728 x 90

Thursday 30 October 2014

Galeria Kotaraya- Kenangan tempat outing bersama kenkawan

Kalau tanya kat budak UTM, mesti semua kenal Kotaraya. Tu tempat bebudak dating kat KFC, lepas tu solat dekat masjid atas tu.  Satu satunya masjid yang ada aircond masa zaman tu kot.

Sekarang Kotaraya sudah berwajah baru, dah tak macam zaman kita belajar dulu. Tempat makan kat atas dah takder, semua pindah kat bawah dan lagi mahal dan pilihan gerai pun dah kurang. Kami pilih utk makan Subway jer sebab tengah misi mustahil skang, kenalah pilih healthy food gituh. 

Bos kecik gigih makan BMT


 Inilah food court baru kat bawah tu dengan pilihan menu budget. Tapi rasanya tak tahu mcm mana. Minggu ni saya pergi makan dengan abah diaorg, mkn mee rebus tulang RM9 semangkuk.


Cuba teka kat mana ni? ni kat ruang legar yg ada pasaraya koop dulu, dekat dgn kfc

Dulu kat sini tak ada apa apa, bilik air jer kot. Skang dah ada Angry Bird Park ( ni free version)

Inilah masjid tempat kita semua selalu solat kalau outing. tangga yang sama.

Main dengan anak sapalah tu ek...


Maknya tengah menunggu sesuatu siap. Nak kena blah cepat cepat sebelum orang keluar office, nanti terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang terlampau. 

Selamat berhujung minggu  esok untuk kenkawan di Johor dan negeri lain yang sewaktu dengannya. 

Misi Mustahil Minggu 1


Dalam hidup ini, mesti ada misi untuk berjaya. Misi saya ialah untuk menurunkan berat badan sebanyak 1kg setiap minggu ( biar betik????) . Bunyi macam tidak logik, tetapi saya tetap optimis dengan misi saya. Jadi pagi ini kita mulakan dengan berlari di atas treadmill.



Minggu depan pada hari dan waktu yang sama, kita nantikan keputusannya! 

Lunch ni jom pekena Subway. 


Wednesday 29 October 2014

Entry orang tgh lapar giler: Nasi kukus

Nak berdiet atkins konon. Baru setengah hari tak makan nasi dah menggigil.. hahahahahhahahaha

Lepas makan sebungkus ni, kita running atas treadmill setengah jam pulak ek?

Nasi kukus Noni Taman Sri Pulai yang telah ditambah kuah kari sendiri nak kasik lagi power


Bos kecik berselera sungguh makan ( belum tgk mak dia lagi.. hehehehehe) 


Sekarang tengah tersandar kekenyangan.. Alhamdulillah... 

Er, apa cerita nak running tadi? Hehehehehehehe 


Keputusan GIVEAWAY Sempena Kejutan Kenaikan Harga MInyak Di Hari Jadi



Hadiah yang bakal dibawa pulang oleh para pemenang 


Tajuk entry tak ingat. Hopefully korunk masih belum lupa dengan kejutan di hari jadi tuan tanah. Sekarang diumumkan keputusan Giveaway. 5 pembaca blog bertuah yang akan membawa pulang wang tunai RM10 ialah

1.Asfiedaimpiana
2.  Carlz Erfanz Zhafran  
3. Shamiera osment
4. Nagiha Hamdan
5. dilazfamily

 5 lagi pemenang yang akan membawa pulang cendera hati dari Kota Kinabalu ialah :

1. Mama Zharfan
2. Mama shifa alisha
3. AyuArjuna BiGoshh
4. Sunshine Kelly
5. Azwan Azri



Diminta para pemenang untuk menghubungi tuan tanah sepantas mungkin di SINI atau boleh PM dekat SANA  sebelum 10 November 2014.


Tahniah lagi sekali dan terima kasih diucapkan kerana sudi join mini giveaway yang julung pertama kali diadakan. Insya-Allah, ada rezeki di lain hari kita boleh buat lagi. 

Lepas ni u all boleh la sambung shopping di Lazada pulak yer.. wink :


Pelbagai peralatan rumah dengan diskaun sehingga 49%  


Lazada Malaysia


Masa utk stock up perfume, lipstick, make up, syampo, pencuci muka 


Lazada Malaysia


Redmi RM419 sahaja???? Biar betik!!! 

