Monday, 29 September 2014

Mari memeriahkan #MyCyberSale

Hari ni kita bercakap fasal shopping sempena gaji sudah masuk. Semalam stay up sampai pukul 1  pagi sebab menunggu  #MyCyberSale. Ramai online seller yang join . Antaranya Thepoplook, Zalora dan Lazada. Semalam, aktiviti mencuci wallet dimulakan di Thepoplook. Dapatlah beli jubah Magnolia yang diidam-idamkan. Nak buat pakai pergi solat raya cadangnya.


Harga asal RM96, lepas tolak diskaun 40% dan pakai store credit,cuma kena bayar RM40.06 sahaja. Bestkan? 


Ok, hari ini kita sambung shopping di LAZADA pula. LAZADA pun turut menyertai  #MyCyberSale dan menawarkan potongan harga yang sungguh menarik serta tawaran voucher yang menjimatkan.Antaranya  ialah:

Membeli barangan ibu dan anak seperti pampers, baju dan sebagainya dan gunakan voucher code di atas semasa check out utk diskaaun seperti yang dipaparkan di bawah

Lazada Malaysia



Untuk peminat iPhone 6, ada tawaran menarik juga di Lazada


Lazada Malaysia



dan voucher untuk digunakan lagi


Lazada Malaysia



Ni last month punya shopping, dah siap pakai pun .




So hari ni masih berkira-kira nak beli apa.


Sunday, 28 September 2014

Perfumes murah, Jom beli sempena gaji masuk

Sempena gaji baru masuk, sila cuci mata sambil cuci wallet memasing dgn koleksi perfume terwangi lagi terkini di pasaran. Semua baru, original, dlm kotak, berbalut plastik . Hadiah dari contest, mostly magazine contest la.


Dolce & Gabbana Homme Light Blue Eau De Toilette Spray 75ml/2.5oz= RM140
(yang ni utk lelaki yer)


 Valentino Valentina Acqua Floreale Eau De Toilette Spray 80ml/2.7oz = RM250


Trussardi Delicate Rose Eau De Toilette Spray 50ml/1.7oz = RM140


Nina Ricci Nina Eau De Toilette Spray 80ml/2.8oz = RM140- SOLD


Berminat boleh comment di sini atau PM di Facebook  https://www.facebook.com/merlynhasshim

If I could just have one more year....

Tajuk entry tak ingat.... but seriously , if I could just have one more year I really-really want to.


 A bridge to happiness

 His obsession 


 Exploring


 Happy me


 Chillax with little Shukri

 Not the best park but still in my heart


I'm giving a hint.. hint.. please...... 


Once I was......


Entry ni bukan nak bagi "hint" utk back to work, siapalah nak hire penganggur terhormat 10 tahun nih.. huhuhuhu. Saja nak tengok cemana rupa wanita berkarier.. ahaksss





Hari ini saya seorang suri rumah aka comper ikan bilis 


Tak banyak beza pun, cuma makin mengembang... huhuhuhu ( masih suka mengenakan tudung hitam kalau nak ke mana-mana) 

Selamat bekerja untuk yang bekerja hari ini dan selamat beristirehat kepada yang tengah bercuti.


terpaksa edit balik gambar sebab baru teringat masa visit site, gambar tu private and confidential.. huhuhu 


Saturday, 27 September 2014

Hadiah selepas pulang bercuti :)

Rasanya dah bertahun lamanya comper picisan/ikan bilis ini tak update gambar hadiah kemenangan. Ni hadiah yang diterima minggu ini selepas pulang bercuti. Yang masih pending dan floating di organizer pun ada beberapa lagi)

Pinjam tagline blogger comper Aishah ,"Sikit-Sikit Lama-Lama Menang Besar!"



Pensonic Multicooker- steamboat n grill dari contest FB Munchys. Yang ni patut pergi Prize Giving bersama Haniz Zalikha, tapi jauh weh nak datang dari JB, so minta diaorg pos jer.



Voucher lunch set untuk 2 orang dari FB myteksi , sumbangan Everly Hotel Putrajaya.



Hadiah bath towel dari Dove,sampai sudah tak tahu dari contest mana.


Voucher Jakel bernila RM500 dari contest Peraduan #MSTAR SELFIE RAYA, menang bersama-sama comper Ayu Rafikah . Dah selamat jual dah pun. Terima kasih kepada buyer yang sudi membelinya. 



Masih menunggu cheque dari Nestle... hem...... 


Wednesday, 24 September 2014

#LexusBersama


Alang-alang dah ada gambar siap beredit, layan jer la. Gambar ni masa holiday kat KL last week. 



Due contest ni ialah hari ni, so good luck pada kawan-kawan yang join. 

