728 x 90

Monday 5 January 2015

Aktiviti cuti sekolah : Membuat beaded keychain di Perpustakaan Kanak kanak Taman Universiti

Ini adalah aktiviti terakhir yang bebudak ni join di Perpustakaan taman Universiti sempena cuti sekolah ini. Macam biasa yuran RM5 dikenakan untuk tunjuan pembayaran peralatan dan tenaga pengajar luar yang bagi saya agak murah jika dibandingkan dengan mengambil kelas art di luar.

Kali ni Aariz buat sendiri kraft tanpa bantuan emak dia.Kita tengok hasil kerativiti anak anak menghasilkan rekaan dari manik

Pelbagai jenis warna manik disediakan untuk rekaan hari ini

Tak ada kereta, kucing pun jadik la

 Bos kecik tekun bekerja

Rekaan yang dah siap kena iron dulu utk "finishing"

Cuba teka yang mana satu bos kecik punya.

Korunk mesti boleh agak yang mana satu hasil anak lelaki dan yang mana pula hasil anak perempuan.

Inilah rekaan cup cake saya

 So far sempat enroll bebudak 3 kali untuk aktiviti arts n craft di Perpustakaan Kanak-kanak Taman Universiti pada cuti sekolah ini. Di harap pada masa akan datang aktiviti seperti ini dapat dijalankan denganlebih kerap lagi supaya pengisian cuti sekolah anak-anak lebih bermakna.  Jutaan terima kasih kepada kakitangan Perpustakaan Kanak-kanak Taman Universiti kerana menjayakan aktiviti dengan penuh keriangan. 

3 comments: