, kami stay kat chalet lain. Sebab not worth value of money, so saya malas nak buat review di sini. Boleh pulak macam tu. 


Saya akan berkunjung lagi ke sini sebab tak puas. 


Wednesday, 26 December 2012

My end of year winning with LuxeSwinger



Alhamdulillah for everything :)

Promote sikit, port baru nak shopping branded items mcm Prada etc... Skang Bimba & Lola tgh ada clearance sampai 80%. Boleh check kat sini 


Sale sampai hujung bulan ini. 

Wednesday, 19 December 2012

I'm back... hehehhehehhe

Rasa macam dah lama tak update blog, atau dengan kata lain mengupdate hadiah-hadiah yang dimenang. Sebenarnya, selain dari sibuk dgn kehidupan seharian, saya ingat nak keep "low profile" di atas sebab-sebab tertentu, jadik lepas ni mungkin ada /tak ada/kadang-kadang ada  update fasal kemenangan contest. ( ok, sebenarnya ada sedikit malas nak snap photo, sebab tak ada smartphone yg blih direct post ke dlm blog bila ambil gambar---> alasan semata-mata... hehhhehhehehhe)

OK, cerita ni dah agak basi, sebab berlaku pada bulan October lepas. Untuk kenangan, saya letak di sini, kot-kot terhilangkan majalah ni ker, at least ada soft copy dlm ni utk tatapan anak cucu esok-esok nanti. Salah satu kenangan yang paling "manis" tahun ini.



Tahniah diucapkan pada rakan secomper Suzi dan Wan yang sama-sama menang dlm peraduan ini. Gambar kenangan bersama diaorg. Ambil aura master comper sikit :)


Alhamdulillah for everything....

Monday, 29 October 2012

1001 cerita di sebalik sekeping gambar


1. Tempat yang jatuh lagi dikenang. Beginilah suasana Aidilfitri di perantauan, sungguh meriah berkumpul ramai-ramai.

2. Tiada satu hari pun saya tidak pernah merindui kehidupan di sana.

3. Percubaan mengambil gambar menggunakan DSLR serta tripod dan flash.

4. Aidilfitri terakhir kami bersama Melayu Kanada.

5. Diambil masa musim luruh dan memang sejuk gila kat luar, jadi kami semua terpaksa menahan kesejukan sebab tak mau pakai jacket konon nak kasi nampak baju raya memasing.

6. Gambar ni rupa-rupanya bernilai RM4.5K.

7. Selepas buat entry ni mood terus merundum sebab homesick... huhuhuhuhuhu


Tuai padi antara masak;
Jangan sampai layu-layuan;
Intai hari antara nampak;
Esok jangan rindu-rinduan.....

Sunday, 14 October 2012

Dibuli atau pembuli?



Dah lama tak update blog. Sekarang musim peperiksaan jadi agak sibuk memantau anak belajar. harap-harap dapat naik kelas tahun depan. Seriously, banyak masalah betul dengan kelas sekarang. Tak tahulah nak kata masalah dalam kelas ker, masalah dengan sekolah ker tapi yang pastinya hari-hari ada masalah. Masalah yang bikin emaknya stress setiap hari sepanjang tahun. Apa nak buat, hari-hari kena mengadap benda sama, walaupun bukan kena dekat anak sendiri, tengok anak org lain kena pun hati seorang ibu sudah terusik.

Ramai ibu bapa yang tidak tahu anak mereka dibuli ataupun pembuli. Jadi para ibu bapa di luar sana, rajin-rajinlah bertanyakan anak kita keada di sekolah. Kalau ada masa, buat spot check untuk tengok sendiri keadaan di sekolah. Takpun tanya pada rakan sekelas. Budak-budak tak pandai menipu, kalau kita tanya memang  diaorg akan jawab dengan betul.

Saya berharap esok saya tidak akan menyaksikan lagi kejadian belasah membelasah di dalam bas. Saya rasa ralat tak dapat buat apa-apa, setakat hon dari kereta  dan membuka tingkap kereta sambil menjerit---> macamlah budak tu dengar pun. Peristiwa itu sungguh menganggu konsentrasi saya.Simpati pada mangsa yang dibuli. Geram dan rasa nak lempang pada si pembuli.

Mungkin cuti sekolah ni boleh mula hantar anak ke kelas pertahankan diri. Yalah, sampai bila ibunya asyik nak jaga dia kan. Sekali kena buli, sekali saya pergi warning si pembuli. Yalah, takkan nak berpeluk tubuh jer. Pihak sekolah pun dah beritahu mereka tak dapat buat apa-apa, budak tu tak makan saman. Dah panggil ibu bapa datang pun dia masih buat.

Masalah buli, masalah yang tak pernah berakhir......




Wednesday, 26 September 2012

Sept winning-for record only

Rasa macam dah lama tak update fasal contest. Ni antara benda yang diterima selepas raya .

Set Himalaya bernilai RM100 dari FB Venusbuzz.com

 Goodies dari FB Majalah Pesona Pengantin

 Voucher KFC dari promo Fresh n white

 Voucher ToysR Us RM50 X 2 keping dari contest Darlie Bunny Kids-console

 Mesin Basuh Panasonic 16 kg dari contest Wash and win P&G


TV Plasma 3D HD 42 inch dari contest Watson Olympic P&G yang baru dibuka dan dipasang.. huhuhuhu




Menang  total RM400 utk dua penyertaan dlm peraduan Nikmati Susu Dalam 21 hari di FB Dutch lady. 


Ni jer yang boleh recall setakat ini. Ok, kita sambung buat kerja lain pulak. 

Sekarang ni sangat jarang join contest sebab sibuk jadik homemaker.. huhuhuhuhu