Satu catatan perjalanan hidup seorang insan biasa. Segala tulisan adalah pandangan peribadi semata-mata tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang meninggal dunia.
Sunday, 14 October 2012
Dibuli atau pembuli?
Dah lama tak update blog. Sekarang musim peperiksaan jadi agak sibuk memantau anak belajar. harap-harap dapat naik kelas tahun depan. Seriously, banyak masalah betul dengan kelas sekarang. Tak tahulah nak kata masalah dalam kelas ker, masalah dengan sekolah ker tapi yang pastinya hari-hari ada masalah. Masalah yang bikin emaknya stress setiap hari sepanjang tahun. Apa nak buat, hari-hari kena mengadap benda sama, walaupun bukan kena dekat anak sendiri, tengok anak org lain kena pun hati seorang ibu sudah terusik.
Ramai ibu bapa yang tidak tahu anak mereka dibuli ataupun pembuli. Jadi para ibu bapa di luar sana, rajin-rajinlah bertanyakan anak kita keada di sekolah. Kalau ada masa, buat spot check untuk tengok sendiri keadaan di sekolah. Takpun tanya pada rakan sekelas. Budak-budak tak pandai menipu, kalau kita tanya memang diaorg akan jawab dengan betul.
Saya berharap esok saya tidak akan menyaksikan lagi kejadian belasah membelasah di dalam bas. Saya rasa ralat tak dapat buat apa-apa, setakat hon dari kereta dan membuka tingkap kereta sambil menjerit---> macamlah budak tu dengar pun. Peristiwa itu sungguh menganggu konsentrasi saya.Simpati pada mangsa yang dibuli. Geram dan rasa nak lempang pada si pembuli.
Mungkin cuti sekolah ni boleh mula hantar anak ke kelas pertahankan diri. Yalah, sampai bila ibunya asyik nak jaga dia kan. Sekali kena buli, sekali saya pergi warning si pembuli. Yalah, takkan nak berpeluk tubuh jer. Pihak sekolah pun dah beritahu mereka tak dapat buat apa-apa, budak tu tak makan saman. Dah panggil ibu bapa datang pun dia masih buat.
Masalah buli, masalah yang tak pernah berakhir......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hiiii.... geram dgrkan kes2 camni. anak2 perempuan pn xterkecuali dr jd pakar/mangsa buli ni ><
ReplyDeleteanak perempuan lain cara dibuli. sebab dulu pernah la kena buli masa di tadika, mak kita belikan cekak rambut lawa-lawa, kat sekolah bebudak perempuan ambil pakai, siap buat giliran lagi dgn kawan-kawan dia hari apa boleh pakai. nak bali baru kasik kita. hampehssss .
Deletemmg lah, buli ni boleh ganggu psikologi mental budak2 secara halus.. harus belajar nak pertahankan diri
ReplyDeleteyup, membuatkan dia rasa mcm phobia nak pergi sekolah
Deleteila penah baca sapa ek ..entry tentang anak dibuli.. then ada satu comment tue cakap.. anak2 mmg kena diajar pertahan diri jugak .. hantarla tea kwando ke apa ke..
ReplyDeleteitulah cadang cuti sekolah ni nak cari kelas pertahankan diri untuk dia. Sampai bila mak dia nak tolong defence.
Deletedulu akak slalu kena buli dlm kelas tp masalahnya aku ni kaki nak bergaduh ja. asal sapa nak buli aku, aku lempang, lepas tu pi ngacum kat gurubesaq.. tak main aa report kat cikgu kelas ja.. last2 bapak aku tak tahan , terus dia bg aku tukaq skolah, err 3 kali gak. last skolah mak aku cikgu kat situ, 1st day aku dah tumbuk perut budak laki pasai sakat aku. but that's the end of it. tak penah kena buli dah. so kalau anak hang macho atau perasan macho, tak yah hantaq pun takpa. tp consequence teruk gak. sbb slalunya yg kaki buli (pompuan) peberet cikgu, so aku ni mmg cikgu anti gila la. but ada aku kesahh!
ReplyDeleteKak zidah mmg ganaih.. takut saya... hehehehehehehe
Deleteanak sy pernah kena buli....siap duit kena rampas ngan kawan kelas, br darjah satu tu :(
ReplyDeleteAyu,
Deleteduit kena rampas tu dah wajib kena, nak-nak kat sekolah agama. diaorg main seluk jer dlm poket. tu sampai si shukri phobia nak bwk duit gi sekolah, dia bwk bekal hari-hari. yg jenis mintak pun ada jugak.