Aariz 5th birthday

Lima tahun lepas, pada hari ini lahirlah seorang bayi yang comel ke dunia dan diberi nama Ahmad Aariz. Nama ini dipilih oleh ibunya tak sampai satu minit hasil google dlm website muslim boy name. ( kalau tak percaya, kalau korunk tgk dlm website tu, nama Aariz yg duk atas sekali.. hehehehe) 
Rindu baby Aariz time ni, asik nak gomol jer

Macam biasa seperti tahun lepas, buat sambutan kat sekolah dia jer la sebab mak dia malas nak sepahkan rumah.. huhuhuhu









 Sambung celebrate kat cafe SDS masa lunch time.


 My cheeky boy


 mkn kek dan mushroom soup pun jadik la kan


Aksi manja dan mengada tak nak gambar diambil


Selamat Hari Jadi Aariz. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa menjadi kesayangan dan kebanggaan mama dan abah. 

Malam ni tak masak, layan Domino pizza jer.. yeah....

Wednesday, 17 September 2014

Cuti sekolah di Palm Garden Hotel

 I never miss any school holiday. Eventhough i always say tak nak ke mana- mana, nak simpan duit to go somewhere like balik kampung for raya or a trip that been planning with Air asia, Alhamdulillah ada rezeki for the kids to go holiday for free, i mean stay hotel for free la walaupun daddy kena top up sikit utk keselesaan kami. Best kerja mcm hubby, out station memanjang, yang untung kitaorg la... hehehehhehe

This time kami pilih Palm Resort di Putrajaya. Asyik duk Everly jer, sesekali berubah selera pulak. (sebenarnya rate Everly cuti sekolah ni agak mahal giler compare hari biasa plus tak ada bath tub dan big swimming pool for kids). Yang best stay kat Everly ni sebab dekat dgn Alamda, so senang nak carik mkn n shopping serta bersebelahan dgn GSC. So, lepas habis tgk movie boleh jln kaki balik ke bilik utk sambung tidur.

Ok berbalik cerita Palm Resort. Kami buat tempahan di booking.com sebab rate yang ditawarkan lebih murah berbanding Agoda ataupun goverment rate. Keistimewaan booking.com ni, kita boleh kensel tempahan kalau kita berubah fikiran tetiba tanpa di charge (mengikut masa yg ditetapkan) dan credit card kita ditolak bila kita check in di hotel. Tapi kalau kita tak check in, diaorg tolak la jugak satu malam.  rate yg kami dapat ialah RM680+ utk 3 malam bagi bilik orchid yang bagi saya agak luas compare dengan hotel lain yang pernah kami duduk sebelum ini. 

 Panjang la pulak menulis, selalunya biar gambar sahaja berbicara. Sebab dilanda kebosanan sambil menunggu bilik dibersihkan dan melihat anak anak bermain di kolam, saya menulis entry ini.  kalau tak, jgn haraplah nak tulis panjang lebar.Agak kekok menaip pakai ipad sebab tak biasa.Saya lebih gemar menaip dgn laptop sebab ada satu kepuasan yang tak dpt dikira menekan butang kekunci. 

ok, biarlah gambar berbicara. Aktiviti hari pertama






Semarak kasih sayang Kleenex- Featured in. harian Metro

Entry ini utk kenangan di hari tua. 
Semalam rakan rakan comper meng tag gambar memberitahu gambar dan cerita keluar dlm Harian  Metro. Ini adalah lanjutan dari temuramah minggu lepas dgn wartawan dari harian metro yang diceritakan dlm entry sebelum ini. 


Ada pembetulan sedikit dlm artikel ni. Pada tahun 2009 tu, mmg kami menetap di Kanada sebab husband masih lagi menyiapkan sarjananya, bukan pergi bercuti ya. 

 Terima kasih Kleenex dan Harian Metro kerana memberi peluang utk muncul di surat kabar (Harian Metro 16 sept 2014). Tak lupa juga terima kasih kepada kawan- kawan yang memaklumkan berita ini. Cukup membahagiakan setelah lama dilanda penyakit SLNW. 

Buat pengetahuan semua, contest Kleenex semarak kasih sayang masih berjalan di FB Kleenex Malaysia dan hadiah minggu ini adalah Thomas SAbo charm. Selamat menyertainya dan good luck. 

Saturday, 13 September 2014

Tempat yang jatuh lagi dikenang- Niagara Fall

Ada yang menangis kang masa nak menulis entry ini.. huhuhuhuhu

Alkisah, minggu ni Kleenex Fulfillment Team ada maklumkan pihak Harian Metro nak call utk interview pemenang peraduan Share the Softness contest. Mereka ada mintak gambar untuk tujuan ini dan saya pun kenalah bukak hard disk lama utk cari gambar yang sesuai dengan tema. Tup-tup terbukaklah segala khazanah masa silam masa di Kanada dahulu. Er, ini gambar yang saya bagi utk tujuan tersebut. Kalau ada rezeki, masuklah surat kabar kot. 


