Saya kalau boleh tak nak tulis secara serius, namapun pandangan dari seorang suri rumah, bukannya ahli ekonomi. Setiap tahun budget yang dibentangkan ni memang tak ada bagi kesan apa-apa pun pada saya kecuali belanja setiap bulan tu makin bertambah. Sakit hati? Hati memanglah sakit, tapi hidup mesti diteruskan. Belum ada rezeki nak migrate ke Kanada.. huhuhuhuhuhu
Seperti yang dijangkakan, selepas menerima kejutan hadiah hari jadi , bermulalah pesta kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Sebagai seorang yang berbelanja setiap hari, saya haruslah bijak mengatur perbelanjaan dan berbelanja di tempat yang memberi pulangan yang tinggi. Tapi kalau asik belanja, lama-lama habislah duit tu. Untuk memastikan kadar duit masuk lebih tinggi dari duit yang keluar, maka saya kenalah buat part time.
Kat atas ni bukan gambar shopping, tapi gambar parcel yang hendak dipos pada customer. Aik, sejak bila jadik online seller ni? Semenjak asik shopping kat Lazada ni, baju kat dalam almari dah overload, so slowly kena let go la yang mana tak nak pakai. Biasanya saya pakai baju kejap jer, dah boring jual dan beli lain.
Diam tak diam, hasil jual baju seminggu ni dapatlah lebih kurang RM200. Lepaslah groceries 1 minggu. Ini salah satu cara menambahkan pendapatan selain bermain contest. Medium yang menjadi penjualan group semestinya pre love group di Facebook. Saya memang tak jual dekat wall sendiri la, saya biasanya akan tgk apa yang orang nak, baru saya upkan barang saya. So far memang mudah dan response pun cepat.
So, apa part time yang anda buat/plan nak buat sempena budget 2014 ini?
Sebelum menutup entry ini ingin saya berkongsi satu kisah mengenai mudahnya menjemput rezeki. Ini adalah pengalaman sendiri.
Dalam keghairahan menjual, tiba-tiba terbaca satu posting seorang adik di group jual beli nak carik jubah hitam, nak pakai buat pergi sambung belajar. Sebagai seorang pecinta akademik , saya sangat suka melihat semangat kembali belajar lalu saya hadiahkan salah satu jubah kesayangan saya . Lepas dah confirm semua alamat, tiba-tiba berpusu-pusu order masuk nak beli baju. Dari RM30 menjadi RM200.
Itulah kehebatan memberi;
Mudahnya menjemput rezeki;
Jangan takut untuk berkongsi;
Insya-Allah akan dilipatgandakan rezeki.
part sedekah tu..betul sgt2...ada one day last week i derma some lil amount..then next few days, menang voucher double the amount yg i donate :) syukur sgt2.. anyway rezeki bkn dlm bentuk hadiah contest jer..sihat, happy tu pun rezeki :)
ReplyDeleteBetul,Kekadang ada benda yang tak disangka macam dapat makanan dari jiran sebelah, dah selamat tak payah masak hari tu :)
ReplyDeleteSalam. Hee masuk contest pun perlukan modal yang agak tinggi juga. Kadang-kadang untung sabut timbul dapat pulangan balik dan lumayan, kadang-kadang untung buaya tembaga kena penampor juga. Kann.
ReplyDeletehehehehhe, tak cuba tak tau kan. Begitulah adat resam bercomping .
ReplyDeletealhamdulillah..moga murah rezeki lagi ;)
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga murah rezeki kita semua.. Amin.
Delete