728 x 90

Thursday 21 May 2015

Keputusan peraduan #ambank #givealittle - tempat ke tiga



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnianya, PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA telah berjaya dinobatkan tempat ketiga untuk pertandingan #givealittle anjuran Ambank. Ini memang last minute punya join, projek baru run 2 hari, terus submit dan dapat masuk ke final. Terpaksa berentap dengan ramai peserta dan bilangan undian memang jauh ketinggalan. Masa tu memang focus nak collect dana untuk projek jer dan Alhamdulillah, dapat kumpul almost 20K dan semuanya selamat dibelanja dan diagihkan kepada mangsa banjir dengan kerjasama Third Force yang dipimpin oleh YM Dr Raja Shamri. Full report boleh baca di sini  http://merlynhasshim.blogspot.com/2015/01/projek-1-dapur-untuk-1-keluarga-misi.html

PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA masih diteruskan, cuma buat masa sekarang sebarang pembelian saya hold dulu sebab kebanyakan barang yang kita beli untuk projek ni di Lazada mengalami kenaikan hampir 20% dari harga sebelum GST. So far saya rasa if nak beli kipas angin jer la sebab naik harga RM2 jer, kalau lampu rechargeable tu dah naik harga lebih RM20, menjadikan harga 1 unit RM99. Pengsan mak nak cover kenaikan ni, so bila Ahmad Maslan cakap harga barang makin murah selepas GST, mak jadi sangat confuse, murah kat celah mana tu?

Saya tidak pernah menjanjikan untuk menghulurkan apa jenis bantuan secara specific, tetapi saya memang pernah bercakap/menulis akan cuba membantu sedaya upaya saya , bergantung kepada dana dan sponsor yang ada. Saya tidak bekerja, hanyalah suri rumah sepenuh masa, buat projek ini tidak bergaji tetapi memberi kepuasan yang tak terhingga kerana sokongan anda semua yang tidak berbelah bagi. Walaupun ada yang saya tidak pernah mengenali sebelum ini, mereka tidak ragu-ragu untuk menghulurkan dana dan mempercayai usaha saya. Saya bukan mencari nama, bukan juga nak menang contest #givealittle sangat ( tapi dah menang, syukur Alhamdulillah) , tetapi lebih kepada bekalan untuk hari esok dan menjadi contoh kepada anak-anak saya supaya satu hari nanti apabila berlaku malapetaka mereka boleh berikthiar untuk membantu tanpa perlu disuruh.

Jutaan terima kasih kepada penderma yang telah menaja PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA dari set dapur, toaster, kipas angin, lampu lantern, pisau menoreh, tuala, telekung solat , PA system , wang tunai dan banyak lagilah nak disenaraikan di sini. Tanpa sokongan dan kepercayaan anda kepada saya, projek ini tidak akan dapat melangkah sejauh ini. Tiada bantuan atau dana dari mana-mana pihak, baik kerajaan, parti politik atau mana-mana pertubuhan, semuanya adalah dari duit poket kita semua. Syabas dan berikan tepukan gemuruh untuk semua.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Ambank kerana menganjurkan contest ini sekaligus member peluang kepada saya dan semua rakyat Malaysia untuk sama-sama berkongsi idea untuk membantu serba sedikit untuk kesejahteraan semua. Terima kasih juga sebab last minute tukar term n condition contest, kalau depends on votes, memang tak merasalah top 3 ni.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini dan juga kepada pembaca yang sudi vote dan share dekat u all punya blog dan FB wall. Sebagai  comper, memanglah kita akan aim untuk buat yang terbaik untuk mendapatkan keputusan yang gempak, tetapi saya terima rezeki saya setakat ini sahaja. Yang penting misi projek ini telah tercapai.

Semoga kita dapat berjumpa lagi di projek akan datang.



Dari jejari yang tak berapa runcing menaip, 
Merlyn Hasshim
Founder PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA





notakaki: kalau ada yang nak tahu apa yang saya buat dengan cash yang saya dapat tu, untuk pengetahuan anda cash tu belum dibank in lagi pun, skang ni pakai duit kocek sendiri jer untuk projek. And I need to work for living too :) 