Lazada Malaysia


Hari ini sahaja diskaun sehingga 94%???? 

Lazada Malaysia


Jangan lupa guna discount code voucher LazAffSpecial masa buat pembayaran nanti .   

se

 m mmmmm

Monday 27 October 2014

Rezeki mesin basuh bersama Unilever-Untuk dijual

Selepas menulis entry ini semalam, naik ke atas utuk mengambil HP. Sekali ada 4 miss call. Siapalah yg call memalam ni, dah la no tak dikenali, 4 kali pulak tu. Call balik, rupanya nak hantar mesin basuh toshiba esok. Hem, baru jer buat penutup entry bulan October, masih ada rezeki lagi nampaknya bersama Unilever. Ini mesin basuhnya selamat sampai pagi ini


mesin ni sama model dekat Lazada, saya nak letgo RM500. ( negotiable). Agak-agak ada org nak tak? self collect ek. Muat masuk MPV, sebab kecik sahaja. Untuk muatan 6kg. U all boleh compare harga yang saya offer dengan harga kat Lazada kat link ni 


Siapa nak beli, mcm biasa boleh carik saya di facebook  https://www.facebook.com/merlynhasshim atau tinggalkan di ruangan comment untuk saya hubungi. 

Sunday 26 October 2014

Rezeki di bulan October

Selain blogging dan jual beli online, saya masih lagi aktif bercomping walaupun income dah tak selebat dahulu. Biasalah, hidup ini ibarat ombak di laut, ada pasang dan surutnya. Yang penting kita mestilah berani mencuba dah berusaha, selebihya berdoa kepada Allah S.W.T. 

Entry sekali harung untuk bulan October.

Hadiah kontreversi, sebab ingatkan tak menang, sekali sangkut 2 nama= 2 biji pasta pot. Thanks San Remo. 

 Contest Astro On The Go kat facebook. Menang saguhati. Belum plan nak beli apa-apa lagi.



Contest Nivea kat facebook. Photo contest bertema "kisses" . Mcm biasa musti taruk gambar me dengan my mum la. 


Ini pun layan gak, contest di FB Panasonic. Bagi kat student jer pun, bukannya saya minat tengok cerita cenggini 


Baju melayu teluk belanga dari Gene Martino

Contest Gene Martino di facebook jugak. Penyertaan terawal 100 dpt baju melayu sepasang. Suka kaler hijau turqoise. Tahun depan bolehlah plan semua sedondon kaler ni. Terima kasih Gene Martino

Longchamp yang sangat awesome 

Hadiah yang dinanti. GP prize Kleenex Share  The Softness Contest. Contest yang over publisiti sampai masuk suratkabar..hehehehe. Dapat Longchamp beg dan Kleenex soft pack. Boleh dikatakan hadiah hari jadi sebab memang ada plan nak beli hand bag baru hadiah untuk diri sendiri. Terima kasih Kimberly-Clark Malaysia di atas hadiah dan publisiti yang diberikan.

Ada satu contest tu dah call winner, tapi belum hantar hadiahnya lagi, So yang tu kita updated later jer la. Orang lain sudha terima pun oven dan hand mixernya. 

Semoga entry ini dapat menjawab persoalan mengapa dan apa yang Cik Puan buat dekat rumah. 


Saturday 25 October 2014

Bagaimana Lazada mengubah persepsi online shopping saya

Tengah berehat-rehat di pagi jumaat, tiba-tiba bunyi hon kat luar. Rupa-rupanya van Gdex dah menanti kat depan pintu pagar. Kalau Gdex ni, tak hadiah contest, mesti barang dari Lazada. Jom kita tengok hasil tangkapan sempena Deepavali sale .


Yessss.. lepas ni bolehlah mulakan hari yang ceria bersama kopi O kaw. Cepat jugak servisnya. Order pada hari Rabu cuti Deepavali, hari jumaat barang dah selamat sampai.

Pada sebelah petang, dapat parcel yang ni pula. Mmemandangkan 3 barang dipesan melalui syarikat berbeza, maka akan ada 3 penghantaran berbeza.


