728 x 90

Wednesday 29 July 2015

Iftar 2015

Alhamdulillah Ramadhan tahun ni sempat beriftar bersama jiran tetangga di rumah .Mcm biasa potluck style; masing -masing bwk juadah untuk dikongsi bersama.

ni untuk anak-anak dan kaum ibu

untuk kaum bapa

ada jugak tersesat 2 org budak kat atas ni 


Masa dah minggu terakhir Ramadhan barulah berkesempatan untuk beriftar di Masjid UTM. 



Budak kecik ni pun puasa tau, dengan sabar menanti waktu berbuka

Makan dalam talam untuk 1 famili. Simple jer lauknya, kitaorg mcm biasa siap bawak bekal lauk dari rumah untuk topup


Cherating n KT trip before puasa

Cerita dah basi.Tapi nk upload jugak utk rujukan dan mcm buasalah buat hotel review dan food review sikit
Kami sampai Cherating dah malam. Tapi kami tak check in lagi tapi terus ke bandar Chukai untuk menikmati nasi kukus terlajak sedap tepi pasar borong.

Kuahnya pekat dan nasi tu pakai beras siam cap serindit tau

Dah siap makan patah balik ke Cherating.Stay kat Legend. Oleh kerana bukan peak season n hari weekdays pulak tu suasana hitel agak sunyi sepi,kelam dan gelap gelita.suspicious la jugak. Dpt pulak blok kt hujung dunia. 

Budak 2 org ni asal dpt duk hotel excited ajer. Bilik dia ni baru refurnished. Bilik air pun sama, dah tak ada bath tub. so lepak swimming pool dah la yer

Ruangan lobi jenis open space.Takder org pun

Selfie sepukul

Yang tu playroom.Bebudak ajak masuk. Koser mak nak bayar RM20 sejam setakat nak main FIFA.

Lepas check out kita sambung aktiviri jalan-jalan carik makan. Kami memilih Restoran resepi Ibu. Kedai ni tak jauh dari Legend, menghala ke bandar Chukai. Sebelah kiri.



Kedai nasi campur. Dia punya speciality gulai kawah, gulai ayam kampung , ikan baung masak tempoyak

Nasi kerabu ni menu breakfast tapi mak hentam sajer la 


tu lemak ketam sama ikan baung. makan dgn ulaman serta sambal petai, Pergh, memang terangkat habis. 

Malam tu lepas Terawih pertama, kitaorg ronda bandar KT cari mee celup pula.

Esok harinya 1 ramadhan, sempatlah pergi ek pasar Ramadhan Chabang 3. Dalam banyak-banyak gerai, ni jer yang kitaorg amik gambar, kebab dia best, dia style mexican, guna wrap gitu.



Ok habisss

Monday 27 July 2015

Wajah berseri-seri di Aidilfitri bersama CC cream Mary Kay



Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan CC cream Mary Kay semasa Syawal tempoh hari. Serious, memang banyak sgt "break out" masa nak beraya, mungkin kurang minum air kot masa bulan puasa. Makan pulak tak pantang, semua seafood saya tibai. Apa lagi, mulalah naik ruam merah di muka. Dalam hati dah risau dah, cemana nak beraya ni, Mujurlah ada CC cream Mary Kay menjadi penyelamat.

Kelebihan CC cream Mary Kay ni dia dah siap ada sunscreen spf15 so kita boleh pakai kat luar dan mendapat perlindungan maksima, nak-nak cuaca tengah panas terik sekarang, Yang paling best, dia tidak berminyak macam CC cream biasa so kulit muka kita rasa "just nice" dan ringan jer.

Jom kita tengok bagaimana transformasi kulit cerah sekata bersama CC cream Mary Kay.

 sebelum memakai CC cream Mary Kay

 Tada... selepas memakai CC cream Mary Kay

 Another transformation with CC cream Mary Kay




 Suka design tiub dia, jenis dispenser so kita boleh picit setakat mana kita nak. Kalau CC cream biasa, kita kena picit mcm ubat gigi, selalu terkeluar banyak. 


Untuk sapuan yang lebih maksimum dan sekata, gunakan foundation brush Mary Kay.



Suka Bangat. Dah la kecik, boleh sumbat dalam handbag, senang nak bawak ke mana-mana








Dengan harga berpatutan , pasti mampu dimiliki oleh setiap wanita yang inginkan kesempurnaan dalam masa yang cepat, pantas dan mudah. Worth of money la bak kata orang putih. 









Friday 3 July 2015

Beli 6 instant shawl cuma RM100 termasuk free poslaju? Biar betik??

Hari ni page TUDUNG MURAH SKUDAI buat jualan penghabisan stok sempena nak raya dan nak clear stok. kasik habis licin. so far stok instant shawl tinggal 20 unit jer. Antara promosi yang ditawarkan:

1. Harga asal RM30 sehelai, harga terlajak laris sekarang RM20 sehelai sahaja untuk semua patern.
2. Beli 3 percuma poslaju, so bayar RM60 sahaja.
3. Beli 5 percuma percuma sehelai + free poslaju, so bayar RM100 dapat 6 helai instant shawl! Fuh, ini memang terlajak murah habis.


So u all nak beli tudung untuk pakai raya atau nak buat buah tangan bawak balik kampung, cepatlah grab sebelum habis sebab harga memang murah sesangat.

Akak payung gambar kejap untuk korunk cuci mata







Sila layari page https://www.facebook.com/tudungmurahskudai utk mula shopping. Sementara stok masih ada

Thursday 2 July 2015

Hidup tidak lari dari masalah

me wearing Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF15 light-medium 

Tak tahulah sama ada saya seorang jer yang tetiba dilanda masalah kulit yang suram. Dah makan kolagen, EPO tapi semua tak jalan. Mungkin perubahan cuaca panas yang agak ekstrem semenjak dua menjak ini menjadikan kulit makin berminyak dan bintik-bintik halus pun mulalah menjelma. Muka pun dah macam bulan purnama dah ni. Ditambah lagi bulan puasa ni saya memang kurang sangat minum air. Tak tercapai target nak minum 3 liter sehari, atas alasan nanti malam asik nak terbangun pergi bilik air la pulak.

Tengah pening memikirkan produk apa yang nak dipakai, tiba-tiba mendapat kejutan daripada adik angkat saya, Ijah. Ijah telah mengepos CC cream Mary Kay kepada saya. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, sudah pasti saya tidak melepaskan peluang untuk mencuba produk Mary Kay ini. Kebetulan memang tengah plan nak beli CC cream yang baru sebab CC cream Kanebo yang menang dari contest tu rasanya macam dah expired.



Nak tahu hasilnya? Kenalah tunggu minggu depan yer, bagi saya cuba pakai seminggu dulu .