728 x 90

Tuesday 20 October 2015

Hadiah yang berharga tetapi bermakna buat teristimewa hanya di PRINTCIOUS


Saya seringkali pening memikirkan hadiah apa yang hendak diberi terutama di musim graduasi ni, balik-balik bunga dan coklat jer. Tambahan pulak dengan cuaca jerebu ni malas betul nak keluar rumah. Mujurlah saya diperkenalkan dengan laman web  PRINTCIOUS ini, bolehlah saya membeli hadiah yang 'precious' tetapi bermakna.Sesuailah dengan tagline  ‘Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart’.


PRINTCIOUS atau nama dahulunya, HeartBeat.my telah diberi penjenamaan semula pada 2015 yang membawa maksud Printing dan preCious . Kini anda tidak perlu bersusah payah untuk memandu ke sana sini kerana PRINTCIOUS menawarkan lebih 200 rekaan DIY personalized gift dalam bentuk t shirt, mugs, ceramic tiles dan cushions yang boleh diabadikan gambar serta kata-kata mengikut pilihan pengguna .

Mengapa perlu memilih PRINTCIOUS? Dengan rekaan yang unik terkini, dengan harga mampu dimiliki, mesra pengguna kerana segalanya sudah tersedia di hujung jari, hanya tekan klik di sana dan di sini dan seterusnya memori dan kenangan terindah dapat diabadi melalui foto dan tulisan di atas cenderamata pilihan hati .

Jom kita jenguk apa yang ditawarkan di sini



Mula-mula daftar dulu , boleh guna email address atau nak senang daftar guna FB account


Lepas tu kita akan terima email seperti di bawah dan bolehlah mula shopping yer


 Kita boleh update details di ruangan "my account"


OK, di bahagian "shop now" kita boleh pilih kategori hadiah yang kita nak beli



Selain daripada kategori jenis hadiah, ada juga pilihan hadiah untuk lelaki atau perempuan 

Saya sudah tertarik dengan rekaan t shirt ini. Cute bukan? 


Di ruangan "interest" di sebelah kiri memudahkan lagi pencarian jika kita memerlukan tema tertentu

Antara rekaan cushion yang ditawarkan , comel-comel belaka

Kita juga boleh personalized sendiri hadiah yang kita pilih dengan menambah gambar atau tulisan


Ini contoh personalized mug yang saya buat. Hanya upload gambar dari laptop dan masukkan tulisan yang dikehendaki mengikut size dan warna yang kita suka .

Website PRINTCIOUS sangat mesra pengguna dan sangat mudah digunakan, hanya klik klik sahaja dan tadaa.. siap. Layoutnya ceria dan susun atur menunya  jelas memudahkan lagi pencarian .

Dua kaedah pembayaran ditawarkan oleh PRINTCIOUS iaitu melalui online banking atau cash deposit machine. Pada saya, ini adalah satu keistimewaan kerana memberi peluang kepada semua untuk berbelanja di sini kerana bukan semua orang ada online banking. Selain itu, kos penghantarannya adalah percuma untuk pembelian RM75 dan ke atas. Menarik bukan?

PRINTCIOUS juga menawarkan return &refunds dalam tempoh 7 hari sekiranya barang yang diterima rosak atau tidak menepati pesanan yang dibuat. Jadi anda tidak perlu risau untuk berbelanja di sini.



Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web http://www.printcious.com/ dan boleh mengikuti halan FB mereka di https://www.facebook.com/printcious?fref=ts untuk mengikuti perkembangan terkini serta promosi yang ditawarkan. 


No comments:

Post a Comment