T-shirt/blouse muslimah dari Aqeelah yang dah selamat pun dipakai pagi ini. Sangat selesa dan cantik ( lupa nak snap gambar) .

Yang belum sampai Huggies Pants Aariz punya. Mungkin esok.

Deepavali sale akan berakhir esok. So kalau korunk nak shopping, masih sempat lagi . Gunakan voucher code di bawah utk mendapat diskaun . Just copy code, dan masukkan no code semama check out nanti. Tapi sebelum tu, korunk kena bukak acc Lazada dulu dekat sini:

http://ho.lazada.com.my/SH48Ak

Lepas tu boleh la mula shopping kat sini:

www.lazada.com.my

dan jangan lupa copy paste code kat bawah ni bila check out nak bayar

RM25 diskaun untuk pembelian RM150 ke atas:
Voucher Code: LazAffOct25
Voucher Amount: RM 25
Minimum Spend: RM 150
Valid Till: 22/10/2014 - 26/10/2014

RM50 diskaun untuk pembelian RM300 ke atas : 
Voucher Code: LazAffOct50
Voucher Amount: RM 50
Minimum Spend: RM 300
Valid Till: 22/10/2014 - 26/10/2014



Ingat, esok 26 October last day nak guna voucher di atas. Selamat membeli belah di hujung minggu!


So far, dah 2 kali shopping dengan Lazada memang berpuas hati dengan servisnya. Walaupun ada banyak feedback yang tak berapa baik di kalangan pengguna lain, tapi  Alhamdulillah saya belum pernah kena dan daripada barang sekecil 19.90, saya dah berani beli yang lebih besar seperti coffee maker Panasonic ni yang berharga RM102.00. Dah la barang kaca, kalau pecah memang menangislah. Pernah beli set corelle dari ebay US, sampai dekat rumah kami di Kanada pecah berderai. Tak boleh return/refund pulak tu. Yang ni memang dihantar dengan penuh rapi dan ada jaminan wang dikembalikan jika barang tak sama seperti yang diiklankan.



Bagaimana pula dengan pengalaman anda bersama Lazada?

Update 27 oct 2014: Huggies pants semalam diterima ptg ini melalui GDex, rasanya dari HQ Lazada sendiri. so ketiga tiga barang semuanya selamat diterima 

Wednesday 22 October 2014

Pagiku yang kurang ceria tanpa kopi di sisi

Sekembalinya dari Kota Kinabalu, pagi tu nak breakfast pagi. Macam biasa, kena pekena kopi secawan baru mata segar bugar. Yalah, flight dah lewat malam kan. Paginya si Shukri nak ke sekolah. Baru nak on suis, tengok coffee tak brewed. Pegang heating pad tak panas, tapi lampu menyala. Sah dah rosak.

Nasib baiklah minggu ni Lazada ada hantar email bagi discount code voucher sempena Deepavali, so bolehlah beli coffee maker baru. Untuk setiap pembelian RM150 ke atas, boleh la guna voucher RM25. Dah save banyak tu. Boleh buat cover minyak yang naik dua posen ... huhuhuhu

So inilah hasil tangkapan terbaru sempena gaji masuk :

Sempat lagi angkat baju sehelai..... hehehehehehe


Yang buat ketagih shopping kat Lazada ni barang murah tu satu hal, ada potongan harga  barang, lepas tu ada discount voucher lagi. Berapa banyak dah save tu. Tak payah keluarkan duit minyak kereta, tol, parking, jajan dan masa di jalan raya. Sampaikan lampin Aariz pun boleh beli kat Lazada ni. ( mamat ni pakai waktu tidur malam jer, takut terbabas) .

So, kepada yang nak shopping, sila-silalah klik link di bawah ni 


dan boleh gunakan code voucher ini

Voucher Code: LazAffOct25
Voucher Amount: RM 25
Minimum Spend: RM 150
Valid Till: 22/10/2014 - 26/10/2014
Voucher Code: LazAffOct50
Voucher Amount: RM 50
Minimum Spend: RM 300
Valid Till: 22/10/2014 - 26/10/2014

Sebelum guna code voucher tu, korunk kena register dulu , barulah code tu boleh di activate. Register tak sampai 3 minit pun. Dalam welcome email, ada diberikan code voucher RM10 untuk pembelian minimum RM100. Kalau nak beli banyak, boleh  copy code kat atas tu. 


