Melihat entry Ayu Rafikah mengenai lawatannya ke Kundasang pada 2012 menyebabkan saya sudah mula pasang angan angan untuk bergambar di Kiram Village yang katanya mcm perkampungan Hobits dlm cerita LOTR. Siap beli skirt dan blouse baru kononnya nak berphoto shoot ala ala cerita Twilight. Sekali baru duduk luar sekejap dah tak tahan menggigil kesejukan.
Untuk mengubat kekecewaan, maka saya pun pergi ke Ranau untuk minum teh di Sabah Tea Garden yang selalu buat contest dekat facebook dia tu. (pernahlah menang hamper sekali ). Sebagai seorang comper, apabila dah sampai tempat mcm ni, korunk boleh agaklah apa yang saya akan lakukan. ini spoilernya.
Jujur cakap, tea biscuit tu memang sedap gilerrr, tapi mahal yg amat sangat. Sekotak berharga RM10, ada 7 keping jer macam size dalam gambar. Terkulat-kulat kami berenam menjamah sedikit seorang.
Agak pelik sedikit pancake kat sini. Bewarna hijau dan rasanya sebijik macam lempeng yang kita makan sarapan pagi cicah kuah kari tu. Bezanya kat sini dia cicah dgn madu. Satu set ada 2 keping dan end up berjaya menghabiskan sekeping sahaja , itupun kongsi beramai ramai. Harga satu set RM11 dan pada pendepat saya, tak berbaloi dengan kuantiti dan rasanya. (ini review ikhlas, tak ada bias langsung yer).
Ruang tea house Sabah Tea Garden ini berkonsep terbuka dan sambil menikmayi teh, kita boleh melihat pemandangan lafang teh yang sungguh menghijau dan menyejuk pemandangan mata.
Dari sini juga kita dapat melihat puncak Gunung Kinabalu yang ditutupi awan dan kabus menebal.
Satu yang menjadi kemusykilan saya, sewaktu di Kundasang hujan sangat lebat dengan ribut yang sangat kuat. Bila pergi ke Ranau yang hanya bersebelahan lebih kurang 30km , cuaca kat sini agak redul dgn angin sepoi sepoi bahasa sahaja.Hanya di Ranau kami dapat keluar tanpa memakai baju tebal.
Sekembalinya dari Ranau, kami bercadang hendak singgah di Kinabalu Park. Yalah, sebab kami dah nak balik ke KK petangnya. Namun keadaan cuaca masih tidak mengizinkan untuk keluar dari kereta. Dengan hati yang remuk, terpaksalah kami perlahanlah lahan meninggalkan bumi Kundasang ini. Uwaa.. tak dapat pergi dairy Farm nak tgk kaming biri biri, nak naik jambatan gantung kat Kinabalu Park pun hancussss. Kolam air panas Poring pun kami skip sebab kononnya nak kejar masa pergi Kinabalu Park.
Hopefully one day dapat kembali ke sini lagi, kali ni nak stay lebih lama di Kiram Village.
Sekian cerita saya di Kundasang.
hopefully one day dpt jejak kaki kat kundasang
ReplyDeletebest.. mcm duduk kat oversea gituh
DeleteKundasang 2nd day br kitaorg jumpa tmpt mkn sdp
ReplyDeletetelan sajer.. order jugak mee goreng dgn nasi goreng kampung kat kiram sebab lapar sgt mlm tu, nak keluar ribut la pulak
DeleteMusim tengkujuh rasanya sekarang tu yang tak puas hati tak dapat melawat banyak tempat menarik kot. Takpe next time plan masa bukan musim tengkujuh..
ReplyDeletesapa yg plan nak daki gunung mmg tak dpt daki. jalan pun kena tutup beberapa jam sebab tanah runtuh.
DeleteLovely blog, thanks for taking the time to share this
ReplyDelete