728 x 90

Thursday, 21 May 2015

Keputusan peraduan #ambank #givealittle - tempat ke tiga



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnianya, PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA telah berjaya dinobatkan tempat ketiga untuk pertandingan #givealittle anjuran Ambank. Ini memang last minute punya join, projek baru run 2 hari, terus submit dan dapat masuk ke final. Terpaksa berentap dengan ramai peserta dan bilangan undian memang jauh ketinggalan. Masa tu memang focus nak collect dana untuk projek jer dan Alhamdulillah, dapat kumpul almost 20K dan semuanya selamat dibelanja dan diagihkan kepada mangsa banjir dengan kerjasama Third Force yang dipimpin oleh YM Dr Raja Shamri. Full report boleh baca di sini  http://merlynhasshim.blogspot.com/2015/01/projek-1-dapur-untuk-1-keluarga-misi.html

PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA masih diteruskan, cuma buat masa sekarang sebarang pembelian saya hold dulu sebab kebanyakan barang yang kita beli untuk projek ni di Lazada mengalami kenaikan hampir 20% dari harga sebelum GST. So far saya rasa if nak beli kipas angin jer la sebab naik harga RM2 jer, kalau lampu rechargeable tu dah naik harga lebih RM20, menjadikan harga 1 unit RM99. Pengsan mak nak cover kenaikan ni, so bila Ahmad Maslan cakap harga barang makin murah selepas GST, mak jadi sangat confuse, murah kat celah mana tu?

Saya tidak pernah menjanjikan untuk menghulurkan apa jenis bantuan secara specific, tetapi saya memang pernah bercakap/menulis akan cuba membantu sedaya upaya saya , bergantung kepada dana dan sponsor yang ada. Saya tidak bekerja, hanyalah suri rumah sepenuh masa, buat projek ini tidak bergaji tetapi memberi kepuasan yang tak terhingga kerana sokongan anda semua yang tidak berbelah bagi. Walaupun ada yang saya tidak pernah mengenali sebelum ini, mereka tidak ragu-ragu untuk menghulurkan dana dan mempercayai usaha saya. Saya bukan mencari nama, bukan juga nak menang contest #givealittle sangat ( tapi dah menang, syukur Alhamdulillah) , tetapi lebih kepada bekalan untuk hari esok dan menjadi contoh kepada anak-anak saya supaya satu hari nanti apabila berlaku malapetaka mereka boleh berikthiar untuk membantu tanpa perlu disuruh.

Jutaan terima kasih kepada penderma yang telah menaja PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA dari set dapur, toaster, kipas angin, lampu lantern, pisau menoreh, tuala, telekung solat , PA system , wang tunai dan banyak lagilah nak disenaraikan di sini. Tanpa sokongan dan kepercayaan anda kepada saya, projek ini tidak akan dapat melangkah sejauh ini. Tiada bantuan atau dana dari mana-mana pihak, baik kerajaan, parti politik atau mana-mana pertubuhan, semuanya adalah dari duit poket kita semua. Syabas dan berikan tepukan gemuruh untuk semua.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Ambank kerana menganjurkan contest ini sekaligus member peluang kepada saya dan semua rakyat Malaysia untuk sama-sama berkongsi idea untuk membantu serba sedikit untuk kesejahteraan semua. Terima kasih juga sebab last minute tukar term n condition contest, kalau depends on votes, memang tak merasalah top 3 ni.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini dan juga kepada pembaca yang sudi vote dan share dekat u all punya blog dan FB wall. Sebagai  comper, memanglah kita akan aim untuk buat yang terbaik untuk mendapatkan keputusan yang gempak, tetapi saya terima rezeki saya setakat ini sahaja. Yang penting misi projek ini telah tercapai.

Semoga kita dapat berjumpa lagi di projek akan datang.



Dari jejari yang tak berapa runcing menaip, 
Merlyn Hasshim
Founder PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA





notakaki: kalau ada yang nak tahu apa yang saya buat dengan cash yang saya dapat tu, untuk pengetahuan anda cash tu belum dibank in lagi pun, skang ni pakai duit kocek sendiri jer untuk projek. And I need to work for living too :) 



4 comments:

  1. congrats. well done. barakallah fiik

    ReplyDelete
  2. Tahniah Lin, bkn semua org punya semangat & kudrat hebat nak buat kerja2 kebajikan. Syabas buat lin sekeluarga atas usaha ikhlas. Xpayah tunggu kat akhirat, kat dunia lagi Allah dah bagi bunga2 pahala :) alhamdulillah... tumpang happy dan sangat bangga.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Merlynn sebab menang :)

    ReplyDelete
  4. insya allah ..niat yg baik allah mudahkan :)

    ReplyDelete