728 x 90

Saturday, 13 September 2014

Budget Travel Langkawi (part 2) - Underwater World Langkawi

Sambungan dari part 1 http://merlynhasshim.blogspot.com/2014/02/budget-travel-langkawi-part-1.html

Apartment Safa Idaman menyediakan sarapan pagi secara buffet, So sebelum berjalan-jalan we all pergi breakfast dahulu. Simple breakfast, ada nasi lemak, kuew teow dan roti bakar. Jadiklah buat mengalas perut. Destinasi pertama pagi ini semestinya ke kedai HIG ( Haji Ismail Group). Disebabkan flight malam esok, so kami belum beli lagi coklat sebab takut cair.

Selepas ke HIG, kami ke Nusantara Enterprise yang merupakan kilang gamat. Di situ boleh lihat la bagaimana minyak gamat dihasilkan. ( lupa amik gambo la pulak). Saya dan MIL sempatlah memborong minyak gamat utk dibawa pulang nanti.

Gambar Tok Ki bersama cucu-cucu di showroom Nusantara Maju.

Destinasi seterusnya semestinya Underwater World Langkawi. Sebelum datang, saya sempat membuat home work utk mendapatkan harga tiket terendah di website ini. http://www.underwaterworldlangkawi.com.my/indexmenu.html



Entrance Fees
AdultsRM40 (without MyKad) / RM30 (with MyKad)
Children (3-12 years old)       RM30 (without MyKad) / RM20 (with MyKad)
Malaysian Senior Citizens (50 years old & above)  RM24 (with MyKad)
Goverment RateAdults RM24 and Children RM13. One (1) Government I.D. Card entitles for two (2) adults and two (2) children.
credit to http://www.underwaterworldlangkawi.com.my/

Kalau tgk kat jadual di atas ni, rate termurah kami boleh dapat ialah Goverment Rate. Tapi kalau nak guna rate ni, kena bawak ID la iaitu kad kerja En Suami. Mujr saya dah remind awal-awal, so dptlah diskaun. Manakala mak dan ayah mertua dapat rate senior citizen dgn syarat kena tunjuk IC. So total kami spend utk tiket 4 adult, 2 kids ialah RM122. Banyak save jugak tu. 

Ok, kita tgk gambar jer la ek, sebab tak pandai sgt bercerita. 

 Burung kakak tua hingap di jendela

 Penguin Of Madagascar

 Bangau oh bangau mengapa engkau kurus

Ikan pari ni kalau bakar pun sedap

 Finding Nemo

Photo free jer ni, mintak photographer kat sana tolong ambil. Kalau diaorg ambil, satu keping gambar RM25 kalau tak silap.


Secara keseluruhannya, kami sangat gembira dan seronok dengan lawatan ke waterworld ini dan sangat-sangatlah berbaloi bagi pecinta hidupan laut seperti FIL yang sangat enjoy melihat ikan-ikan yang selama ni dia tangkap/jumpa di laut. 

Kami lunch dekat luar, depan waterworld ada kedai makan nasi campur ( lupa nama) dan ada banyak sangat pilihan lauk pauk serta harga yang sgt reasonable. Yalah, 6 org makan tgh hari dlm RM40 termasuk air kira murah ler tu. 

Next kita sambung part 3 pula. 

1 comment: