Saturday, 31 January 2015

5 item yang orang suka beli di Lazada

Tak habis-habis lagi dengan cerita shopping Lazada ni. Biasalah, saya ni kan agen Lazada. Sempena RED HOT SALE CNY baru ni, saya telah mengambil peluang untuk berbelanja sedikit sempena gaji masuk.

Apa yang menarik dengan Lazada ni, boleh dikatakan hampir kesemua barangan yang saya nak beli tu mesti ada jual kat sana, dari sebesar mesin jahit, baju, hand bag, jam tangan malahan lampin pakai buang pun ada. Kalau rajin boleh baca entry-entry lama untuk melihat sendiri barang-barang yang saya pernah beli di Lazada di link kat bawah ni:

http://merlynhasshim.blogspot.com/search/label/pengalaman%20shopping%20di%20lazada

Hari ini, saya hendak bercerita mengenai 5 item yang orang suka beli di Lazada mengikut pengalaman saya serta kawan-kawan. Jom kita tengok apa yang rakyat malaysia suka beli di Lazada.



Saya pasti, semua Lazada shopaholic mesti akan beli at least satu benda ni, sampaikan yang warna purple dah sold out. ( saya sempat beli satu tau, nanti dah sampai saya tunjuk). Nak tahu apa yang bestnya benda ni? Pertama sekali harganya yang terlajak murah, kedua sesuai untuk orang bujang yang baru menyewa rumah lepas habis belajar, nak beli proper wardrobe mahal la pulak. Ketiga ketahanannya untuk ini baju/barang bolehlah tahan. Yang keempat, dengar cerita quite challenging jugak nak pasang, tapi still berbaloilah dengan harga. Anda boleh baca review dekat link yang saya beri di atas. 




Dapur ni sebenarnya bersepah jual kat kedai, tetapi tiba-tiba ia menjadi item terlajak laris baru ini, sampai sold out. Ini gara-gara penangan PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA, di mana sebanyak 32 buah biji telah berjaya ditaja untuk mangsa banjir Pantai Timur. Semua beli kat Lazada, sebabnya harga yang berpatutan semestinya, penghantaran percuma terus ke pusat banjir, sebab kitapun tahu kan selepas banjir ni ramai yang nak hantar bantuan ke sana tapi masalah logistik sebab jauh tau. Jadi, bila kita order dengan Lazada, kita dah dapat jimat kos pengangkutan. Bijak tak idea saya? 



Macam mana boleh terjebak beli mesin jahit ni? Alkisahnya, dah lama usha mesin jahit kat Lazada ni, tapi takder budget. Harga biasa RM145, kalau kat pasaraya XXX dengarnya RM200+. Tapi still tak beli jugak. Tiba-tiba masa CNY RED HOT  SALE, harga menjunam sampai RM98. Wah, ini sudah bagus. Tgk review pun ada 31 review/rating dan majoriti memang puas hati dengan kualiti dan harga yang ditawarkan. So apa lagi, berjayalah beli jugak. Tapi saya dapat harga lagi murah tau drai yg tertera di gambar, sebab saya guna affiliate coupon masa CNY RED HOT SALE. Dah sampai pun mesin jahit ni melalui kurier Gdex, boleh tahan cepat jugak, order 27 Jjan malam, 29 Jan dah selamat sampai kat JB. Thumbs up LAZADA. 

 Yang kat atas ni memang 100% confirm terlajak laris, sebab dia open sale masa 27 Jan,dan kalau and anda berhajat nak beli sekarang, lupakan sahaja sebab sudah sold out awal-awal lagi, tak sampai sejam katanya. Dengarnya Redmi ni setanding dgn Samsung Note, tapi jauh lagi murah harganya.  Ada diskaun lagi untuk CIMB card holder sebanyak RM40. Double jimat dah kat sini. No wonderlah awal-awal lagi dah sold out. Baru ingat nak sambar sebijik, melepas lagi. Bilalah Lazada nak open sale balik ni, kena stand by awal-awal depan laptop.



