728 x 90

Tuesday 24 February 2015

Cuti cuti melaka -muzium: part 2


Selepas habis meneroka kapal pirate dalam entry cuti-cuti melaka-muzium, kitaorg pergi teh next muzium; Muzium Samedera. Actually tiket entry ni boleh masuk 3 muzium; yg kapal pirates, samudera dan marin. Muzium Samudera lebih kepada menceritakan cara hidup orang laut atau duduk dekat dengan laut, Sebab tu dia panggil samudera. Jom kita tengok apa yang menarik untuk dipelajari. 





Begitulah ibarat kehidupan ini; ada pasang surutnya seperti ombak di laut. 

Nampak macam real la pulak makcik ni menjemur ikan kering. 

Nelayan membaiki pukat 

Dari kiri; pelayar Munshi Abdullah, Hang Tuah dan Panglima Awang ( kalau salah, ampun yer ) 

Kita tengok penyu tak bertelur 


Next entry muzium marin pula nanti. 

Monday 23 February 2015

weekend getaway at Bangi Hotel (cerita sebelum bukak tahun baru sekolah)

Ini entry sebelum sekolah bukak selepas cuti panjang ( selepas banjir besar), sempatlah larik ke sini semalaman bersama famili.Macam biasa claim duit company la. Kalau setiap minggu mcm ni, pening kepala bos. Er, cemana tu bos?

Welcome drink, fruit punch. Sedap, penyegar tekak di kala cuaca panas

The room, abaikan kesepahan. Semua dah penat meronda di Alamada, tu terus campak jer semua. 


Ada 2 pool; satu kanak-kanak dan dewasa. hotel lama, so design pun lama la. Kalau tak silap nama hotel ni dulu hotel Equatorial. Quite expensive rate dia masa saya baru grad (2004), so if out station ke Bangi masa tu selalu lepak dekat Mint Hotel jer la, itu jer yg boleh claim. 


Apalah yang budak berdua ni tengah diskus 

Kolam ikan yang penuh dengan ikan 

Hasil bidikan guna ipad jer 


Overall, boleh bagi 3 bintang setengah hotel ni.. Food ok, cuma boring la time org tgh breakfast duk sibuk hulur bil suruh bayar. Macamlah kitaorg ni nak makan free, awal-awal masa check in kitaorg dah bayar breakfast for the kids. Samalah mcm kat Everly, duk paksa suruh bayar time org tgh makan padahal kitaorg dah settle awal-awal. ( because we all ni jenis turun breakfast tak bawak handbag, bwk body sahaja) . So far, this Bangi hotel dengan Everly Putrajaya so desperately nak charge kids for breakfast tanpa check terlebih dahulu yang guest ni dah bayar ke belum. ( sah-sah sebelum breakfast kitaorg hulur breakfast slip dan dia dah check). Bahaya ni, silap hari bulan boleh overcharge. So tu jerlah menspoil mood saya utk breakfast sebab dia punya nada mcm tak friendly, kind of pushy gitu. Hem....


Saturday 21 February 2015

Spring cleaning yang menggamit memori silam

Adakah saya satu-satunya blogger yg tak kemana-mana cuti CNY ini? Iyer kot, tengok semua orang duk upload gambar makanan kat kampung, sedih mak.. huhuhuhuhu

So to kill the time waiting and waiting for someone to come home ( ehem.. ehem...), maka saya telah buat spring cleaning besar-besaran di bilik tidur saya yang merangkumi dari sebesar-besar almari sehinggalah ke kotak yang paling kecil sekali. So kita tengok apa yang dijumpai.


 Hadiah hari jadi ke 14 dari Hifzan. So bayangkanlah berapa lama benda ni tersimpan dan di bawa ke sana sini. ( tuan tanah dah nak masuk 35 tahun ini. huhuhuhuhu)



 Loceng ni berusia tak kurang dari 7 tahun, beli masa duduk kat Kanada dulu. Sedang menunggu untuk berjumpa tuannya bulan 3 nanti, Insya-Allah. Punyalah lama terperuk dalam kotak, lupa nak bagi dekat empunya diri.



 Ini adalah hadiah dari kawan online masa exchange gift dekat forum Infogossip, kalau tak silap tahun 2006. Brooch butterfly ni dah siap keliling satu dunia, sebab saya memang suka pakai dengan shawl kalau jenjalan masa musim sejuk. Terima kasih blogger mummykd .


Last but not least, yang ni dijumpai dalam satu sampul surat. Tak pasti apa motifnya berada dalam tu sebab rasa-rasanya gambar ni sebelum ini berada dalam satu album. Mungkin dikeluarkan sebab nak buat keep sake box kot. Lengkap dengan gambar persekolahan dari tingkatan 1 sampai majlis graduasi SPM. Ada banyak kenangan; yang manis kita kenang, yang pahit sila pergi jauh-jauh yer, tak kuasa nak ingat.

