728 x 90

Wednesday 26 December 2012

My end of year winning with LuxeSwinger



Alhamdulillah for everything :)

Promote sikit, port baru nak shopping branded items mcm Prada etc... Skang Bimba & Lola tgh ada clearance sampai 80%. Boleh check kat sini 


Sale sampai hujung bulan ini. 

Wednesday 19 December 2012

I'm back... hehehhehehhe

Rasa macam dah lama tak update blog, atau dengan kata lain mengupdate hadiah-hadiah yang dimenang. Sebenarnya, selain dari sibuk dgn kehidupan seharian, saya ingat nak keep "low profile" di atas sebab-sebab tertentu, jadik lepas ni mungkin ada /tak ada/kadang-kadang ada  update fasal kemenangan contest. ( ok, sebenarnya ada sedikit malas nak snap photo, sebab tak ada smartphone yg blih direct post ke dlm blog bila ambil gambar---> alasan semata-mata... hehhhehhehehhe)

OK, cerita ni dah agak basi, sebab berlaku pada bulan October lepas. Untuk kenangan, saya letak di sini, kot-kot terhilangkan majalah ni ker, at least ada soft copy dlm ni utk tatapan anak cucu esok-esok nanti. Salah satu kenangan yang paling "manis" tahun ini.



Tahniah diucapkan pada rakan secomper Suzi dan Wan yang sama-sama menang dlm peraduan ini. Gambar kenangan bersama diaorg. Ambil aura master comper sikit :)


Alhamdulillah for everything....

Monday 29 October 2012

1001 cerita di sebalik sekeping gambar


1. Tempat yang jatuh lagi dikenang. Beginilah suasana Aidilfitri di perantauan, sungguh meriah berkumpul ramai-ramai.

2. Tiada satu hari pun saya tidak pernah merindui kehidupan di sana.

3. Percubaan mengambil gambar menggunakan DSLR serta tripod dan flash.

4. Aidilfitri terakhir kami bersama Melayu Kanada.

5. Diambil masa musim luruh dan memang sejuk gila kat luar, jadi kami semua terpaksa menahan kesejukan sebab tak mau pakai jacket konon nak kasi nampak baju raya memasing.

6. Gambar ni rupa-rupanya bernilai RM4.5K.

7. Selepas buat entry ni mood terus merundum sebab homesick... huhuhuhuhuhu


Tuai padi antara masak;
Jangan sampai layu-layuan;
Intai hari antara nampak;
Esok jangan rindu-rinduan.....

Sunday 14 October 2012

Dibuli atau pembuli?



Dah lama tak update blog. Sekarang musim peperiksaan jadi agak sibuk memantau anak belajar. harap-harap dapat naik kelas tahun depan. Seriously, banyak masalah betul dengan kelas sekarang. Tak tahulah nak kata masalah dalam kelas ker, masalah dengan sekolah ker tapi yang pastinya hari-hari ada masalah. Masalah yang bikin emaknya stress setiap hari sepanjang tahun. Apa nak buat, hari-hari kena mengadap benda sama, walaupun bukan kena dekat anak sendiri, tengok anak org lain kena pun hati seorang ibu sudah terusik.

Ramai ibu bapa yang tidak tahu anak mereka dibuli ataupun pembuli. Jadi para ibu bapa di luar sana, rajin-rajinlah bertanyakan anak kita keada di sekolah. Kalau ada masa, buat spot check untuk tengok sendiri keadaan di sekolah. Takpun tanya pada rakan sekelas. Budak-budak tak pandai menipu, kalau kita tanya memang  diaorg akan jawab dengan betul.

Saya berharap esok saya tidak akan menyaksikan lagi kejadian belasah membelasah di dalam bas. Saya rasa ralat tak dapat buat apa-apa, setakat hon dari kereta  dan membuka tingkap kereta sambil menjerit---> macamlah budak tu dengar pun. Peristiwa itu sungguh menganggu konsentrasi saya.Simpati pada mangsa yang dibuli. Geram dan rasa nak lempang pada si pembuli.

Mungkin cuti sekolah ni boleh mula hantar anak ke kelas pertahankan diri. Yalah, sampai bila ibunya asyik nak jaga dia kan. Sekali kena buli, sekali saya pergi warning si pembuli. Yalah, takkan nak berpeluk tubuh jer. Pihak sekolah pun dah beritahu mereka tak dapat buat apa-apa, budak tu tak makan saman. Dah panggil ibu bapa datang pun dia masih buat.

Masalah buli, masalah yang tak pernah berakhir......




Wednesday 26 September 2012

Sept winning-for record only

Rasa macam dah lama tak update fasal contest. Ni antara benda yang diterima selepas raya .