Pilihan item ke 5, yang ni semua kaki gadget wajib ada, iaitu powerbank. Sebab, nak tulis entry ni pun dah nak habis bateri ipadku, so wajiblah ada stand by power bank dalam beg supaya kita boleh online 24/7 setiap masa di mana-mana jua. Harga yang ditawarkan sudahlah murah, ada free gift powerbank lagi. Siapa tak nak? Tak payah susah payah nak keluar pergi Low Yat untuk membeli, dengan nak bayar minyak kereta, tol, parking dan dengan traffic jam lagi. Beli kat Lazada, main-main klik jer, cukup masa barang sampai kat rumah. Senang kan? 

Ok, cukup 5 item yang saya hendak beli di Lazada ( 3 daripadanya dah selamat beli pun, 2 lagi on the way). Cadangnya, untuk powerbank nanti, nak guna diskaun voucher . Untuk dapatkan diskaun voucher Lazada ni, anda bolehlah melayari laman web http://shopcoupons.my/ dan di situ terdapat pelbagai jenis voucher dari kedai online terpilih, semuanya percuma sahaja. Boleh terus copy paste dan ambil. Senang bukan? 

 Akhir kata, saya ucapkan selamat membeli belah dan berbelanjalah dengan berhemah, sementara GST belum diaplikasikan lagi.  Marilah kita mengambil peluang untuk membeli barang-barang di  LAZADA yang bakal dikenakan GST nanti.



You can check out the products at Lazada This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons. Lazada vouchers sponsored by Lazada Malaysia.

Tuesday, 27 January 2015

Hasil tangkapan di Lazada sempena CNY RED HOT SALE

Rentetan dari entry RED HOT SALE FROM LAZADA, inilah hasil tangkapan pada malam ini



Jom kita skodeng barang yang dibeli 

SOKANO DIGITAL WEIGHT 





MULTI-FUNCTIONAL WARDROBE 





SEWING MACHINE 


Sebab pembelian lebih RM150, so bolehlah guna voucher code CNY25AFF  dan dapatlah diskaun RM25.  

Seperti yang saya tulis semalam, belanjalah dengan berhemah, ambil peluang untuk beli barang sebelum GST mula dikenakan. Selamat membeli belah di Lazada. Sila klik dekat banner di bawah untuk mula shopping. 


Lazada Malaysia

Monday, 26 January 2015

CNY RED HOT SALE FROM LAZADA

Untuk kaki shopping aka bargain hunter macam saya ni, ada  satu berita baik. Esok bermulanya CNY RED HOT SALE di Lazada . Pelbagai tawaran menarik serta diskaun hebat ditawarkan bermula esok 27 Jan sehinggalah tahun baru cina berakhir. Oklah tu, kebetulan gaji pun baru masuk, BRIM pun dah dapat kan, yuran sekolah semua dah settle, inilah masanya untuk membuat "kerosakan" aka retail therapy gitu . Jom kita skodeng apa yang menarik esok.

  • 25RM OFF exclusive affiliate voucher codes, with RM150 min spend (code: CNY25AFF)
  • 10% OFF Storewide for all Maybank cardholders
  • 40RM OFF Redmi Note 4G for CIMB bank customers
  • CNY Social media contest with 1x RM888 voucher and 5 x RM188 vouchers up for grabs: https://www.facebook.com/LazadaMalaysia

Kepada yang menunggu voucher firework, malam ni macam biasalah lepas pukul 12 tgh malam baru up. Mengikut pengalaman saya yang dah beribu raban habis kat Lazada ni , voucher firework paling berbaloi sekali bila nak shopping sebab serious boleh save banyak sesangat. Nnati saya update dalam ni once saya dapat.

Macam biasa, kalau masih blur lagi mcm mana nak shopping di Lazada, boleh rujuk entry ini:

http://merlynhasshim.blogspot.com/2014/12/bagaimana-nak-membeli-di-lazadafree.html

Projek 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA masih on, so kalau ada sesiapa nak menderma, boleh buat pembelian terus di Lazada dan dialamatkan pada Raja Shamri nanti. Details projek dan pembelian barang boleh rujuk di link ini

http://merlynhasshim.blogspot.com/2015/01/projek-1-dapur-untuk-1-keluarga-misi.html

Saya rasa nak beli waterjet esok, nak buat bersih banjir lumpur yg tak settle-settle lagi kat kampung tu. Lepas tu boleh guna buat cuci kereta


Harap-harap adalah voucher firework yang best tgh malam ni, Serious mmg nak kena beli benda alah ni.. Selain itu, adik lelaki ada pesan suruh beli wardrobe ni, murah jugak





Sila klik dekat mana-mana banner di bawah ini untuk mla shopping .