The only thing I remember now is YOU. Yes, you lah.


So beginilah caranya saya menghabiskan masa cuti CNY.. huhuhuhuhuhu

Wednesday 18 February 2015

cuti cuti melaka-muzium

Almost setiap tahun pergi ke Melaka tapi sekalipun tak pernah jejak ke tempat tempat bersejarah ni.Kali ni mama nekad hendak membawa anak anak mengenali sejarah Melaka. Jom kita tengok hasilnya.


















Ini namanya entry pemalas tak ada cerita, hanya gambar sahaja berbicara. 

Tuesday 17 February 2015

Confession of my shopping experience with Zalora.



Once in a while ( or should I say few times a month?) I will treat myself with retail therapy through online shopping. Dia punya feel dapat parcel dari posman/delivery guy tu best, lagi best dari pergi shopping kat supermarket. Nama pun perempuan kan. Zalora antara tempat favourite online shopping selain Poplook dan Lazada.So far tidak pernah mengecewakan, walaupun terorder salah size, tapi senang jer nak return and diaorg refund balik dalam bentuk store credit. 

Zalora ni banyak voucher, so kalau kita pandai budget time nak membeli, memang boleh jimat tersangat-sangat. Macam saya hari tu ada return barang, so dapat store credit. macam biasa store credit tu saya masukkan dalam wallet, so bila shopping nanti dia akan deduct terus. Lepas tu pakai lagi discount code, boleh save lagi. 

Tips membeli di Zalora:

1.Sign up di www.zalora.com.my dan dapatkan sign up voucher yang akan diemailkan pada anda 
2. Check email, lepas tu boleh la start shopping guna voucher code tu, kalau tak silap RM20. Senang jer. Kalau tak ada online banking, boleh request COD-Cash On Delivery. So semua orang boleh shopping, no problem.
3. Kalau ada maxis line, boleh install maxis app dekat phone, nanti boleh dapat voucher Zalora RM50 Sementara stok masih ada . ( saya dpt smsm dari maxis petang tadi) 

Jom kita skodeng apa yang saya beli bulan lepas di Zalora


Tengok total yang kena bayar lepas tolak diskaun dan store credit, dapat free shipping lagi. 


Zalora biasanya gunakan kurrier Gdex untuk penghantaran, kalau COD diaorg pakai Taqbin. 


Leia Khalisa Plain Shirt= RM39

 Suede-Mix Turnlock Crossbody= RM59

Return form dan poslaju slip disertakan untuk tujuan pengeposan. 




Tips untuk return barang di Zalora. 

Masukkan barang yang hendak kita return dalam plastik asal, isi return form ( biasanya saya tandakan salah size) dan masukan dalam plastik poslaju. Drop dekat pusat poslaju yer, so korunk tak payah bayar kos poslaju. Tapi kalau terdrop dekat pejabat pos biasa, simpan slip poslaju tu, nanti scan dan email pada customer service Zalora, nanti dia refund dalam akaun bank anda. Boleh return dalam tempoh sebulan, diaorg proses kejap jer, dlm masa 1 hari selepas parcel kita diterima kebiasaannya. 


Sempena CNY ni, ada banyak tawaran hebat di Zalora. Antaranya diskaun 18% untuk semua item, free shipping untuk sebarang pembelian ( hari ni jer) dan banyak lagilah. Boleh la usha dekat banner di bawah ini.

Akhir kata, berbelanjalah dengan berhemah dan bijak, supaya kita mendapat manfaat dari penjimatan yang hebat.



Saturday 14 February 2015

Bagaimanakah pengakhiran kita nanti?

Dalam banyak-banyak entri, entri inilah yang paling sebak sekali nak tulis. Sebagai anak jati Kelantan  ( consider jati la sebab memang lahir kat kelantan, menetap  dan bersekolah di Kelantan jugak) semestinya saya akan terkesan dengan pemergian murabbi yang dikasihi,  Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lepas. Tiada kata dan tulisan yang dapat menggambarkan kesedihan di hati . Selepas PRU lepas, memang kesihatan Allahyarham tidak mengizinkan untuk beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar . Masa tu memang sudah terdetik di hati ini, mudah-mudahan panjang umur beliau kerana kami tidak bersedia untuk kehilangannya.

