728 x 90

Saturday 21 February 2015

Spring cleaning yang menggamit memori silam

Adakah saya satu-satunya blogger yg tak kemana-mana cuti CNY ini? Iyer kot, tengok semua orang duk upload gambar makanan kat kampung, sedih mak.. huhuhuhuhu

So to kill the time waiting and waiting for someone to come home ( ehem.. ehem...), maka saya telah buat spring cleaning besar-besaran di bilik tidur saya yang merangkumi dari sebesar-besar almari sehinggalah ke kotak yang paling kecil sekali. So kita tengok apa yang dijumpai.


 Hadiah hari jadi ke 14 dari Hifzan. So bayangkanlah berapa lama benda ni tersimpan dan di bawa ke sana sini. ( tuan tanah dah nak masuk 35 tahun ini. huhuhuhuhu)



 Loceng ni berusia tak kurang dari 7 tahun, beli masa duduk kat Kanada dulu. Sedang menunggu untuk berjumpa tuannya bulan 3 nanti, Insya-Allah. Punyalah lama terperuk dalam kotak, lupa nak bagi dekat empunya diri.



 Ini adalah hadiah dari kawan online masa exchange gift dekat forum Infogossip, kalau tak silap tahun 2006. Brooch butterfly ni dah siap keliling satu dunia, sebab saya memang suka pakai dengan shawl kalau jenjalan masa musim sejuk. Terima kasih blogger mummykd .


Last but not least, yang ni dijumpai dalam satu sampul surat. Tak pasti apa motifnya berada dalam tu sebab rasa-rasanya gambar ni sebelum ini berada dalam satu album. Mungkin dikeluarkan sebab nak buat keep sake box kot. Lengkap dengan gambar persekolahan dari tingkatan 1 sampai majlis graduasi SPM. Ada banyak kenangan; yang manis kita kenang, yang pahit sila pergi jauh-jauh yer, tak kuasa nak ingat.

The only thing I remember now is YOU. Yes, you lah.


So beginilah caranya saya menghabiskan masa cuti CNY.. huhuhuhuhuhu

3 comments:

  1. Hahhaa...sekali sekala kalau tengok barang-barang simpanan atau koleksi memang seronok.
    Mulalah nak teringat macam-macam. Lepas tu senyum-senyum sendiri.

    ReplyDelete
  2. Zumal pun tak ke mana-mana masa CNY hari tu...

    ReplyDelete
  3. Cuti masa CNY tak best sebab Jalan pun jam.

    ReplyDelete