728 x 90

Monday 22 June 2015

Ramadhan Kareem- PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA - SUMBANGAN KIPAS DIPERLUKAN

Harap tak terlewat untuk mengucapkan Ramadhan Kareem buat semua pembaca yang beragama Islam. Tahun ni dapat menyambut 1 Ramadhan di kampung, diet memang ke laut la.. huhuhuhu. Maaf tiada gambar makanan hendak dikongsikan sebab bila azan dah masuk, tak ingat apa dah, terus ngap masuk mulut.

Hari ni berkesempatan beriftar di Masjid Pulai Perdana bersama anak-anak. Kat sini konsep buffet, amik makanan dan makan reramai atas tikar bagi muslimah, muslimin pulak ada kerusi dan meja disediakan. Sempena bulan mulia ini, marilah kita sama-sama memeriahkan masjid kita.

Hari ni juga anak no 2 start berpuasa atas kehendak dia sendiri. Mama kasi moral support jer la. Tiada paksaan atau suruhan. Mama sendiri pun terkejut dia berjaya habiskan. Godaan 10 minit terakhir tu paling kuat sebab makanan dah berada di depan mata, hanya tunggu azan berkumandang sahaja. Bravo anak mama, esok boleh cuba lagi.

Insya-Allah PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA  akan dilancarkan minggu ini, kali ni kita akan sumbangkan kipas angin untuk rumah yang bakal diduduki mangsa banjir. Harga terkini kipas yang dicadangkan ialah RM52. Boleh beli direct di Lazada atau PM saya di FB untuk minta saya tolong belikan. Buat masa sekarang ni saya plan nak beli 5 unit dan if ada sesiapa nak selit order sambil menambah saham di bulan yang mulia ini, sangat dialu-alukan.






in case out of stock, cuba guna link ini untuk beli kipas http://ho.lazada.com.my/SHAfIi

kalau dah habis jugak, cuba beli yang ini, harga RM65 seunit http://ho.lazada.com.my/SHAfkS




PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA ni masih joint venture bersama Raja Shamri. Baru berbalas posting di wall beliau masa tengah type entry ini. Kata abang Raja, kipas dan lampu rechargeable memang diperlukan sesangat sekarang. Saya memang suka confirmkan dulu apa yang diperlukan untuk mengelakkan pembaziran . Tapi lampu rechargeable ni kalau nak murah, kena beli direct kat kedai elektrik di Besut. Masalah sekarang, siapa mau beli. Kena tunggu saya balik raya dulu la. so skang ni kita proceed kipas angin dulu unless saya dpt direct dgn tuan kedai utk order lampu n minta dia hantarkan. 

Untuk lampu rechargeable, kalau saya dapat fund dalam bentuk cash, saya boleh proceed order dekat kedai elektrik di Besut. Harga last time beli RM70. kat Lazada RM99. Banyak beza tuh, so better kita order di kedai jer la ek. 


Ok, ini alamat untuk penghantaran , kalau sesiapa yang nak direct purchase dari Lazada gunakan alamat ni yer. 

Raja Shamri Raja Husin
Golden Minds Consultant
PT587 ,Tingkat 1 Wakaf Lanas,
Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu,
16800 ,Pasir Puteh,
Kelantan.




hp no: 0173872232






Entry ini ditulis dalam kelam kabut, anything just follow my FB  . 




Merlyn Hasshim
Founder PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA


Wednesday 17 June 2015

Pantai penyabung - third trip

Pada bulan lepas kami sekeluarga sempat berkunjung ke Pantai Penyabung dan macam biasa kami stay kat Penyabung Resort.

Singapore

Sunday 14 June 2015

Himpunan fesyen MANGO terkini yang sangat awesome dari ZALORA .





Hari ini saya mahu tulis tentang jenama fesyen kegemaran saya. Saya pasti semua orang mempunyai jenama fesyen kegemaran masing-masing, bukan? Well, at least, saya tahu saya ada jenama fesyen kesukaan saya sendiri dan ianya adalah Mango! Sudah pasti juga saya mempunyai sebab tersendiri dan jawapannya terletak kepada koleksi produk fesyen yang cukup meluas yang ditawarkan oleh jenama hebat ini dan juga barisan produk fesyen yang cukup menarik oleh Mango.

Jika anda sedang mencari baju gaun baru yang bergaya dan agak flirty untuk dipakai ke majlis parti yang diadakan oleh rakan anda pada hujung minggu, jenama ini mempunyai stail baju gaun yang terbaik untuk anda. Malah, Mango Malaysia mempunyai seleksi pakaian terkini wanita yang cukup meluas untuk dipilih. Koleksi baju blaus Mango yang terkini misalnya would go well with a form-fitting blazer dan juga pencil skirt yang mana pilihan yang terbaik untuk dipakai ke pejabat. Produk Mango kegemaran saya ialah seluar skinny jeans – dengan warna yang gelap ianya boleh dipadankan dengan baju kegemaran saya dan kasut but studded hitam untuk gaya yang kasual namun bergaya ketika keluar bersama rakan-rakan pada hujung minggu.