Lazada Malaysia


Lazada Malaysia

 Akhir kata, saya ucapkan selamat membeli belah dan berbelanjalah dengan berhemah, sementara GST belum diaplikasikan lagi.  Marilah kita mengambil peluang untuk membeli barang-barang yang bakal dikenakan GST nanti.



Lady Lista - Dari Maskara Seorang Diva



PETALING JAYA - Cari Internet Sdn Bhd telah melancarkan satu portal berbahasa Melayu buat julung kalinya khusus untuk anda yang inginkan maklumat tentang hiburan dan gaya hidup terkini. (ladylista.cari.com.my) Portal tersebut sudah dilancarkan pada 2 Januari 2015. Dipersembahkan dalam bentuk portal, ia lebih dekat dengan pengguna yang sentiasa ingin mendapatkan maklumat di hujung jari.

Selepas dua minggu pelancaran Lady Lista, jumlah pembaca semakin meningkat. Semakin ramai pembaca menerima Lady Lista sebab isi-isi dalam web portal ini memang sempurna dan fokus kepada kategori tertentu sahaja. Berbeza dengan portal lain, sasaran pembaca adalah terarah kepada golongan muda sekitar umur 18 sehingga 35 tahun. Sesuai dengan cita rasa golongan ini yang masih tercari-cari identiti dalam hidup.

Memaparkan perkembangan fesyen semasa dari seluruh dunia disamping berita hiburan tempatan dan antarabangsa, Lady Lista merupakan rakan di alam maya bagi setiap wanita.

Dengan tagline ‘ Dari maskara seorang diva’,Lady Lista menterjemahkan setiap berita dari sudut pandangan wanita urban. Sebagai mentor buat wanita yang ingin panduan dalam kehidupan, LadyLista berharap dapat mendidik wanita untuk lebih berpengetahuan selaras dengan fungsi portal sebagai infotainment (maklumat dan hiburan). Nak tahu selanjutnya? Sila layari ladylista.cari.com.my



notakaki: tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula forum cari. Terlalu banyak kenangan manis dan di situlah tempat berkenalan dengan gang-gang board oversea. Di situlah belajar memasak dengan Kak Noor Masri, Chef Haniliza, berkongsi tips parenting , koleksi hand bag, pinggan mangkuk serta melayan forumer yang mempunyai 2 identiti, u know who you are... hehehehehehehe




Giveaway #ambank #givealittle . - membantu sambil mendapat voucher-EXTEND SAMPAI 28 FEB

TERKINI: GIVEAWAY INI EXTEND SAMPAI 28 FEB 2015 KERANA PIHAK AMBANK MELANJUTKAN LAGI TARIKH UNTUK VOTING CONTEST #AMBANK #GIVEALITTLE. 


Rasanya sudah sampainya masa untuk buat giveaway. Terbuka kepada semua pembaca blog. Syarat-syarat penyertaan anda haruslah mengikut langkah-langkah di bawah ini.

1. Follow blog ini

2. Follow FB https://www.facebook.com/merlynhasshim

3 Tinggalkan komen di entry ini http://merlynhasshim.blogspot.com/2015/01/projek-1-dapur-untuk-1-keluarga-misi.html

4. Share entry ini di blog, twitter, FB atau mana-mana social media  http://merlynhasshim.blogspot.com/2015/01/projek-1-dapur-untuk-1-keluarga-misi.html

5. Klik "vote" dekat link ini https://www.facebook.com/AmBankMalaysia/app_170589652977604?app_data=%7B%22v%22%3A%22ideadetails%22%2C%22id%22%3A%221264%22%7D ( kalau tak jumpa my entry, sila search under "URL" category dan akan jumpa entry under nama "Merlyn Hasshim". Step ini paling penting sebab akan menentukan kesudahan dan hala tuju projek 1 Dapur Untuk 1 Keluarga.


Ok dah.. pemenang akan di pilih secara random. Tinggalkan komen di entry ini once dah complete semua step di atas, so saya boleh track siapa yang join nanti yer.


