728 x 90

Friday 30 October 2015

Menikmati English Breakfast Tea bersama PRINTCIOUS.COM .



Minggu lepas saya ada berkongsi  mengenai PRINTCIOUS.COM dan saya telah sempat shopping 2 cenderahati di sana. Jom kita tengok apa yang saya order . Baru jer sampai semalam.



Penghantaran menggunakan kurier skyet, semua item dibalut kemas dan diterima dalam keadaan yang baik . Jadi anda tidak perlu risau kalau item ni terpecah ker. 


Yeay.. ini mug yang saya order. Cantik bukan? Dah siap rasmikan utk morning tea. Saya tak buat personalized mug sebab saya tertarik dengan design ini yang agak simple tetapi ada unsur sentimental dan happy go lucky, sesuai la  bagi saya nak carik inspirasi pagi-pagi. Next order saya kena letak la my blogname, tak terfikir pulak hari tu nak tambah. 


T shirt "I turn Coffee into Code " ni request en suami.  Lepas tu dia tgk mug bini dia cantik, berkenan pulak. Harus repeat order ni.  


Mulakan hari yang ceria bersama kopi mahupun teh menggunakan mug favourite anda,design eksklusif dan  istimewa hanya dari  PRINTCIOUS.COM . Sama ada untuk kegunaan sendiri atau dihadiahkan kepada sahabat handai, ahli keluarga mahupun sesiapa juga, pasti memori terindah dicipta dan dikenang sepanjang masa. 

Layari laman web PRINTCIOUS.COM untuk membuat pesanan dan anda pasti berpuas hati! 









Wednesday 28 October 2015

Dunia si kecil di TOYS R YOURS



Pada bulan lepas, saya dan bebudak ni ada kat KL sebab teman abah diaorg ada kerja. So masa tu saya ambil kesempatan untuk membawa diaorg ke kedai mainan kawan saya  berhampiran LRT stesyen Taman Jaya. Hajatnya nak buat surprise pada Aariz sebab saya kirim Hot Wheels track set dgn kawan saya tu masa warehouse sales kat Jaya One. Tak sempat nak pergi sendiri sebab hari yang sama kita org fly pergi GC. Masa kat GC memang si Aariz duk merengek nak beli hotwheels tapi saya tak bagilah sebab dah kirim kan. Lagipun Kat Ausie lagi mahal la harganya. 

So hari tu kami bertiga naiklah LRT dan turun di Taman Jaya. Kena jalan kaki sikit la. Selepas jer A&W yang baru tu, ada nampak bangunan medan selera . masuk dalam sikit jumpalah kedainya. Kalau tanya orang kat situ sure kenal sebab aad satu jer kedai mainan di sini.

Kat kedai ni terdapat pelbagai koleksi mainan yang baru dan terpakai, sesetengahnya agak "rare" dan susah nak dijumpai. Toke kedai dia, Azlin Sha seorang yang sangat peramah dan budak-budak pasti cepat suka dekat dia. Tengok jer la gambar kat bawah ni diaorg dah buat macam rumah sendiri daa..

Inilah kedainya 

Dah buat macam rumah sendiri la pulak

beskal utk si kecik pun ada 

Pelbagai action figuers dan educational toys

Carik Bumblebee ker tu?

Koleksi Hot Wheels 

Teddy and bear untuk si manja

Limited edition action figure

Bersama toke kedai, Azlin Sha . Thanks Sha sudi melayan kami anak beranak. 

Hasil tangkapan.. siap dapat free gift lagi tu 

Kalau sesiapa nak pergi, ini alamatnya yer : 

Toys R' Yours (Trys Trading)
No 41, 
Kompleks Emporium Makan Seksyen 52,
Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya,
Selangor.

We are located inside the food court building, next to the newly relocated a&w (The famous A&W in front of Amcorp Mall)
Walking distance is just about 5 mins walk from Taman Jaya Lrt Station.
Our business hour is 10am - 5pm from Monday to Saturday.


Boleh layari page mereka di Toys R Yours  untuk promosi dan koleksi mainan terkini. 



Monday 26 October 2015

Day 6 Gold Coast :Paradise Country Farm




Day 6. Finally dah boleh pack nak balik raya. Yer, balik raya la. Takkan nak raya kat tempat orang pulak kan. Hari ni kitaorang pergi Paradise Country Farm. Yang ni dalam package dan wajib ambil, so layan jer la ek.


Misi kita ialah untuk melihat koala bear dan kangaroo. Jom kita cari




 yes, berjaya pegang kangaroo setelah 35 tahun lamanya menanti ( drama sungguh kan) 

 Kangaroo bermalas-malasan . Yang ni boleh tengok sahaja, tak boleh pegang. Nnati ada kena flying kick. 