Maaf kata, tulisan ini bukan hendak menunjukkan ketaksuban penulis terhadap Allahyarham seperti yang dilemparkan di media sosial sehari dua ini . Hanyalah sekadar coretan ringkas mengenang Allahyarham di dalam hidup penulis, Antara kenangan yang tak dapat dilupakan ialah semasa Program Khidmat Masyarakat di Kemasin anjuran Markas Siswazah Kelantan, MSK pada tahun 1999. Masa tu upacara penyerahan anak angkat kepada ibu angkat dan Allahyarham merasmikan majlis tersebut dan penulis antara yang bertuah sebab terpilih ( 5 orang jer ok dari keseluruhan peserta) untuk menerima sumbangan anak pokok bersama-sama bapa angkat sebagai simbolik penyerahan kepada keluarga angkat. Itulah kali pertama penulis dapat berhadapan dengan Allahyarham dalam jarak yang sangat dekat. Gambar ada, tu kena gali carik balik di kampung.

Penulis terfikir, bagaimanakah pengakhiran kita nanti? Marilah kita berbuat kebaikan. Berhentilah berbalah ,dan berebut-rebut pangkat, kuasa dan kekayaan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Marilah kita tanam di dalam diri ini untuk menjadi yang lebih baik dari hari ini. Kerana kita tidak tahu bagaimana dan bila pengakhiran kita.

 Entri ini tidak menyokong mana-mana pihak, ini adalah pendapat peribadi penulis semata-mata. Perbezan pendapat,fahaman dan ideologi itu adalah lumrah dalam hidup bermasyarakat . Apabila kita mengutarakan sesuatu pendapat secara umum untuk tatapan semua, maka kita hendaklah bersedia untuk menerima sokongan mahupun bangkangan.


Semoga kita semua terus berada di bawah lindunganNya. Amin.





Tuesday 10 February 2015

take a break kejap di Mahkota Hotel

once in a while mummy pun kena take a break. Kali ni ikut abahnya yang ada bengkel di Mahkota Hotel, Melaka. Rasanya dah kali ketiga kami stay kat sini, semua untuk tujuan yang sama. 









Kalau bayar sendiri, rasanya tak duduk kot hotel ni. sebab bilik agak lama,tak ada free wifi pun dlm bilik dan rasanya kat sekitar ni lagi banyak hotel baru yg boleh dpt harga lebih kurang jer. Memandangkan free, layan jer la. 

Monday 9 February 2015

My review on Modbox Beauty Box

Once in a while, suka lah jugak shopping beauty box ni selain dapat free hasil join contest. Lately, dah jarang menang sebab malas isi form, so kenalah start keluar duit poket sendiri untuk memanjakan diri. Biasalah perempuan, suka benar dgn online shopping .

Beauty box ni konsepnya mungkin masih baru di Malaysia dan tak banyak company yang menyediakan perkhidmatan ini. Kali ini saya nak berkongsi pengalaman membeli beauty box dari Modbox secara online.

Alamak. by the time saya nak buat review ni, harga dah naik la pulak.Hari tu saya beli dpt 3 barang, dengan shiping baru RM15. Skang, dia bagi 5 barang tapi kena bayar RM25 ( free shipping) . So,u all view dulu kat website diaorg dan if nak beli, masa nak check out tu, letak dekat ruangan referral my e mail address : merlynhasshim@yahoo.com so u all dapat points nanti. ( hari tu saya beli tanpa referral, so tak dpt pun point) Tapi rasanya harga kali ni agak murah sebab nanti u all akan dpt 2 full size items dan 3 sample items.



Modbox menggunakan perkhidmatan poslaju untuk penghantaran 

Kotak Modbox yang kecil cenonit dan yang sebelah tu kotak Aqua feeling( full size dan mmg besar la) 


Tada... ini isi kandungannnya, siap ada note card kecik lagi tu dengan nama kita. So total ada 1 ull size item, 2 sachet dan 1 sample tube untuk harga RM15 termasuk pos. Not bad kan. 


Untuk memesan beauty box dari Modbox ni, memla korunk kenalah pergi ke website diaorg dulu di sini http://modbox.com.my/ dan akan keluar menu macam kat bawah ni. 


Pilih "GET BEAUTY BOX. Lepas tu ikut jer arahan dalam website tu.

Di sini saya berkongsi pilihan untuk full size item. Boleh pilih 2 sahaja .


Yang ni pula pilihan utuk sample size, boleh pilih 3 item sahaja.



Saya rasa akan order lagi Modbox ni, sebab harga dia agak murah dan tak lari dari budget bulanan. Kepada yang minat mengumpul atau shopping beauty product bolehla order set beauty box dengan Modbox ni. Atau nak bagi hadiah harijadi dekat kawan pun boleh. Sure mereka gembira terima beauty box ini. 

Ok, sekian review untuk kali ini. Jangan lupa masukkan email saya merlynhasshim@yahoo.com  untuk mendapat modpoints nanti.