Set Himalaya bernilai RM100 dari FB Venusbuzz.com

 Goodies dari FB Majalah Pesona Pengantin

 Voucher KFC dari promo Fresh n white

 Voucher ToysR Us RM50 X 2 keping dari contest Darlie Bunny Kids-console

 Mesin Basuh Panasonic 16 kg dari contest Wash and win P&G


TV Plasma 3D HD 42 inch dari contest Watson Olympic P&G yang baru dibuka dan dipasang.. huhuhuhu




Menang  total RM400 utk dua penyertaan dlm peraduan Nikmati Susu Dalam 21 hari di FB Dutch lady. 


Ni jer yang boleh recall setakat ini. Ok, kita sambung buat kerja lain pulak. 

Sekarang ni sangat jarang join contest sebab sibuk jadik homemaker.. huhuhuhuhu

Tuesday 25 September 2012

Kitchen makeover

Lama giler tak update blog. Sebab memang sibuk giler, giler pun tak sibuk macam ni... hehehehhehhe

Inilah benda yang membuatkan sibuk giler... tadaaaa



So far sangat berpuas hati sebab ventilation memang bagus, walaupun tak berapa seni. standardlah budak engine yang design... hehehhehehe


Saturday 1 September 2012

Sawadikapppp

Dilanda kebosanan di hari raya keempat, selepas melawat Makcik Mah di Pasir Pekan, kami bergerak menuju ke Rantau Panjang. Sekali jem giler nak masuk ke sana. So kami sudah fed up, berhenti kereta dekat bus station RP dan terus berjalan kaki masuk ke Golok.. hehehhehehhe

mummy n kiddos posing depan Thailand Immigration 

Jalan kaki jer kitaorg crossing the bridge, tak jauh pun


Masuk pukul 1 tgh hari, pukul 5 petang dah selamat sampai Malaya balik. Just nak jalan-jalan kenal negara orang. 




Wednesday 15 August 2012

Salam Aidilfitri

Blog cuti 2 minggu. nak balik kampung dah. Salam Aidilfitri n Maaf zahir dan batin..---> entry org malas nak type panjang-panjang.

Jumpa lagi lepas raya. oh ya, contest pun cuti 2 minggu jugak.. huhuhuhuhu

Saturday 11 August 2012

Iftar di Nina Bake House

Hari ni kami beriftar dgn kawan-kawan husband FKKSA batch 94 di Nina Bakehouse . Macam biasa daku ler yg paling muda sekali.. hehehehehhehe. Nina Bakehouse menjual dan mengambil tempahan pelbagai jenis kek, biskut raya dan bahan-bahan /peralatan baking. Kedai ini bertempat ni no 35, Jalan Masai Utama 1, Taman Masai Utama, Pasir Gudang. Facebook mereka di sini
https://www.facebook.com/pages/Nina-Bake-House/146378655494275

Ni gambar yang sempat dicilok dari FB saudara Hazizi.





Jutaan terima kasih kepada tuan kedai, Kamal Ibrahim dan isteri yang sudi menganjurkan iftar ini dan rerakan lain yang membawa pelbagai jenis juadah untuk dikongsi bersama. Insya-Allah next time buat kat rumah saya pula yer. 


I need holiday

Seriously, dgn keadaan sekarang ni rasa nak pergi holiday jer, kalau boleh somewhere jauh yang tak ada gangguan seperti phone call blablabla semua.

Malam ni, bukak FB dan ternampak ini


Alhamdulillah, menang package percutian ke Siam Reap ( Angkor wat) utk 2 org. katanya full board, risik punya risik, rasanya tak termasuk flight so kalau nak pergi, kena bayar flight sendiri la. Rasa package nya yg mcm ni

http://www.tourasia2u.com/Search/Package?packageID=77&isFullView=True


Kita tgk dulu term n condition macam mana.

Thursday 9 August 2012

Al Fatihah

DariNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali. Al Fatihah buat adik Qayyum, anak sulung seorang kenalan satu sekolah. Semoga arwah tenang dan bahagia di sana. Allah s.w.t  lebih sayangkannya.

Tak boleh nak tulis banyak-banyak sedih sangat.


Wednesday 8 August 2012

Belajar dari kesilapan :)

Entry buat kenang-kenangan, kata orang, belajar dari kesilapan.










Moralnya, lain kali kalau contest suruh letak gambar sebelum dan selepas, jgn gatal-gatal nak buat prop bagai yer. Jangan kata GP, console pun tak sangkut.. hehehhehehhehhe.

