728 x 90

Sunday 13 December 2015

Pengumuman: Projek Disember

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf lama tak update  blog. Cuti sekolah kali ni memang serious sibuk giler, selain travel ke sana sini, dengan my charity projek tak henti-henti serta contest-contest yang form semuanya menanti untuk diisi. Ok,kasik tarik nafas dulu . Kita cerita satu-satu.

Projek #sehatisejiwa-Baitus Solehah berjalan seperti biasa, yang ni memang saya updated live terus bila saya visit ke sana di laman FB saya . Tak sempah dah nak berblogging bagai semua. Duit donation memang sentiasa ada, Alhamdulillah dan saya belanjakan ikut keperluan yang diperlukan pada bulan tersebut. Means saya tak habiskanlah one shot, saya simpan for next visit nanti. Utk bulan Dis ni saya dah pergi melawat minggu lepas dan dijangka akan melawat lagi dengan gang #babybox johor dalam tempoh terdekat ni. Cadangnya kali ni nak bawak stok lampin pakai buang. Sesiapa berminat nak menginfak ke Baitus Solehah, bolehlah PM saya di FB Merlyn Hasshim . Kalau sesiapa nak melawat boleh la kita pergi sama-samma, kita set date dan time yang sesuai.

Projek kedua ialah  projek beli kelengkapan sekolah bagi 65 pelajar miskin/anak yatim yang dikendalikan oleh Kak Yong   dari Third force, bawah pimpinan Raja Shamri. Seperti yang semua maklum, saya pernah bekerjasama dgn Raja Shamri utk #projek1dapur1keluarga dan kali ni atas personal request saya cuma bantu untuk cari dana membeli kelengkapan sekolah. Saya cari fund jer, yang akan turun padang dan belikan dan serahkan nanti ialah Kak Yong sendiri nanti. Untuk projek persiapan banjir ni saya KIV dulu la sebab saya tumpukan pada keperluan lain. Tarikh akhir untuk kutipan dana ini ialah pada 18 Dis ini so sesiapa yang nak sponsor boleh berbuat demikian sebelum tarikh tersebut. Saya akan update jumlah terkini di wall FB saya. Yang setakat saya check malam ni dlm acc bank ada RM705 .

Projek ketiga ialah projek Babybox. Saya tak collect fund untukprojek ni, tapi saya ada buat jualan amal dan pada masa sama saya collect barang-barang baby serta mengagihkan babybox kepada penerima yang berdaftar. Boleh layari page Projek Tamak Pahala  untuk penerangan lebih lanjut. Buat masa skang saya cover untuk area Johor. Insya-Allah bulan depan jika tiada aral kami akan buat jualan amal dan free market lagi untuk warga johor. Boleh rujuk entry lepas di sini  http://merlynhasshim.blogspot.my/2015/11/jualan-amal-babybox-johor-dan-free.html . Sesapa nak beli stroller, barang dan keperluan baby yg murah boleh PM saya sendiri sebab barang-barang tersebut ada di rumah saya, plan nak letgo masa jualan amal nanti. Tapi kalau nak cepat, boleh direct ambil di rumah saya. Kena tunggu saya upload gambar dulu la yer.


Untuk  perkembangan terkini mohon follow FB saya sebab saya memang rajin update dalam tu.

Sekian dulu laporan/catatan ringkas.



Merlyn Hasshim


Eh, takder cerita/update fasal contest ek.Hopefully ada rezeki untuk kami sekeluarga di hujung tahun ini.. Amin...

Wednesday 2 December 2015

Evolusi kulit sihat dan cantik bersama DocLab

Annyeonghaseyo!
An nyeong ha siut seum ni ka?
Jaljinaeyo. 



Tetiba keluar bahasa Korea la pulak dalam blog melayu ini. Ok, actually nak cerita ni . Saya ni memang dari dulu lagi peminat fanatik cerita korea skin care korea sebab kebanyakan produk mereka ni bersesuaian dengan kulit Asia macam saya ni. Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan  DocLab Face Ampoule. Amenda pulak Face Ampoule ni? Mari kita baca dulu .

DocLab produk terkini yang dirumus dan dihasilkan di Korea Selatan. Intipati kandungan utamanya teridri daripada  asid hyaluronic, ekstrak ginseng, kolagen dan juga ekstrak daun aloe vera. DocLab tidak mengandungi alkohol, kandungan berunsur haiwan haiwan, silikon atau paraben. Iajuga bebas dari sebarang pengawet dan bahan kimia terlarang, jadi anda tidak perlu risau menggunakannya. 

Ampoule lebih efektif berbanding serum untuk kulit yang mengalami pimentasi dan melambatkan proses penuaaan . ( untuk yang dah berumur macam saya ni) Kesan penggunaan ampoule juga lebih cepat berbanding serum. Ia sesuai untuk pengawalan sebum; menjadikan kulit lebih lembut,halus dan kurang minyak. Ampoule ni kira benda baru la nagi saya, selama ni saya pakai serum sahaja, tu pun dah rasa habis best dah tu.

 DocLab didatangkan di dalam kotak khas 

Satu kotak mengandungi 5 botol Face Ampoule. Satu botol untul sekali penggunaan.

Kecil-kecil cili padi, walaupun bersize kecil ia memberi hasil yang luar biasa sekali. 

Ini wajah sebelum guna DocLab, muka tengah breakout teruk sebab alahan makanan laut 


Ini selepas 5 kali penggunaan DocLab. Kesan bintik merah akibat alahan telah hilang dan kulit lebih anjal, gebu dan putih bersih. Liang roma di muka semakin mengecil dan wajih makin kurang berminyak. Sangat berbaloi sekali! 





Video penerangan ringkas DocLab serta cara menggunakannya







Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk DocLab ini bolehlah melayari laman web mereka di 

atau follow instagram mereka di 

dan "like" fan page mereka di 


Berminat memiliki wajah yang cantik mulus persis artis Korea? Bolehlah order DocLab hari ini juga  seperti tertera di bawah: 

@
017-3201998 (WA/TA/MSG ILASALEH)



Joeun haru dweseyo. 
Annyeong !