728 x 90

Tuesday 31 July 2012

Small winning from Shins, lipice & Nandos



 Nail color OPI  set dan 2 tiket spiderman dari contest father's day Shins. Saya guna gambar di bawah ini . Gambar diambil masa balik kampung hari tu, berlakon jer, bukan ada air pun dalam tu.. hehehehhehehhe. Memandangkan saya tak pakai pengilat kuku ni, maka saya akan hadiahkan kepada seorang follower yang bertuah iaitu Kelly Chin . Nanti saya poskan next trip ke post office. 

ayah saya yang sporting, dia tau gambar ni untuk contest :))


 Yang ni baru terima petang ni, contest LipIce di Facebook. Lupa yang mana satu, dpt console. Dapat 3 lipice bernilai RM30. Oklah kan, sebab saya memang tak pernah beli produk ni sebab saya rasa macam mahal sikit.


Ada lagi voucher Nandos. Yang ni free 1 whole chicken. Sukalah bebudak tu nanti. 

Hari ni tak ada mood, sahabat baik datang berkunjung la pulak. 


Saturday 28 July 2012

Jom ke Legoland Malaysia

Hari ni, di Aeon Tebrau City, Legoland ada bukak booth. Ada special promotion. So kami terbeli 4 annual pass untuk unlimited entry selama setahun. Yalah, alang-alang dah duduk dekat sini, beli jerlah yang annual terus, boleh pergi setiap hari... hehhehehhe. Sebenarnya harga annual pas ni lagi untung dan berbaloi beli kalau kita selalu nak pergi kan.

Temporary pass, nanti pergi sana baru buat annual card yg betul siap dgn gambar.

Ini perbandingan harga pass yang saya ambil dari laman web mereka. Anda boleh bandingkan dan nilai sendiri.

  How much is the LEGOLAND Malaysia Annual Pass RM30/SGD13 OFF Promotion in RM?


Usual PriceAnual Pass Promotion
AdultRM 275RM 245
Kids (3-11)RM 210RM 180
Senior Citizens (above 60)RM 210RM 180




 What is the one-day ticket price for LEGOLAND Malaysia?

PriceMyKad holder (RM30 promotion)
AdultRM 140RM 110
Kids (3-11)RM 110RM 80
Senior Citizens (above 60)RM 110RM 80



Harga yang kami dpt utk annual pass ni ialah RM245 untuk adult dan RM180 untul kanak-kanak ( 3-11 tahun). Insya-Allah akan dibuka kepada pengunjung 15.9.2012.Harga promosi ini boleh dibeli secara online di laman web legoland.

Ni dia punya map, keluasan 76 acres dgn lebih 40 rides 



Pada pendapat saya, memang berbaloi kalau pembaca blog di Johor memiliki annual pass ini. Nanti full review akan diblogkan bulan September ini. 


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web




Wednesday 25 July 2012

My lucky day

Senyum melebar setelah menerima surat yang dinanti-nantikan sejak 2 minggu ni.
Contest ni kena beli produk Dynamo, febreeze atau Downy RM35 ke atas. Macam biasa, saya akan budget ngam-ngam jer. Sabun pun belum bukak lagi. Saja join di supermarket Hwa Thai dekat Kip Mart Tampoi. 

Secara jujurnya, tak mengharap sangat untuk menang kerana masa nak drop form ni, kotak tak ada. So mintak staff supermarket Hwa Thai yang jaga bahagian P&G call diaorg punya agent mcm mana, boleh drop lagi. Agent cakap boleh dan dia akan dtg collect the next week. So borang tu saya tinggal cenggitu jer bersama borang Zamani n Anida dekat staff diaorg dgn harapan diaorg tolong bagi la kat agent tu. Alhamdulillah, staf diaorg mmg jujur dan ada la rezeki sangkut mesin basuh ni.

