728 x 90
Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Saturday, 13 September 2014

Budget Travel Langkawi (part 2) - Underwater World Langkawi

Sambungan dari part 1 http://merlynhasshim.blogspot.com/2014/02/budget-travel-langkawi-part-1.html

Apartment Safa Idaman menyediakan sarapan pagi secara buffet, So sebelum berjalan-jalan we all pergi breakfast dahulu. Simple breakfast, ada nasi lemak, kuew teow dan roti bakar. Jadiklah buat mengalas perut. Destinasi pertama pagi ini semestinya ke kedai HIG ( Haji Ismail Group). Disebabkan flight malam esok, so kami belum beli lagi coklat sebab takut cair.

Selepas ke HIG, kami ke Nusantara Enterprise yang merupakan kilang gamat. Di situ boleh lihat la bagaimana minyak gamat dihasilkan. ( lupa amik gambo la pulak). Saya dan MIL sempatlah memborong minyak gamat utk dibawa pulang nanti.

Gambar Tok Ki bersama cucu-cucu di showroom Nusantara Maju.

Destinasi seterusnya semestinya Underwater World Langkawi. Sebelum datang, saya sempat membuat home work utk mendapatkan harga tiket terendah di website ini. http://www.underwaterworldlangkawi.com.my/indexmenu.html



Entrance Fees
AdultsRM40 (without MyKad) / RM30 (with MyKad)
Children (3-12 years old)       RM30 (without MyKad) / RM20 (with MyKad)
Malaysian Senior Citizens (50 years old & above)  RM24 (with MyKad)
Goverment RateAdults RM24 and Children RM13. One (1) Government I.D. Card entitles for two (2) adults and two (2) children.
credit to http://www.underwaterworldlangkawi.com.my/

Kalau tgk kat jadual di atas ni, rate termurah kami boleh dapat ialah Goverment Rate. Tapi kalau nak guna rate ni, kena bawak ID la iaitu kad kerja En Suami. Mujr saya dah remind awal-awal, so dptlah diskaun. Manakala mak dan ayah mertua dapat rate senior citizen dgn syarat kena tunjuk IC. So total kami spend utk tiket 4 adult, 2 kids ialah RM122. Banyak save jugak tu. 

Ok, kita tgk gambar jer la ek, sebab tak pandai sgt bercerita. 

 Burung kakak tua hingap di jendela

 Penguin Of Madagascar

 Bangau oh bangau mengapa engkau kurus

Ikan pari ni kalau bakar pun sedap

 Finding Nemo

Photo free jer ni, mintak photographer kat sana tolong ambil. Kalau diaorg ambil, satu keping gambar RM25 kalau tak silap.


Secara keseluruhannya, kami sangat gembira dan seronok dengan lawatan ke waterworld ini dan sangat-sangatlah berbaloi bagi pecinta hidupan laut seperti FIL yang sangat enjoy melihat ikan-ikan yang selama ni dia tangkap/jumpa di laut. 

Kami lunch dekat luar, depan waterworld ada kedai makan nasi campur ( lupa nama) dan ada banyak sangat pilihan lauk pauk serta harga yang sgt reasonable. Yalah, 6 org makan tgh hari dlm RM40 termasuk air kira murah ler tu. 

Next kita sambung part 3 pula. 

Friday, 14 February 2014

Budget travel Langkawi Part 1 .

Ini adalah entry utk rujukan di masa akan datang.

Cerita bermula masa tgh promo free seat. Guna big card utk beli tiket. total kena bayar utk 4 dewasa + 2 kanak-kanak termasuk tax dan pilihan tempat duduk ialah 420. murah kan? kalau nak luggage, amik yg 25 kg RM40 one way. check in semua pakai online utk save, sebab one person dia charge RM10 tau. so check in siap-siap kat rumah utk pergi balik dan print siap-siap boarding pass. nanti kalau tak print, kat airport dia charge RM10 sekeping.

Next, misi mencari tempat tinggal. Kami amik service condo Safa Idaman ; 3 bilik tidur ( fully aircondt) + 2 bilik air ( salah satu ada bath tub). siap ada towel n breakfast pagi utk 4 dewasa dan 2 kanak-kanak. satu mlm RM250. 2 malam RM500. deposit RM50. kami extend check out sampai pukul 6 ptg, so diaorg just charge dekat deposit RM50 sahaja. Ni  dia punya contact  http://safaidaman.blogspot.com/  . Location dekat dgn pekan Kuah, so senang mau sopping n makan-makan.

ok. dah siap pack barang kita cabuttttttt ... kami amik parking murah kat LCCT, sehari charge RM16 jer. jauh sikit la kena jalan.suh driver drop dulu penumpang n beg, lepas tu baru park keter senang. ni link FB perkhidmatan cheap parking itu: https://www.facebook.com/Jimat.Parking 


book pre meal makanan siap-siap sebab dlm flight jual makanan ringan sahaja. masa boarding beli donut wat alas perut, sebab flight kami masa lunch hour.. huhuhuhuhuhu

ok, benda memula sekali kena buat once touch down, carik keter sewa la. kat airport ada banyak counter kereta sewa. kitaorg pergi yg first counter sebelah kanan. dpt sewa Innova utk 2 hari, RM240 sahaja. ( ni bukan peka season tau). deposit RM50. boleh hantar lewat sikit la, let say amik kul 3 ptg, so the next 2 days tu hantar kul 7 ptg pun still charge 2 hari.

Day 1 kitaorg just relax dlm condo, bebudak gi swimming n keluar makan dekat pekan Kuah. kitaorg makan dekat restoran Pakistan, dekat dgn Kamdar. depan tu ada restoran Thai, Wan Thai... paling disyorkan if nak dinner ikan bakar ker, tom yam ker. kitaorg tak sempat try pun sebab ada org mau makan roti nan malam itu.