Semoga hari selepas ini lebih ceria dengan secawan kopi di pagi hari. 

Tuesday 21 October 2014

Deepavali special On Lazada


Sempena Deepavali ini, LAZADA ada menawarkan cash voucher untuk pembelian di website LAZADA . Boleh copy code di bawah.

Voucher Code: LazAffOct25
Voucher Amount: RM 25
Minimum Spend: RM 150
Valid Till: 22/10/2014 - 26/10/2014
Voucher Code: LazAffOct50
Voucher Amount: RM 50
Minimum Spend: RM 300
Valid Till: 22/10/2014 - 26/10/2014


Lazada Malaysia




  Lazada Malaysia


Cepat, voucher code in hanya sah digunakan sehingga 26 October 2014. Gaji kakitangan kerajaan dah masuk awal kan bulan ni, so boleh la shopping yer.

Kepada yang tidak tahu, Lazada ada menawarkan perkhidmatan COD iaitu Cash On Delivery. Maksudnya, kita order barang dulu, bila barang sampai ke rumah kita baru kita bayar . Selamat dan mudah.


Mencarik pemanggang ajaib? Sekarang ada diskaun sehingga 49% untuk peralatan rumah. Jom klik di bawah


Lazada Malaysia

Nak beli perfume, pencuci muka atau face massage roller? Boleh carik di sini


Lazada Malaysia


Kenaikan harga minyak sudahlah pasti;
Suka tak suka haruslah hadapi;
Berbelanja di Lazada semudah di hujung jari;
Harga berpatutan pilihan seisi famili. 





Bunga-bunga cinta di Kiram Village

InsyaAllah, ini adalah entry terakhir trip to KK.Macam biasa, biarlah gambar berbicara. 


Tuan tanah kasik enterprem sikit 

Sayur-sayuran menjadi pilihan nama chalet


Jalan/jambatan menuju ke chalet yang bertingkat-tingkat macam perkampungan Hobits dalam cerita LOTR


Kabin ni banyak bunga kat luar, kitaorg punya chalet bunga baru nak tumbuh.

Inilah chalet yang kami stay, Mushroom and Potato Room. Kedudukan sebelah menyebelah, setiap unit ada bilik air sendiri. 

 Kabin ni sesuai utk orang nak berbulan madu, ngam-ngam la dua orang boleh duduk. Ada dapur memasak lagi. 


Yang ni untuk famili kecil. Tapi saya tak ambil sebab ada satu bilik air jer.


Kabin ni boleh muatkan ramai orang dalam satu masa



Ini rasanya rumah pekerja/owner cafe. Owner Kiram Village ni  duduk kat KK. 


Receptionist counter yang sempoi . Oh ya, cash term only, jgn memandai pakai credit card pulak. 


Ni kira macam lobby la. Boleh tahan sejuk woo sebab open concept




Dari balkoni, patut boleh nampak gunung Kinabalu tapi kabus tebal la pulak.


Bebudak 2 orang kelaparan tgh mamam maggi cup 


Terkandas dalam bilik sebab tengah ribut, patut dah check out dah ni 


Secara keseluruhan, 100% disyorkan untuk mengunjungi Kiram Village jika anda seorang yang sempoi dan inginkan kelainan. Di sini ada disediakan cafe yang berkonsep terbuka, tak sesuai nak makan kat sana kalau cuaca sejuk jadik mereka ada buat penghantaran ke bilik.Rasanya boleh la  buat alas perut lapar. Kalau amik cabin, ada dpaur memasak. Kalau ambil chalet room macam kitaorang, makan maggi cup jer la. Kalau nak ke pekan Kundasang , dalam 7 kilometer jugak jauhnya. Tiada kedai berdekatan di situ, jadi pastikan anda membawa stok makanan mencukupi.

Untuk tempahan, sila hubungi Encik Jamalul Kiram di no 0166950057  

atau boleh membuah tempahan melalui e mail di  jamalulk@gmail.com 
  
Website Kiram Village : http://kirams-village.com/

Last, jangan lupa bawa TUALA sendiri sebab tuala tidak disediakan yer. 


notakaki: entry tidak berbayar, saja suka-suki berkongsi pengalaman