Sunday, 13 December 2015

Pengumuman: Projek Disember

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf lama tak update  blog. Cuti sekolah kali ni memang serious sibuk giler, selain travel ke sana sini, dengan my charity projek tak henti-henti serta contest-contest yang form semuanya menanti untuk diisi. Ok,kasik tarik nafas dulu . Kita cerita satu-satu.

Projek #sehatisejiwa-Baitus Solehah berjalan seperti biasa, yang ni memang saya updated live terus bila saya visit ke sana di laman FB saya . Tak sempah dah nak berblogging bagai semua. Duit donation memang sentiasa ada, Alhamdulillah dan saya belanjakan ikut keperluan yang diperlukan pada bulan tersebut. Means saya tak habiskanlah one shot, saya simpan for next visit nanti. Utk bulan Dis ni saya dah pergi melawat minggu lepas dan dijangka akan melawat lagi dengan gang #babybox johor dalam tempoh terdekat ni. Cadangnya kali ni nak bawak stok lampin pakai buang. Sesiapa berminat nak menginfak ke Baitus Solehah, bolehlah PM saya di FB Merlyn Hasshim . Kalau sesiapa nak melawat boleh la kita pergi sama-samma, kita set date dan time yang sesuai.

Projek kedua ialah  projek beli kelengkapan sekolah bagi 65 pelajar miskin/anak yatim yang dikendalikan oleh Kak Yong   dari Third force, bawah pimpinan Raja Shamri. Seperti yang semua maklum, saya pernah bekerjasama dgn Raja Shamri utk #projek1dapur1keluarga dan kali ni atas personal request saya cuma bantu untuk cari dana membeli kelengkapan sekolah. Saya cari fund jer, yang akan turun padang dan belikan dan serahkan nanti ialah Kak Yong sendiri nanti. Untuk projek persiapan banjir ni saya KIV dulu la sebab saya tumpukan pada keperluan lain. Tarikh akhir untuk kutipan dana ini ialah pada 18 Dis ini so sesiapa yang nak sponsor boleh berbuat demikian sebelum tarikh tersebut. Saya akan update jumlah terkini di wall FB saya. Yang setakat saya check malam ni dlm acc bank ada RM705 .

Projek ketiga ialah projek Babybox. Saya tak collect fund untukprojek ni, tapi saya ada buat jualan amal dan pada masa sama saya collect barang-barang baby serta mengagihkan babybox kepada penerima yang berdaftar. Boleh layari page Projek Tamak Pahala  untuk penerangan lebih lanjut. Buat masa skang saya cover untuk area Johor. Insya-Allah bulan depan jika tiada aral kami akan buat jualan amal dan free market lagi untuk warga johor. Boleh rujuk entry lepas di sini  http://merlynhasshim.blogspot.my/2015/11/jualan-amal-babybox-johor-dan-free.html . Sesapa nak beli stroller, barang dan keperluan baby yg murah boleh PM saya sendiri sebab barang-barang tersebut ada di rumah saya, plan nak letgo masa jualan amal nanti. Tapi kalau nak cepat, boleh direct ambil di rumah saya. Kena tunggu saya upload gambar dulu la yer.


Untuk  perkembangan terkini mohon follow FB saya sebab saya memang rajin update dalam tu.

Sekian dulu laporan/catatan ringkas.



Merlyn Hasshim


Eh, takder cerita/update fasal contest ek.Hopefully ada rezeki untuk kami sekeluarga di hujung tahun ini.. Amin...

2 comments:

  1. wahh sibuknya dgn projek bagaii., jangan giler sudahh., hehe2

    ReplyDelete
  2. hi, menarik entri ni.. done follow, follow me back :)

    ReplyDelete