Apa-apapun, daku makin gumuks.. huhuhuhuhuhu


Memberi semangat untuk diri sendiri


Set safi balqis dari Majalah EH bernilai RM100


Yang ni Crabree & Everlyn set dari rakan blogger, Kelly Chin. Thanks so much kerana bersusah payah tolong pick up all these stuff n ada extra gift lagi.


Victoria Jackson personalized compact, dari majalah Her World, yg voting her world rewards tu . Set make up ni bernilai RM239 dengarnya.


Jersey dari Adidas bernila RM150, kemenangan beramai-ramai bersama Wan Hairulshifah, Badiuzaman dan Afifah--satu geng kiranya. Peraduan sms di Guardian. Tak ada rezeki kita nak menang tab, dpt jersey pun layan jer la kan.. hehhehehehhe


Voucher utk beli produk Takasima RM100. siapa nak voucher ni, sila tinggal msg di sini. due date 1 sept, utk produk takasima RM500 ke atas sahaja baru boleh guna. yang di dpt free sebab kami pernah beli treadmill dgn diaorg. 



Kemenangan di FB. Jawab soalan dan e mail jawapan. Dpt hamper Sabah tea RM50 rasanya.



Yang ni nak pi collect hari jumaat ni kat Persada. Like n share Homelifestyle FB. rasanya dia target yg duduk kat JB sebab nak kena attend opening ceremony bagai. kebetulan la pulak sebab nak kena pergi cari kipas dan benbarang rumah.

Oh ya, last week ada dpt call dari Darlie Bunny Kids contest, dpt console atas nama arriz dgn anak saudara kat kampung, so dpt voucher Toy'r us RM50 setiap satu. Next week katanya diaorg nak poskan. So lepas la budget hadiah birthday Aariz tahun ini.

Dalam tak ada mood pun kena update gak blog untuk bagi semangat pada diri sendiri. Chaiyuk.. chaiyuk...

Tuesday 7 August 2012

Pengsan.....




Dah seminggu tak update blog, maksudnya menang apa-apa. Terus terang saya nyatakan, saya sangat penat skang. Penat nak settlekan hal rumah yg due date semakin hampir, sebab nak balik kampung awal punya fasal. Silap haribulan, esok saya sendiri pergi cat rumah.. huhuhuhuhuhu

Bila badan dah penat, otak pun penat, so mood nak bercontest ke laut.

Nanti saya buat entry lain pasal winning ( mcm ada org nak baca.. hehehheheh). Actually hari ni ada menang something yg buat saya rasa bersyukur sangat sebab saya betul-betul menghargainya di tengah al fulus tak berapa ada nak siapkan rumah . Hari jumaat ni nak pi collect n terus beli barang yg diperlukan. lepas la sebijik kipas kat ruang tamu hasil contest. Sofa kena KIV, kerana organizer tu senyapjer, tak masuk pun duit lagi, nak dekat sebulan dah dari dijanjikan. dah tak larat nak PM kat FB.

Banyak sangat benda nak fikir. Pengsan + stress.


Tuesday 31 July 2012

Small winning from Shins, lipice & Nandos



 Nail color OPI  set dan 2 tiket spiderman dari contest father's day Shins. Saya guna gambar di bawah ini . Gambar diambil masa balik kampung hari tu, berlakon jer, bukan ada air pun dalam tu.. hehehehhehehhe. Memandangkan saya tak pakai pengilat kuku ni, maka saya akan hadiahkan kepada seorang follower yang bertuah iaitu Kelly Chin . Nanti saya poskan next trip ke post office. 

ayah saya yang sporting, dia tau gambar ni untuk contest :))


 Yang ni baru terima petang ni, contest LipIce di Facebook. Lupa yang mana satu, dpt console. Dapat 3 lipice bernilai RM30. Oklah kan, sebab saya memang tak pernah beli produk ni sebab saya rasa macam mahal sikit.


Ada lagi voucher Nandos. Yang ni free 1 whole chicken. Sukalah bebudak tu nanti. 

Hari ni tak ada mood, sahabat baik datang berkunjung la pulak. 


Saturday 28 July 2012

Jom ke Legoland Malaysia

Hari ni, di Aeon Tebrau City, Legoland ada bukak booth. Ada special promotion. So kami terbeli 4 annual pass untuk unlimited entry selama setahun. Yalah, alang-alang dah duduk dekat sini, beli jerlah yang annual terus, boleh pergi setiap hari... hehhehehhe. Sebenarnya harga annual pas ni lagi untung dan berbaloi beli kalau kita selalu nak pergi kan.

Temporary pass, nanti pergi sana baru buat annual card yg betul siap dgn gambar.

Ini perbandingan harga pass yang saya ambil dari laman web mereka. Anda boleh bandingkan dan nilai sendiri.

