Tuesday, 13 January 2015

Misi 52-Week Money Challenge 2015

Walaupun dah masuk 13hb Jan, rasa belum terlewat nak berkongsi mengenai misi 52-Week Money Challenge 2015 yang hangat diperkatakan di internet pada awal tahun baru ini. Original source saya tak pasti dari mana, sebab benda ni dah circulate dalam internet. Ok, basically kita menyimpan setiap minggu bermula RM1, pada minggu kedua kita tambahkan nilai RM1 lagi dari jumlah asal sehinggalah minggu seterusnya. Boleh rujuk contoh chart di bawah ini.

Contoh jadual simpanan  gandaan RM1 setiap minggu 

Saya plan nak buat 2 tabung untuk anak-anak . Ini saya guna tin kosong sorang satu.

 Inilah tabung misi 52-Week Money Challenge 2015 si Aariz dan Shukri


Baru masuk minggu kedua, harap-harap dapat istiqamah sampai hujung tahun 

Untuk pemahaman lebih lanjut, boleh rujuk dekat website di bawah ni. Dalam tu ada template utk kita print dan tampal pada tabung. Once kita dah masuk untuk minggu tu, kita tandakan untuk record.

http://www.lifeasyouliveit.blogspot.com/search/label/Finances

So, siapa lagi yang join misi 52-Week Money Challenge 2015 ?


6 comments:

  1. i love this so much Merlynn.. nak buat jadual baru lah Februari. TQ for reminding :)

    ReplyDelete
  2. good3... kita pun wat menda yang sama.. ^_^

    ReplyDelete
  3. satu usaha yang amat baik, tahniah :D

    ReplyDelete
  4. Menarik dan berguna sekali idea ini semua boleh lakukan ini kan :)

    ReplyDelete
  5. Insyallah synk start money challenge ni tahun depan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat half way jer tahun ni, semua dah selamat masuk dlm acc sspn anak-anak. sebab lepas kitaorg bank in semua dlm acc terus lupa nak masuk dlm tabung dah.. hehehehe

      Delete