 Kalau kita tahu kat part mana nak pegang, dia ok jer. Ada sorang budak perempuan pergi grab kat leher dia, terus dia lompat memprotes. Meraung budak tu ketakutan.


 Boleh kita bawak balik rumah tak? 

Jom tengok koalas pula

 Koala memanjat 

 Koala tidur 

 Koala makan 

 
 Koala bersama babynya 

  
 Koala tunjuk macho 

 Diaorang pun nak possing jugak, kasik can la 

 Kesian, tak ada orang pun nak tengok dia, terpinggir kesorangan.



sedang menunggu show

tengah bancuh teh o agaknya 

koleksi antik 

ini dekat stor, mungkin digunakan utk acara khas 




horse show 





Sebenarnya hari tersebut sejuk tapi kitaorg lupa bawak jaket,Ingatkan panas 




Another show 






Ok dah habis, masa untuk pulang.. 

Gambar masa BBQ lunch dalam hp, belum transfer lagi. Ada certificates halal lagi. nanti next time saya edit dan tambah.


Tuesday 20 October 2015

Hadiah yang berharga tetapi bermakna buat teristimewa hanya di PRINTCIOUS


Saya seringkali pening memikirkan hadiah apa yang hendak diberi terutama di musim graduasi ni, balik-balik bunga dan coklat jer. Tambahan pulak dengan cuaca jerebu ni malas betul nak keluar rumah. Mujurlah saya diperkenalkan dengan laman web  PRINTCIOUS ini, bolehlah saya membeli hadiah yang 'precious' tetapi bermakna.Sesuailah dengan tagline  ‘Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart’.


PRINTCIOUS atau nama dahulunya, HeartBeat.my telah diberi penjenamaan semula pada 2015 yang membawa maksud Printing dan preCious . Kini anda tidak perlu bersusah payah untuk memandu ke sana sini kerana PRINTCIOUS menawarkan lebih 200 rekaan DIY personalized gift dalam bentuk t shirt, mugs, ceramic tiles dan cushions yang boleh diabadikan gambar serta kata-kata mengikut pilihan pengguna .

Mengapa perlu memilih PRINTCIOUS? Dengan rekaan yang unik terkini, dengan harga mampu dimiliki, mesra pengguna kerana segalanya sudah tersedia di hujung jari, hanya tekan klik di sana dan di sini dan seterusnya memori dan kenangan terindah dapat diabadi melalui foto dan tulisan di atas cenderamata pilihan hati .

Jom kita jenguk apa yang ditawarkan di sini



Mula-mula daftar dulu , boleh guna email address atau nak senang daftar guna FB account


Lepas tu kita akan terima email seperti di bawah dan bolehlah mula shopping yer


 Kita boleh update details di ruangan "my account"


OK, di bahagian "shop now" kita boleh pilih kategori hadiah yang kita nak beli



Selain daripada kategori jenis hadiah, ada juga pilihan hadiah untuk lelaki atau perempuan 

Saya sudah tertarik dengan rekaan t shirt ini. Cute bukan? 


Di ruangan "interest" di sebelah kiri memudahkan lagi pencarian jika kita memerlukan tema tertentu

Antara rekaan cushion yang ditawarkan , comel-comel belaka

Kita juga boleh personalized sendiri hadiah yang kita pilih dengan menambah gambar atau tulisan


Ini contoh personalized mug yang saya buat. Hanya upload gambar dari laptop dan masukkan tulisan yang dikehendaki mengikut size dan warna yang kita suka .

Website PRINTCIOUS sangat mesra pengguna dan sangat mudah digunakan, hanya klik klik sahaja dan tadaa.. siap. Layoutnya ceria dan susun atur menunya  jelas memudahkan lagi pencarian .

Dua kaedah pembayaran ditawarkan oleh PRINTCIOUS iaitu melalui online banking atau cash deposit machine. Pada saya, ini adalah satu keistimewaan kerana memberi peluang kepada semua untuk berbelanja di sini kerana bukan semua orang ada online banking. Selain itu, kos penghantarannya adalah percuma untuk pembelian RM75 dan ke atas. Menarik bukan?

PRINTCIOUS juga menawarkan return &refunds dalam tempoh 7 hari sekiranya barang yang diterima rosak atau tidak menepati pesanan yang dibuat. Jadi anda tidak perlu risau untuk berbelanja di sini.



Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web http://www.printcious.com/ dan boleh mengikuti halan FB mereka di https://www.facebook.com/printcious?fref=ts untuk mengikuti perkembangan terkini serta promosi yang ditawarkan.