728 x 90

Saturday, 31 January 2015

5 item yang orang suka beli di Lazada

Tak habis-habis lagi dengan cerita shopping Lazada ni. Biasalah, saya ni kan agen Lazada. Sempena RED HOT SALE CNY baru ni, saya telah mengambil peluang untuk berbelanja sedikit sempena gaji masuk.

Apa yang menarik dengan Lazada ni, boleh dikatakan hampir kesemua barangan yang saya nak beli tu mesti ada jual kat sana, dari sebesar mesin jahit, baju, hand bag, jam tangan malahan lampin pakai buang pun ada. Kalau rajin boleh baca entry-entry lama untuk melihat sendiri barang-barang yang saya pernah beli di Lazada di link kat bawah ni:

http://merlynhasshim.blogspot.com/search/label/pengalaman%20shopping%20di%20lazada

Hari ini, saya hendak bercerita mengenai 5 item yang orang suka beli di Lazada mengikut pengalaman saya serta kawan-kawan. Jom kita tengok apa yang rakyat malaysia suka beli di Lazada.



Saya pasti, semua Lazada shopaholic mesti akan beli at least satu benda ni, sampaikan yang warna purple dah sold out. ( saya sempat beli satu tau, nanti dah sampai saya tunjuk). Nak tahu apa yang bestnya benda ni? Pertama sekali harganya yang terlajak murah, kedua sesuai untuk orang bujang yang baru menyewa rumah lepas habis belajar, nak beli proper wardrobe mahal la pulak. Ketiga ketahanannya untuk ini baju/barang bolehlah tahan. Yang keempat, dengar cerita quite challenging jugak nak pasang, tapi still berbaloilah dengan harga. Anda boleh baca review dekat link yang saya beri di atas. 




Dapur ni sebenarnya bersepah jual kat kedai, tetapi tiba-tiba ia menjadi item terlajak laris baru ini, sampai sold out. Ini gara-gara penangan PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA, di mana sebanyak 32 buah biji telah berjaya ditaja untuk mangsa banjir Pantai Timur. Semua beli kat Lazada, sebabnya harga yang berpatutan semestinya, penghantaran percuma terus ke pusat banjir, sebab kitapun tahu kan selepas banjir ni ramai yang nak hantar bantuan ke sana tapi masalah logistik sebab jauh tau. Jadi, bila kita order dengan Lazada, kita dah dapat jimat kos pengangkutan. Bijak tak idea saya? 



Macam mana boleh terjebak beli mesin jahit ni? Alkisahnya, dah lama usha mesin jahit kat Lazada ni, tapi takder budget. Harga biasa RM145, kalau kat pasaraya XXX dengarnya RM200+. Tapi still tak beli jugak. Tiba-tiba masa CNY RED HOT  SALE, harga menjunam sampai RM98. Wah, ini sudah bagus. Tgk review pun ada 31 review/rating dan majoriti memang puas hati dengan kualiti dan harga yang ditawarkan. So apa lagi, berjayalah beli jugak. Tapi saya dapat harga lagi murah tau drai yg tertera di gambar, sebab saya guna affiliate coupon masa CNY RED HOT SALE. Dah sampai pun mesin jahit ni melalui kurier Gdex, boleh tahan cepat jugak, order 27 Jjan malam, 29 Jan dah selamat sampai kat JB. Thumbs up LAZADA. 

 Yang kat atas ni memang 100% confirm terlajak laris, sebab dia open sale masa 27 Jan,dan kalau and anda berhajat nak beli sekarang, lupakan sahaja sebab sudah sold out awal-awal lagi, tak sampai sejam katanya. Dengarnya Redmi ni setanding dgn Samsung Note, tapi jauh lagi murah harganya.  Ada diskaun lagi untuk CIMB card holder sebanyak RM40. Double jimat dah kat sini. No wonderlah awal-awal lagi dah sold out. Baru ingat nak sambar sebijik, melepas lagi. Bilalah Lazada nak open sale balik ni, kena stand by awal-awal depan laptop.



Pilihan item ke 5, yang ni semua kaki gadget wajib ada, iaitu powerbank. Sebab, nak tulis entry ni pun dah nak habis bateri ipadku, so wajiblah ada stand by power bank dalam beg supaya kita boleh online 24/7 setiap masa di mana-mana jua. Harga yang ditawarkan sudahlah murah, ada free gift powerbank lagi. Siapa tak nak? Tak payah susah payah nak keluar pergi Low Yat untuk membeli, dengan nak bayar minyak kereta, tol, parking dan dengan traffic jam lagi. Beli kat Lazada, main-main klik jer, cukup masa barang sampai kat rumah. Senang kan? 

Ok, cukup 5 item yang saya hendak beli di Lazada ( 3 daripadanya dah selamat beli pun, 2 lagi on the way). Cadangnya, untuk powerbank nanti, nak guna diskaun voucher . Untuk dapatkan diskaun voucher Lazada ni, anda bolehlah melayari laman web http://shopcoupons.my/ dan di situ terdapat pelbagai jenis voucher dari kedai online terpilih, semuanya percuma sahaja. Boleh terus copy paste dan ambil. Senang bukan? 

 Akhir kata, saya ucapkan selamat membeli belah dan berbelanjalah dengan berhemah, sementara GST belum diaplikasikan lagi.  Marilah kita mengambil peluang untuk membeli barang-barang di  LAZADA yang bakal dikenakan GST nanti.



You can check out the products at Lazada This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons. Lazada vouchers sponsored by Lazada Malaysia.

10 comments:

  1. bagus juga idea 1 rumah 1 dapur tu, jimat kos kita utk penghantaran ;)

    Jom meriahkan Segmen Bloglist Mac-April CN ;)
    http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  2. i slow sikit shopping online sbb dok melayan obses with pandora hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Lazada ada groceries, confirm i shopping dgn diaorg jugak :P

      Delete
  3. Salam kenal.. Ros follow sini ;)

    ReplyDelete
  4. Baru 2 kali beli dgn Lazada, tahun lepas TV, yg terbaru semalam, washing machine. Delivery superb, x smpi 24jam barang dah smpi dpn pintu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayell, beli mesin basuh toshiba yg tgh sale tu ker? beli time weekend boleh sabe banyak, sebab ada firework voucher.

      Delete
  5. selalu jugak usha lazada tu. nak beli blender shake n go.. tp smpai sekrg x beli2 lagi.

    ReplyDelete