728 x 90

Thursday 27 August 2015

Sehati sejiwa

Macam tajuk novel pula.Jika anda tidak tahu, tema sambutan hari kemerdekaan bagi tahun 2015 ialah Sehati Sejiwa. Ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

Berikut adalah gambar yang dihantar oleh teacher Aariz  persiapan menyambut kemerdekaan di tadika An Nur cawangan Taman Universiti.

Kata Aariz ( yang pakai spek mata) diaorg cop bendera ni. Er, cop tu kira warnakan pakai berus la ek? 

Kanak-kanak riang ria




6 orang jer datang. 2 orang tak datang iaitu Hanna dan Mateen. 

Seronoknya.. 

Untuk pengetahuan pembaca, tadika ni baru beroperasi tahun ni so student memang tak ramai, dalam 8 orang sahaja ( 6 tahun ada 2 orang). Yang amik childcare sebelah petang ada 4 orang. Memang dimanjakan sangat-sangat bebudak ni. No wonderlah si Aariz  excited sangat nak ke sekolah setiap pagi.Untung Aariz.

Friday 21 August 2015

Group discussion

Was invited to  group discussion by one publisher in Malaysia. It was fun to meet new people, exchange new ideas. Rasa mcm dah lama gila tak ber brain storming dan membuat presentation.

Atas sebab sebab tertentu, kita share gambar jer la sebab details discussion tak boleh publish. 





Lawatan ke rumah perlindungan Baitus Solehah

One of baby box project team Johor.

Baitus Solehah adalah rumah perlindungan untuk ibu mengandung, bayi serta ibu yang dalam pantang dan masih belum boleh berdikari . Rumah ini ditubuhkan atas usaha sendiri dan tidak mendapat bantuan dari kerajaan atau mana-mana badan berkaitan.Rumah ini berdaftar dengan JKM, tetapi tidak menerima apa-apa bantuan sebab dalam kategori rumah perlindungan persendirian.

 Saya sempat berborak-borak dgn Kak Muna, founder Baitus Solehah. Buat masa sekarang, mereka memerlukan bekalan makanan/barang dapur seperti minyak masak, bawang, cili kering serta makanan dan minuman berkhasiat seperti milo, nestum ( utk org dewasa, bukan nestum baby yer) , oats serta susu Nespray. Keperluan bayi seperti diapers dan baju belum menjadi keutamaan buat masa sekarang sebab masih banyak stok.

Justeru itu, saya membuka peluang kepada mana-mana individu yang ingin menyumbang Milo 1kg + nestum+nespray dengan anggaran budget RM75( Nespray punya susu yg pek besar 45+) . If u all nak sponsor Milo+ nestum just RM25 jer 1 set. (macam biasa if terkurang saya tambah, if terlebih bayar saya serap ke perbelanjaan keperluan lain, tetapi so far mmg selalunya saya kena top up la ) . Jika berminat boleh PM terus saya di FB Merlyn Hasshim .

Baru ni saya sempat belikan 1 guni cili kering ( 5kg), biskut, seguni bawang, seguni ubi kentang, oats, minyak masak serta oren sunquick . ( special request dari seseorang utk tolong beli barang) . My next trip Insya_Allah weekend ini nanti.

Sukacita diingatkan saya tidak mengutip duit untuk derma, tapi saya tolong belikan barang sahaja. Lebih kurang macam PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA la, cuma masa tu boeh beli kat lazada. Yang ni better saya beli kat sini la lagi murah dan save kos shipping. You all kan tahu saya memang tak kutip duit kecuali tolong belikan sahaja. Ini memang style saya buat charity work dari awal penglibatan lagi . Kecuali jika ada permintaan minta tolong sampaikan, Insya-Allah saya boleh tolong menyampaikannya.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Baitus Solehah, bolehlah layari page FB mereka https://www.facebook.com/pages/Baitus-Solehah/399193996854134?fref=ts

So inilah the latest projek saya. Tanpa sokongan kalian semua, saya tidak akan sampai ke sini seperti hari ini. Terima kasih kerana sudi support projek baru yang belum ada nama lagi ni. Er, boleh tolong suggestkan tak?


Ini masa first visit


Ni masa second visit, ada orang tu nak main dengan baby lagi

best dapat mengulit baby

Barangan dapur yang sempat dihantar masa second visit. Akan menyusul lagi minggu depan






Wedding at Klang

Cerita last weekend. Menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya sebelah mama di Hotel Crystal Crown, Klang. Kebetulan berada di Kl ketika ini so kami pergilah meraikan pengantin baru. Ain ni masa kecik-kecik mmg selalu saya dukung dan kelek ke sana sini. Saya selalu menghabiskan cuti sekolah saya bulan November di rumah dia. Last sekali saya lepak dengan dia lepas habis SPM. Siap pergi Wet World lagi. Masa tu dia kecik lagi. Sepupu saya yang paling cun ni. Skang sudah menjadi seorang doktor perubatan. Dia antara yang sempat lompat darjah masa sistem langkau kelas darjah 4 ke darjah enam. 