Hadiah-hadiahnya ialah:

1. Starbucks card bernilai RM20
2. Voucher KFC bernilai RM20
3. Voucher Aeon bernilai RM20


Give away ini extend dari 31 Jan sehingga ke 28 Feb . Sebab dateline contest #ambank #givealittle  dah extend sampai 28 Feb 2015 So total kita ada 3 pemenang. Pemenang akan dipilih secara rawak guna random.org serta "kegigihan dan kesungguhan". Result selepas full result #ambank #givealittle keluar yer

Target saya ialah untuk mendapatkan top 3 sebab saya plan nak extend PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA dan  ini bergantung kepada nilai kemenangan yang saya peroleh nanti. 

Marilah kita sama-sama memeriahkan give away ini sambil membantu mangsa banjir . 

Kepada yang ingin tahu giveaway yang pernah diadakan di blog ini, boleh rujuk entry di bawah ( ini bukti, kot-kot orang ingat saya ni suka-suka jer buat giveaway kan)

http://merlynhasshim.blogspot.com/2014/10/keputusan-giveaway-sempena-kejutan.html


Saturday, 24 January 2015

Keunikan mee tarik di cyberjaya

Kalau orang pergi cyberjaya biasanya akan berkunjung ke restoran Sabaa, kami pula mesti takkan miss untuk menikmati mee tarik di restoran.... Keunikan mee tarik ini ialah dihasilkan on the spot dengan menarik, dan dimasak serta disajikan pada ketika itu juga.  Rasanya kenyal kenyal macam mee maggie. Jom kita skodeng port makan mee tarik ini.


Lokasi restoran mee tarik Noodle House ni terletak di Persiaran Flora, Cyber Jaya.

Ada pilihan ruang makan di puar atau di dalam. Surau juga turut disediakan untuk kemudahan pengunjung


Ini menu dia, dah siap print atas kertas, kita just tick jer apa kita nak, bwk kat cashier dan bayar. Air kat sini free of charge yer. Semua hidangan harga flat rate, RM8 sepinggan kecuali hidangan chicken n mutton roast stick. (yg ni mcm sate, nanti boleh rujuk gambar di bawah)

Kami macam biasa pilih teh cina dan bebudak air kordial oren

mee sup daging

yang ni mee goreng basah daging +potato

mutton n chicken stick yang mcm sate tu. Rasanya sedap sekali, cukup berasa rempahnya.



Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut senang hati,
Sajian mee tarik asli,
Sekali pekena pasti nak lagi.

Saturday, 17 January 2015

PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA - Misi Bantuan Fasa ke-3 Mangsa Banjir Pantai Timur - PART 2

Entry asal boleh rujuk di link ini

http://merlynhasshim.blogspot.com/2015/01/projek-1-dapur-untuk-1-keluarga-misi.html



Harga set 1 dapur untuk 1 keluarga yang terkini ialah RM84 di Lazada pada 17 jan 2015. Sesiapa nak menyumbang, boleh order sendiri dekat link di bawah ini dan dialamatkan terus kepada Raja Shamri di 

Raja Shamri
Golden Minds Consultant
PT587 Tingkat 1 Wakaf Lanas
Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu
16800 Pasir Puteh
Kelantan.

hp no: 0173872232

FB Raja Shamri: https://www.facebook.com/abangrajaFANPAGE



Kalau nak kirim saya belikan, boleh untuk hari ni dan esok sahaja. Sebab next week saya nak mula bagi tumpuan untuk kerjaya saya pula. 


CADANGAN PEMBELIAN: 







untuk membeli stove, klik di sini

http://ho.lazada.com.my/SH77Cq




untuk membeli gas regulator, klik di sini 

http://ho.lazada.com.my/SH77xU





Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca . Semoga sumbangan kecil kita ini dapat meringankan beban mangsa banjir di Kelantan. Saya mewakili seluruh rakyat Kelantan mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua individu yang menyertai misi PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA . Anda semua memang terbaik!  #givealittle  #ambank 

Wednesday, 14 January 2015

PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA - Misi Bantuan Fasa ke-3 Mangsa Banjir Pantai Timur (UPDATED)

JUMLAH SUMBANGAN TERKINI:  (3 Mei 2015) 
 SET DAPUR = 55 unit 
KIPAS ANGIN= 12 unit
 BLENDER = 3 unit  
LAMPU RECHARGEABLE = 50 unit
TOASTER= 1 UNIT 
PA SYSTEM = 2 SET ( UTK SURAU KG BAHAGIA DAN KG MAMBONG YANG DLM PEMBINAAN) 
PISAU MENOREH= 12 BILAH
WANG TUNAI= RM2000 ( UNTUK MEMBELI BARANG KEPERLUAN LAIN SEPERTI TUALA, SELIMUT, MAKANAN/MINUMAN VOLUNTEER  ETC)

notakaki: updated perjalanan projek dan pembelian dilampirkan di bahagian bawah, selepas "details project"  atau boleh follow FB saya di  https://www.facebook.com/merlynhasshim  untuk laporan terkini PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA ini. 