  How much is the LEGOLAND Malaysia Annual Pass RM30/SGD13 OFF Promotion in RM?


Usual PriceAnual Pass Promotion
AdultRM 275RM 245
Kids (3-11)RM 210RM 180
Senior Citizens (above 60)RM 210RM 180




 What is the one-day ticket price for LEGOLAND Malaysia?

PriceMyKad holder (RM30 promotion)
AdultRM 140RM 110
Kids (3-11)RM 110RM 80
Senior Citizens (above 60)RM 110RM 80



Harga yang kami dpt utk annual pass ni ialah RM245 untuk adult dan RM180 untul kanak-kanak ( 3-11 tahun). Insya-Allah akan dibuka kepada pengunjung 15.9.2012.Harga promosi ini boleh dibeli secara online di laman web legoland.

Ni dia punya map, keluasan 76 acres dgn lebih 40 rides 



Pada pendapat saya, memang berbaloi kalau pembaca blog di Johor memiliki annual pass ini. Nanti full review akan diblogkan bulan September ini. 


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web




Wednesday 25 July 2012

My lucky day

Senyum melebar setelah menerima surat yang dinanti-nantikan sejak 2 minggu ni.
Contest ni kena beli produk Dynamo, febreeze atau Downy RM35 ke atas. Macam biasa, saya akan budget ngam-ngam jer. Sabun pun belum bukak lagi. Saja join di supermarket Hwa Thai dekat Kip Mart Tampoi. 

Secara jujurnya, tak mengharap sangat untuk menang kerana masa nak drop form ni, kotak tak ada. So mintak staff supermarket Hwa Thai yang jaga bahagian P&G call diaorg punya agent mcm mana, boleh drop lagi. Agent cakap boleh dan dia akan dtg collect the next week. So borang tu saya tinggal cenggitu jer bersama borang Zamani n Anida dekat staff diaorg dgn harapan diaorg tolong bagi la kat agent tu. Alhamdulillah, staf diaorg mmg jujur dan ada la rezeki sangkut mesin basuh ni.

Apa nak buat dgn mesin basuh 16 kg? Jual kot, utk top up perbelanjaan reno rumah yang sudah over budget.. huhuhuhu


4 tiket pas masukke Bukit Gambang Water park, just nice la utk keluarga saya yang 4 orang ni. Menang dengan Majalah Rapi.Yang tak best due 30 Ogos 2012. Tgh fikir mcm mana nak pergi. Lepas raya mmg akan extend 2 hari cuti sebab husband kena melawat student latihan industri di kemaman, so kami stay kat Awana ikut plan. May be otw balik JB boleh singgah sekejap kot, dlm 2-3 jam dah la. 


Kemenangan yang baru diterima sebenatar tadi dari FM. menang RM100 dari Snap n win contest Ambank. Nak tgk gambar yang menang? Ini rupanya


Ok, dummy TV tu saya rembat masa prize giving Watson-Olympic P&G contest. Lepas ni memang akan jadik prop utk semua photo contest.. hehehehehhe


Dan yang terakhir, menang dengan Herworld magazine masa join online voting utk Her World beauty awards. Saya tak pernah pun menang offline contest dgn majalh ni, tapi kalau yg online ni dah masuk kali ketiga. Satu-satunya majalah yang beli tapi tak pernah menang, kang merajuk tak beli lepas ni.. hehehhehe


Ok, rasanya cukup dulu update hari ini. Alhamdulillah di atas segala rezeki yang dikurniakanNya untuk hari ini. 






Tuesday 24 July 2012

Small winning di FB n magazine

Akhirnya..... ada jugak entry winning contest . Yg ni menang dekat FB dan majalah. So kita upload sekali harung utk record KPI hujung tahun ni.. hehehhehehehe

Set Safi dari Majalah EH. Belum collect lagi, due 9 Ogos ni, tgh arrange.


Movie ticket dari FB lady's Choice, jawab soalan jer

 Dari FB Edwin Malaysia, cakap jer nak diaorg kasik

 Yang ni dari Nandos's We Grilled Champion, under groupLim Yee Pee, dpt 2 set 1/4 quarter chicken.

 Sample dari lip ice-- ni pun nak taruk gak? hehehhehehe

 Share n win contest dgn FB hotel Equotarial Penang, bagi review fasal hotel tersebut.Dpt voucher stay 3D2N on weekend, baru berbaloi hotel voucher mcm ni, tak banyak cengkadak.

Last, ni bukan contest tapi hidangan berbuka puasa hari ini yer...


Ok dah, nak pergi goreng ayam lak. Selamat berbuka.