Apa nak buat dgn mesin basuh 16 kg? Jual kot, utk top up perbelanjaan reno rumah yang sudah over budget.. huhuhuhu


4 tiket pas masukke Bukit Gambang Water park, just nice la utk keluarga saya yang 4 orang ni. Menang dengan Majalah Rapi.Yang tak best due 30 Ogos 2012. Tgh fikir mcm mana nak pergi. Lepas raya mmg akan extend 2 hari cuti sebab husband kena melawat student latihan industri di kemaman, so kami stay kat Awana ikut plan. May be otw balik JB boleh singgah sekejap kot, dlm 2-3 jam dah la. 


Kemenangan yang baru diterima sebenatar tadi dari FM. menang RM100 dari Snap n win contest Ambank. Nak tgk gambar yang menang? Ini rupanya


Ok, dummy TV tu saya rembat masa prize giving Watson-Olympic P&G contest. Lepas ni memang akan jadik prop utk semua photo contest.. hehehehehhe


Dan yang terakhir, menang dengan Herworld magazine masa join online voting utk Her World beauty awards. Saya tak pernah pun menang offline contest dgn majalh ni, tapi kalau yg online ni dah masuk kali ketiga. Satu-satunya majalah yang beli tapi tak pernah menang, kang merajuk tak beli lepas ni.. hehehhehe


Ok, rasanya cukup dulu update hari ini. Alhamdulillah di atas segala rezeki yang dikurniakanNya untuk hari ini. 






Tuesday 24 July 2012

Small winning di FB n magazine

Akhirnya..... ada jugak entry winning contest . Yg ni menang dekat FB dan majalah. So kita upload sekali harung utk record KPI hujung tahun ni.. hehehhehehehe

Set Safi dari Majalah EH. Belum collect lagi, due 9 Ogos ni, tgh arrange.


Movie ticket dari FB lady's Choice, jawab soalan jer

 Dari FB Edwin Malaysia, cakap jer nak diaorg kasik

 Yang ni dari Nandos's We Grilled Champion, under groupLim Yee Pee, dpt 2 set 1/4 quarter chicken.

 Sample dari lip ice-- ni pun nak taruk gak? hehehhehehe

 Share n win contest dgn FB hotel Equotarial Penang, bagi review fasal hotel tersebut.Dpt voucher stay 3D2N on weekend, baru berbaloi hotel voucher mcm ni, tak banyak cengkadak.

Last, ni bukan contest tapi hidangan berbuka puasa hari ini yer...


Ok dah, nak pergi goreng ayam lak. Selamat berbuka.

Di tepi tasik UTM yang indah

Hasil kerja husband. Nasiblah rajin melayan bini nak berpossing.. hehehhehehhe








Kerja last minute, due 31 july ni, hari ni baru terhegeh nak pos. tak tahu sempat sampai ker tak. Semoga ada rezeki untuk kami sekeluarga.. Amin....

Saturday 21 July 2012

Saya seorang botanis






Pada suatu petang, saya "memaksa " anak saya menjadi botanis.. hehehehehe. Ada gaya seorang botanis tak?

Shukri sebenarnya lebih berminat untuk menjadi seorang jurutera. Oklah, menyambung cita-cita mama dia yang tak kesampaian, abahnya pulak mengajar bakal jurutera. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Sekapur Sireh

 Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah kurnianya dapatlah kita bertemu kembali dalam "Merlyn Punya Blog" ini. Maaflah nama tak berapa komersial, almaklumlah, usia dah makin meningkat sudah tak "fashionable wife" macam 5 tahun lepas.. hehhehehehhe 

Akhirnya  setelah hampir lima tahun menyepikan diri dari dunia blog, lahirlah blog yang serba ringkas untuk merakamkan beberapa perkara/peristiwa penting sebagai rujukan di kemudia hari. Ini untuk mengelakkan kebanjiran di facebook yang sepatutnya berfungsi sebagai laman sosial untuk berinteraksi dengan rakan-rakan tetapi dah jadi tempat iklan, contest, aktiviti memasak, shopping dan sebagainya. 

Sudi-sudilah melayari blog saya ini. Insya-Allah, akan buat sedikit giveaway sempena pelancaran blog baru ini.

Terima kasih daun keladi,
Lain kali silalah menyinggah lagi.  



~ eyzlyn~