Entry ini telah disenarai pendek  untuk contest  #givealittle  #ambank  dan sokongan anda amat dialu-alukan seandainya ada kelapangan utk "votes" projek ini di link ini-> - vote for 1 dapur untuk 1 keluarga


semua posting/entry berkenaan PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA boleh rujuk di link di bawah  ini http://merlynhasshim.blogspot.com/search/label/projek%201%20dapur%201%20keluarga







DETAILS PROJECT: 


Cadangan bantuan " membina semula kehidupan" .

Pembelian satu set dapur beserta regulator dan hose utk setiap keluarga. Total 1 set= RM84, free shipping. Boleh beli direct dekat link yang diberi di bawah. Boleh request utk poskan ke pusat pengumpulan sumbangan/dana yang akan kita bincangkan nanti. ( basically persendirian, bukan ngo atau mana-mana persatuan mahupun arti politik ) . Kita target kalau dapat 20 set, 20 keluarga dah boleh terima bantuan dapur ini.

Penambahan terkini 14 Februari 2015 :



Susulan dari status terkini Raja Shamri, kita akan menaja lampu rechargeable untuk mangsa banjir khususnya pada mereka yang masih tidak mempunya bekalan elektrik disebabkan rumah mereka total lost dan masih menunggu bantuan rumah tetap yang kita tak tahu bila akan diberikan. ( Kebanyakan mereka menetap di khemah dan pondok sementara) Link pembelian seperti di bawah ini





Cadangan pembelian:










So siapa yang berminat nak join, boleh bagi nama dan anda order sendiri dan bayar sendiri nanti ek, lepas tu suruh shipping pada alamat yang telah kita tetapkan di bawah.

Buat masa skang, saya rasa the best volunteer person utk kita serahkan dapur ini ialah group Raja Shamri . Saya telah berhubung dengan dia dan memberitahu projek kita dan akan kita alamatkan terus padanya nanti bila kita nak buat order. Skang ni kena fikir jugak logistik dan saya rasa Lazada paling senang sebab dia boleh pos direct ke alamat yang kita nak.

So pilihan, sama ada anda nak direct order terus dekat website Lazada atau melalui saya, terpulang. Tapi saya nak confirmkan berapa ramai nak join dulu supaya kita tahu berapa bilangan yang akan dihantar nanti. Sebolehnya, saya memang nak elak dari mengutip duit, sebab tu saya fikir bila anda direct order dari website Lazada, lagi senang. Tapi bagi yang tak ada atau malas nak bukak akaun Lazada, saya boleh tolongkan.

Siapa berminat, boleh tinggalkan email di ruangan comment atau boleh email saya terus di SINI atau PM di FB INI . Sasaran kawasan bantuan ialah di kawasan yang terjejas teruk dan saya tak boleh specific kawasan yang mana, itu kita serahkan pada volunteer sebab mereka lebih tahu di mana kawasan yang diperlukan. Memandangkan sekarang dah masuk fasa ke -tiga, bantuan makanan dan pakaian memang saya tak nak buat la, fokus projek ini hanyalah untuk 1 dapur untuk 1 keluarga.



Saya dah dapat reply dari Raja Shamri malam tadi, jadi alamat yang akan kita gunakan untuk pos ialah:

Raja Shamri Raja Husin
Golden Minds Consultant
PT587 ,Tingkat 1 Wakaf Lanas,
Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu,
16800 ,Pasir Puteh,
Kelantan.


hp no: 0173872232



100% pembelian projek 1 dapur 1 keluarga ini akan diserahkan kepada mangsa banjir di kawasan yanag akan ditetapkan oleh team volunteer Raja Shamri sendiri nanti. Kita cuma akan buat pembelian dan minta dihantar ke alamat yang telah diberikan di atas. Kalau sesiapa nak join, minta maklumkan pada saya untuk tujuan record, jadi kita dapat tahu dari mana sumber datang. Kalau anda nak buat pembelian sendiri, make sure dekat nama dan alamat pengirim copy paste sahaja yang kat atas . Shipping address make sure anda add new shipping address, jangan alamat ke rumah anda, nanti siapa nak hantar ke sana pulak. Atau kalau anda masih tak faham, saya boleh tolong orderkan nanti guna akaun lain. 