Tuesday 19 May 2015

Keputusan Giveaway #ambank #givealittle

Setelah berbulan-bulan menanti, akhirnya PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA  berjaya meraih tempah ketiga utk contest #ambank #givealittle . Projek ini berjaya mengumpul hampir RM20K ( semua sudah dibelanja dan diagihkan kepada penerima yang layak dan memerlukan) , 60 undian tetapi yang join give away ni 4 orang jer. Confuse sekejap. Anyway, seperti yang dijanjikan , 3 orang pemenang akan dipilih. Tapi dah 4 orang jer join, saya bagi untuk 4 orang terus jer la ek. Memandangkan lama sgt nak tunggu result keluar, ada voucher dah expired. So saya gantikan dengan instant shawl glitter ala nelofa bernilai RM30 ;sumbangan Tudung Murah Skudai untuk setiap pemenang . So bolehla u all pakai di hari raya nanti. Diminta semua pemenanng seperti tertera nama di bawah menghubungi saya secepat mungkin di email merlynhasshim@yahoo.com untuk urusan penghantaran hadiah sebelum 31 May 2015. Hadiah saya akan poskan serentak, so tolong la reply cepat-cepat supaya kenkawan lain tidak tertunggu yer.


1. nana liena

2. MRS Rongoks

3. Fatina Ham Yahya Ham

4. Mama Darwiish


Entry khas kemenangan PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA akan menyusul kemudian.

Terima kasih kepada semua yang menyertai give away ini.

Wednesday 6 May 2015

Kerosakan terbaru dari ZALORA & POPLOOK

Seperti yg dijanjikan,"kerosakan" terbaru dari Zalora n Poplook



Tudung: White label AJ


So much in love with this new outfit, pertama sebab kaler hitam. Kedua sebab nampak kurus... huhuhuhu.

Sesiapa nak shopping kat Zalora, boleh la guna discount code voucher ini dan anda akan dpt 15% diskaun untuk sebarang pembelian. 

ZBAPQDEH





Sunday 3 May 2015

PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA- penyerahan tuala dan kipas angin

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat diteruskan PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA. Sedar tak sedar dah masuk bulan kelima.

Lama tak update. Bukan dah tak nak buat projek ni, cuma kesibukan mencari rezeki supaya projek ini dapat terus dijalankan, Insya-Allah.




Sempat memborong 45 helai tuala untuk dihantar ke pusat bantuan banjir Raja Shamri( abaikan tisue dan sabun tops, tu untuk kegunaan peribadi jer) 





Kesemua barang di atas dah selamat sampai dan sedamg diagih-agihkan kepada mangsa yang memerlukan. 

Projek ini masih berjalan dan sekarang kita mensasarkan untuk menaja 30 unit kipas angin untuk 30 keluarga. kepada sesiapa yang ingin menyumbang, bolehlah membuat pembelian kipas angin di link di bawah dan dialatkan terus kepada Raja Shamri atau boleh PM saya di FB untuk saya membuat pembelian bagi pihak anda. Harga seunit kipas terkini ialah RM52 .





So far kita baru dapat menaja 12 unit dan semuanya telah selamat diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Kepada yang ingin membeli sambil menderma, bolehlah melihat-lihat aneka instant shawl ala nelofa di  FB TUDUNG MURAH SKUDAI. Setiap pembelian sehelai tudung, sebanyak RM5 akan didermakan untuk  PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA. 

Akhir kata, saya selaku founder  PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan projek ini. Maaf jika ada kekurangan atau kelewatan kerana saya hanyalah manusia biasa dan sudah cuba melakukan yang terbaik. Diharap projek ini dapat diteruskan lagi supaya dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan. 



Merlyn Hasshim
3Mei 2015 

Entry tertunggak: Menyusuri Tasik kenyir

Pada cuti sekolah bulan 3 lepas, saya sempat singgah di Tasik Kenyir bersama keluarga . ( ayat macam buat karangan sekolah daaa) . Tasik Kenyir merupakan salah satu destinasi percutian yang menarik dan juga menjadi port untuk kaki pancing. Di sini anda boleh sewa boat house atau chalet jika berhajat untuk bermalam.Kitaorg sewa bot kejap jer utk berlayar di sekitar tasik Kenyir ini. 


Damai dan tenang

Selalu tengok sign board kat jalan raya kan, ni signboard tepi tasik pulak

Boat kecik ni just nice utk family

Ini boat house, bilik karoeke merangkap tempat makan-makan n lepak-lepak. Kebetulan tak ada orang petang tu, so kitaorg jer la lepak sambil minum petang. Memang sangat eksklusif. Macam dalam bot layar mewah la pulak. 

Dekorasi dalam 

Muka kontrol padahal tengah mabuk sakan tuh.. huhuhuhu


Details mengenai boat house boleh teruk contact di FB ini yer https://www.facebook.com/Kenyir-Pandragon-Cruise-388424911314753/