Tobogganing at Alton ( rumah in laws Kak Ja). Sejuk giler masa ni, mmg kena pakai winter coat ala Eskimo gituh


Ni nak cerita fasal contest ker fasal tempat lama? Mana-mana jer la, 2 dalam 1 gitu. Lately ni mmg jarang bercerita fasal contest sangat di FB mahupun blog ( especially dlm blog bersawang ni). Tapi hari ni rasa nak letak sedikit kenangan terindah sebagai memori. Saya jarang bukak hard disk ni, setahun adalah sekali. Bukan apa, nanti asyik teringat-ingat.





Ini ler tempat bertenet selama hampir 5 tahun sambil minum coffee Tim Houton ( sila abaikan pinggan mangkuk kat bawah tu) 

Niagara Fall masa musim luruh. Sejuk gilerrrr 

Niagara Fall masa musim luruh

 Niagara Fall masa summer 


Niagara Fall masa winter. Perhatikan kat sekeliling beku, tapi air terjun tak beku yer, tetap mengalir seperti biasa.

Winter at Niagara Fall

Bridge menghubungkan Kanada-US ( Niagara-Buffalo)



Cukuplah dulu entry kali ini, terasa sebak di dada.. huhuhuhuhu. 







Budget Travel Langkawi (part 2) - Underwater World Langkawi

Sambungan dari part 1 http://merlynhasshim.blogspot.com/2014/02/budget-travel-langkawi-part-1.html

Apartment Safa Idaman menyediakan sarapan pagi secara buffet, So sebelum berjalan-jalan we all pergi breakfast dahulu. Simple breakfast, ada nasi lemak, kuew teow dan roti bakar. Jadiklah buat mengalas perut. Destinasi pertama pagi ini semestinya ke kedai HIG ( Haji Ismail Group). Disebabkan flight malam esok, so kami belum beli lagi coklat sebab takut cair.

Selepas ke HIG, kami ke Nusantara Enterprise yang merupakan kilang gamat. Di situ boleh lihat la bagaimana minyak gamat dihasilkan. ( lupa amik gambo la pulak). Saya dan MIL sempatlah memborong minyak gamat utk dibawa pulang nanti.

Gambar Tok Ki bersama cucu-cucu di showroom Nusantara Maju.

Destinasi seterusnya semestinya Underwater World Langkawi. Sebelum datang, saya sempat membuat home work utk mendapatkan harga tiket terendah di website ini. http://www.underwaterworldlangkawi.com.my/indexmenu.html



Entrance Fees
AdultsRM40 (without MyKad) / RM30 (with MyKad)
Children (3-12 years old)       RM30 (without MyKad) / RM20 (with MyKad)
Malaysian Senior Citizens (50 years old & above)  RM24 (with MyKad)
Goverment RateAdults RM24 and Children RM13. One (1) Government I.D. Card entitles for two (2) adults and two (2) children.
credit to http://www.underwaterworldlangkawi.com.my/

Kalau tgk kat jadual di atas ni, rate termurah kami boleh dapat ialah Goverment Rate. Tapi kalau nak guna rate ni, kena bawak ID la iaitu kad kerja En Suami. Mujr saya dah remind awal-awal, so dptlah diskaun. Manakala mak dan ayah mertua dapat rate senior citizen dgn syarat kena tunjuk IC. So total kami spend utk tiket 4 adult, 2 kids ialah RM122. Banyak save jugak tu. 

Ok, kita tgk gambar jer la ek, sebab tak pandai sgt bercerita. 

 Burung kakak tua hingap di jendela

 Penguin Of Madagascar

 Bangau oh bangau mengapa engkau kurus

Ikan pari ni kalau bakar pun sedap

 Finding Nemo

Photo free jer ni, mintak photographer kat sana tolong ambil. Kalau diaorg ambil, satu keping gambar RM25 kalau tak silap.


Secara keseluruhannya, kami sangat gembira dan seronok dengan lawatan ke waterworld ini dan sangat-sangatlah berbaloi bagi pecinta hidupan laut seperti FIL yang sangat enjoy melihat ikan-ikan yang selama ni dia tangkap/jumpa di laut. 

Kami lunch dekat luar, depan waterworld ada kedai makan nasi campur ( lupa nama) dan ada banyak sangat pilihan lauk pauk serta harga yang sgt reasonable. Yalah, 6 org makan tgh hari dlm RM40 termasuk air kira murah ler tu. 

Next kita sambung part 3 pula.