Anda boleh folow Raja Shamri di sini untuk mengetahui perkembangan terkini misi bantuan mangsa banjir yang sudah masuk ke fasa 3. 

Projek ini 100% dikendalikan oleh saya, so boleh direct tanya saya jika ada kemusykilan 

Merlyn Hasshim
merlynhasshim@yahoo.com
FB: Merlyn Hasshim



Jgn mintak no whatsapp, sebab saya tak ada smart phone. 



Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca . Semoga sumbangan kecil kita ini dapat meringankan beban mangsa banjir di Kelantan. Saya mewakili seluruh rakyat Kelantan mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua individu yang menyertai misi PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA . Anda semua memang terbaik!  #givealittle  #ambank 


TERKINI





sumber gambar dari FB Raja Shamri , set dapur gas yang telah selamat tiba di pusat banjir ( kotak biru yang tersusun tinggi) 

 

sumber gambar dari FB Raja Shamri , Lampu rechargeable pensonic telah selamat diserahkan kepada mangsa banjir di penempatan sementara. 


 sumber gambar dari FB Raja Shamri ,lampu LED rechargeable yang telah selamat sampai di pusat banjir 



Updated terkini 2 Feb 2015 



31 jan 2015, jam 8.26 pm 

Harga terkini utk satu set dapur seperti tertera pada tarikh di atas ialah RM72 per set. Saya dah updated harga dan direct link utk beli stove dan set gas regulator di bahagian atas.

Sekarang kita dah ada 39 set dapur dan 3 blender berbayar yang dah selamat di order di Lazada .

Di sini saya attach kan bukti pembelian di bawah yang telah dibayar di LAZADA MALAYSIA untuk tujuan record. Anda juga boleh follow saya di FB untuk perkembangan terkini PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA

https://www.facebook.com/merlynhasshim


REKOD PEMBELIAN : 



 Order pertama

 Order kedua



order ketiga


 order keempat


order kelima



order dari acc Crystal Lam 


order dari Jaycee Ng

order keenam



order dari akaun Azidah Buang 




Order kelapan, pada 31 Jan; 4 set dapur + 3 blender 

Order kesembilan, 1 Feb 2014; 3 set dapur 




Order kesepuluh dari akaun Wan Norulhakmat


order kesebelas, 4 unit set dapur sumbangan Mrx X menjadikan jumlah terkini 55 set dapur yang telah ditaja 


5 unit rechargeable lamp sumbangan tuan tanah dan blogger Ila Saleh



2 unit rechargeable lamp sumbangan Ayu Macha


3 unit rechargeable lamp sumbangan Puan Z


3 unit rechargeable LED lamp sumbangan Puan Syikin 


3 unit rechargeable LED lamp dan satu toaster sumbangan Puan MAZIYA BINTI AHMAD


1 unit rechargeable lamp sumbangan Mr Tan Kim Lee


1 unit Khind lantern light sumbangan Puan Aida 


 3 unit LED rechargeable light sumbangan Puan AAsmawati AbdulManap

2 unit LED rechargeable light sumbangan Puan Ayu Rafikah 


5 unit LED rechargeable light sumbangan Puan Z


3 unit lantern light sumbangan Puan Afifah dan 1 unit led light sumbangan Puan Norazah 


4 unit led light  + 14 unit ( akan beli di kedai elektrik) sumbangan Puan Layla








Mejar Ayah Wan, salah seorang sukarelawan third force dari team Raja Shamri bersama penerima bantuan

RM1350 dari penderma selamat dimasukkan ke acc Raja Shamri untuk misi membantu membina semula kehidupan



4 unit kipas angin sumbangan Puan Z

5 unit kipas angin sumbangan Puan B dan Tudung Murah Skudai


3 unit kipas angin sumbangan Puan Nora