Saturday, 14 February 2015

Bagaimanakah pengakhiran kita nanti?

Dalam banyak-banyak entri, entri inilah yang paling sebak sekali nak tulis. Sebagai anak jati Kelantan  ( consider jati la sebab memang lahir kat kelantan, menetap  dan bersekolah di Kelantan jugak) semestinya saya akan terkesan dengan pemergian murabbi yang dikasihi,  Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lepas. Tiada kata dan tulisan yang dapat menggambarkan kesedihan di hati . Selepas PRU lepas, memang kesihatan Allahyarham tidak mengizinkan untuk beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar . Masa tu memang sudah terdetik di hati ini, mudah-mudahan panjang umur beliau kerana kami tidak bersedia untuk kehilangannya.

Maaf kata, tulisan ini bukan hendak menunjukkan ketaksuban penulis terhadap Allahyarham seperti yang dilemparkan di media sosial sehari dua ini . Hanyalah sekadar coretan ringkas mengenang Allahyarham di dalam hidup penulis, Antara kenangan yang tak dapat dilupakan ialah semasa Program Khidmat Masyarakat di Kemasin anjuran Markas Siswazah Kelantan, MSK pada tahun 1999. Masa tu upacara penyerahan anak angkat kepada ibu angkat dan Allahyarham merasmikan majlis tersebut dan penulis antara yang bertuah sebab terpilih ( 5 orang jer ok dari keseluruhan peserta) untuk menerima sumbangan anak pokok bersama-sama bapa angkat sebagai simbolik penyerahan kepada keluarga angkat. Itulah kali pertama penulis dapat berhadapan dengan Allahyarham dalam jarak yang sangat dekat. Gambar ada, tu kena gali carik balik di kampung.

Penulis terfikir, bagaimanakah pengakhiran kita nanti? Marilah kita berbuat kebaikan. Berhentilah berbalah ,dan berebut-rebut pangkat, kuasa dan kekayaan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Marilah kita tanam di dalam diri ini untuk menjadi yang lebih baik dari hari ini. Kerana kita tidak tahu bagaimana dan bila pengakhiran kita.

 Entri ini tidak menyokong mana-mana pihak, ini adalah pendapat peribadi penulis semata-mata. Perbezan pendapat,fahaman dan ideologi itu adalah lumrah dalam hidup bermasyarakat . Apabila kita mengutarakan sesuatu pendapat secara umum untuk tatapan semua, maka kita hendaklah bersedia untuk menerima sokongan mahupun bangkangan.


Semoga kita semua terus berada di bawah lindunganNya. Amin.





4 comments:

  1. aminn... sebak juga lin dengan pemergian ulama TGNA.. dan amat sedih kerana ada juga sebahagian diantara kita yang melabelkan taksub sesuka hati.. semoga Allah jaga hati kita semua..

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah, kita yg hidup jgn leka.

    ReplyDelete
  3. Pemergian Allahyarham memang amat dirasai seluruh rakyat Malaysia... Kehilangan yang sukar diganti... Al Fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah.Moga ditempatkan bersama orang-orang beriman.Allahumma ameen.

    ReplyDelete