Mango memberikan akses kepada saya untuk gaya terhangat dan trend yang terkini yang boleh saya gayakan that I swear I can’t resist. Tidak kiralah untuk kerja ataupun aktivit kasual, jenama ini mempunyai semuanya! Kini saya boleh hiasi almari pakaian saya dengan gaya yang terbaru dan apa yang lagi menarik ialah saya boleh dapatkan dengan harga yang cukup istimewa tanpa perlu berbelanja lebih.

Mari lihat antara stail pakaian Mango Malaysia kegemaran saya. Mungkin ianya dapat memberikan anda sedikit idea untuk menggayakan persalinan anda juga!




Baju gaun labuh dengan rekaan floral ini tampak cukup menarik untuk digayakan ke majlis istimewa seperti majlis perkahwinan. Ringan dan kasual!Boleh dipadankan dengan cardigan putih untuk hijabster. 



Minimal dan klasik! Saya cukup suka akan super wide leg pants daripada Mango ini!



Apa-apapun, MANGO Zipped Pebbled Bag yang saya beli dari ZALORA ni memang terbaik.



Handbag ni memang dah menjadi keperluan seharian saya, ianya kecil sahaja tetapi mampu memuatkan purse, handphone , buku nota kecil serta mini makeup kit saya. Yang penting ia sangat tahan lasak dan sesuai digayakan dengan semua jenis busana pada bila-bila masa.




Sesiapa nak shopping kat Zalora, boleh la guna discount code voucher ini dan anda akan dpt 15% diskaun untuk sebarang pembelian.

ZBAPQDEH


Selamat membeli belah ya!









Wednesday 10 June 2015

Snippet : June story

Rasa macam dah lama giler tak blogging. Kebanyakan entry sekarang tulis dari smart phone, dan bila nak publish/save asyik error memanjang,so end up banyak entry tertunggak tak dapat publish sampai sekarang. Tak tahu apa masalah. Sebab kebanyakan gambar ada dlm hp, jadi biasanya saya akan buat draf dan upload gambar dlm hp, lepas tu plan nak save dan edit balik bila bukak depan laptop. Tapi satu tak dapat buat setelah berminggu lamanya.

Cuti sekolah kali ni memang awesome, sebab fully occupied and utilized dengan aktiviti untuk anak-anak. Sampai mak dia tak sempat nak isi borang contest, huhuhuhu. Takpa, janji bebudak enjoy. Kalau tak asik mengadap PS4 24/7 sahaja.

About me pula, currently masih seorang blogger, comper, part time volunteer, entrepreneur and Atkiners. Tak pernah terfikir nak go back to work, so stop asking me why n why I am choosing this path. Kenapa saya perlu paksa diri saya untuk buat something just to satisfy other people? I love what I'm doing now, no regret at all. Saya tahu, konsep working from home/ home maker/ freelance ni agak "baru" di negara kita, tapi saya dah bertahun-tahun buat benda ni dan Alhamdulillah, banyak impian saya telah tercapai selain dapat berkongsi n give back to society.

Ok, enough venting and ranting, jom kita update satu persatu.

1. Blogger-on and off, but try to be more consistent. Mostly I'm blogging on my travel and shopping experience, event, my PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA and comping.

2. Comper- still a comper , bulan June memang banyak contest nak dihadap. Suka tak suka kena buat sebab ni sumber utama pendapatan saya.

3. Part time volunteer- tengah tunggu dana masuk untuk PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA, Insya-Allah bulan puasa ni boleh jalan. Tak ada duit, cemana projek nak jalan kan. So tuan tanah kenalah kerja,tak boleh nak tumpukan 24/7 pada projek. Bukannya dah lupa pada mangsa tragedi banjir, tapi tengah slowly kumpul duit so boleh sekali harung nanti.

4. Entrepreneur- tahun ni kena terima la hakikat memang agak slow tapi syukur masih ada projek kecil-kecilan. Tak boleh nak expect banyak sangat especially sejak GST dilancarkan. Saya ambil pendekatan tunggu dan lihat walaupun dalam kepala ni dah ada macam-macam plan tapi kena sabar.

5.Atkiners- Mula berAtkins dari 15 Feb, setelah hampir 4 bulan, dah berjaya turun 12 kg, ada 4 kg lagi nak capai target. lebih-lebihkan jadi under weight la pulak. Skang dah berada di fasa 3 dan enjoy makan oats pagi petang siang malam.. huhuhuhu


Sekian entry untuk permulan June, Hopefully esok dpt publish entry -entry yang tertunggak.