First time kot kami sefamili bergambar dengan pengantin baru sebab kami selalu termiss atau lewat sampai.. huhuhuhu


mama n papa bersama dengan my aunty ( kakak mama)

ni our big family sebelah mama saya. ramai kan. Nasib tak runtuh pentas. 



Selamat pengantin baru Dr Ain dan suami, semoga kekal bahagia ke akhir hayat. 

Friday 14 August 2015

Cookies and ginger

Marhaban at our place

Alang alang internet tgh laju ni kita upload la gambar dlm hp ni supaya blog ni x bersawang sgt.

Marhaban pada 7 ogos lepas utk kejiranan sini

Weekend getaway at Palm garden hotel

Kitaorg dah weekend hari ni sebab johor dah cuti on friday.lepak kt palm garden sementara daddy gi kerja. Senang nk meronda ioi mall sebab hotel ada sediakan shuttle service. Sejak ioi mall bukak ni rate hotel ni naik mencanak la pulak.

Next week dah mula visit utk projek babybox.kasik can mummy rest pepuas dulu sebelum mula bekerja. Details project akan diblog nanti yer


Notakaki:comping n volunterring are my passion , and i enjoy travelling. Free and easy , no pressure. Klau mummy stress,satu benda tak jln nanti.




Sunday 2 August 2015

Preloved and new dress from POPLOOK n ZALORA for sale

Tuan tanah dalam proses nak clear up baju dalam almari untuk memberi ruang baju-baju yang bakal diborong kelak. So nak let go murah-murah ni, please check it out yer. 



POPLOOK Tyra lace black size L preloved.baru pakai 2 kali.Condition 9/10. Harga tak termasuk poslaju.kt website dah out of stock.fast payment.dress ni disertakan dgn tali utk ikat di pinggang.blih rujuk website tpl utk tgk ukuran. Harga beli RM99, nak letgo RM75 sahaja.

details size rujuk dekat link ni yerhttp://poplook.com/en/home/7441-tyra-lace-jubah-dress-blue.html


ETHNIC CHIC Maysa Sheena Lace Dress size M - BIRU - NEW
RM70 — Skudai, Johor, Malaysia
Raya hari tu beli dress ni kat Zalora, harganya RM99. serious mmg cantik, chiffon yg sgt lembut full lining dan size m. tak sempat pakai sebab saya demam di hari raya, so tak gerak ke mana-mana... huhuhu. so saya nak letgo dress baru ni dgn harga terlajak rendah RM70 sahaja. so u all dah jimat RM30. selain itu, saya akan bagi free instant shawl glitter yg baru punta utk dipakai bersama baju ini. confrim meletup punya la

boleh tgk size n details baju dekat link inihttp://www.zalora.com.my/Maysa-Sheena-Lace-Dress-293519.html



POPLOOK dress cobalt blue Nivenia size L , preloved. nak letgo RM60 . sesuai utk ketinggian 165 ke atas sebab mmg labih dan sgt flowy gitu,harga masa beli RM139. dah pakai beberapa kali so kealah jual lebih dari separuh harga kan? fully lining. oh ya, dress ini ada tali ikat di belakang.


POPLOOK Penny polka blue-orange size XL NWT, RM40.
Dress ni baru beli sebelum raya, new with tagged lagi. tak sempat pakai. mid weight chiffon, fully lining kecuali kat lengan. tapi since dia chiffon jenis tebal so tak jarang la kalau pakai. kat website dah out of stock.


POPLOOK Jana Pleated Side Panel Jubah Dress size L - Black/White-preloved pakai sekali jer masa raya - nak letgo RM50 . details size n baju boleh tgk kat link ni.http://poplook.com/en/home/6406-jana-pleated-side-panel-jubah-dress-blackwhite.html#
if beli baru RM63.60 yer. dress ini disertakan sekali dgn tali utk diikat kat belakang



POPLOOK- Cesilia dress atau nama lain dress lisa surihani sebab dia pernah pakai baju ni,saya dah buat modification sikit dekat pinggang saya taruk kain ribbon supaya lebih kemas tempat kita nak tarik n ikat pinggang. size M tapi jenis cutting besar, so L pun boleh pakai. setails size tak ada, sebab dress ni dah lama out of stock. masa beli dlm 70+. nak letgo RM40 sahaja. -preloved yer . kain chiffon fully lining

Comel kan Lisa pakai dress ni 


If berminat boleh layari page  TUDUNG MURAH SKUDAI


SETIAP PEMBELIAN DRESS AKAN MENDAPAT INSTANT SHAWL GLITTER PERCUMA.