728 x 90

Sunday 26 April 2015

GST shopping

Dah lama tak buat entry shopping review. Bulan ni sempat shopping di Zalora dan Poplook. Kebetulan hand bag idaman dekat Zalora tgh on sale, dan ada special discount utk LINE user, so apa lagi, dapatlah double penjimatan. Tak sure harga still murah ker compare dekat butik, tapi sebab me jenis malas nak keluar bersesak-sesak di hujung minggu, so layan online jer la.



Hand bag MNG yang menjadi handbag favourite sekarang sebab kecik dan yang penting kaler hitam, senang mau matching dengan baju. 


  Sempat sopping di Poplook setelah sekian lama bercuti . Kebetulan dress idaman hati, Tyra on sale so rembatlah sehelai. Baju kat poplook semenjak ada gst ni makin mahal, so kena tunggu ada sale baru boleh beli. Dress ini adalah inspirasi untuk kurus.. huhuhuhuhu.

Semalam ada gak shoping di Lazada, beli baju duduk kat rumah n hiking bag.Pun  tak habis banyak, dlm 60+ jer, sebab ada diskaun 30%.

Ok, nanti ada masa free saya ambil gambar baju dengan handbag in real yer.

Siapa nak shopping di Zalora boleh la guna discount code voucher ni, nanti dapat 15% diskaun dari total pembelian :  ZBAPQDEH





Monday 20 April 2015

Winning 2015

Setelah sekian lama belayar di lautan,kini tibalah masanya untuk kembali ke darat; hunting,bercucuk tanam dan aktiviti yg paling best semestinya menuai hasil.Jom kita tgk hasilnya


Pembukaan 2015 dengan telur pertama pecah pada 15 Jan 2015, sama dengan hari PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA dilancarkan. Akhirnya setelah sekian lama berjaya memiliki S5 sendiri. ( bukan tak pernah menang smartphone sebelum ni, cuma tak berminat nak pakai) . Hadiah ini dimenangi dari contest Dutch Lady. 

Console voucher RM200 dari contest Guardian Beauty Surprise Contest. Hancur harapan nak pergi ke Tokyo, hanya mampu meraih console sahaja. Walaubagaimanapun, sangat bersyukur sebab selain balik modal, dah lepas belanja buat beli toiletries sebelum GST.. huhuhuhu

Jika tahun lepas menang PS4, nampaknya tahun ni layak set alat tulis jer la dari contest Papermate yang dengarna ramai jugak menang ni. Bestnya siapa yang menang pergi USA tu kan. Kecewa jugak sebab memang teringin sangat nak pergi balik US plus visa pun belum tamat tempoh lagi. Belum ada rezeki nampaknya.



Gold Coast, here I come. Grand prize Peraduan Senang dan Menang Anchor Butter, prize giving dekat kedai bakery Venture Taman Universiti. My favourite shop utk beli barang baking, so memang tak sia-sia la spending kat situ. Actually bukan senang nak menang pun, dah ler slogan bahasa melayu, nak kena fight dgn semua outlet bakery yg participate dalam 1 Malaysia. So Insya-Allah kalau tak ada aral, bulan September ni fly satu family. Dah settle semua tiket dan penempatan, tinggal bwk body jer la. 


Tempat kelima dari contest yang sama, under nama proxy. nak letgo RM450. berminat boleh contact me yer. Memang takkan pakai sebab dah ada kitchen aid pun kat rumah ni yg dah jadik tukun..hehehehe


console dari contest Nivea-Guardian. 

Sangkut jugak 2 nama utk shopping voucher

Senget benget lak. Percubaan bersama PNG setelah lama berada di laut. Hanya mampu meraih saguhati jer. Antara contest yg memang susah giler nak sangkut sekarang.



Itu jer la hasil tuaian untuk tahun ini. Memang saya sangat-sangat slow down tahun ni sebab sibuk dengan projek saya. Sekarang tgh slow-slow nak catch up balik la. Syukur Alhamdulillah di atas rezeki yang dikurniakanNya.


Thursday 9 April 2015

PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA- Pelancaran TUDUNG MURAH SKUDAI

Tudung Murah skudai adalah salah satu cabang projek 1 dapur 1 keluarga-mencari fund untuk misi membantu membina semula kehidupan. Untuk membeli sambil menderma, boleh layari page https://www.facebook.com/tudungmurahskudai  . 

Kesemua shawl di Tudung Murah Skudai adalah fixed price, RM30 sahaja. 


Instant shawl ala nelofa 2 muka. Kain lycra sejuk.tak perlu pakai pin just sarungkan 2 kali dan siap.tak perlu pakai inner.RM30 setiap satu

Me wearing instant shawl ala nelofa with lines dekat hujung muka n sedikit glitter.kain lycra lembut sejuk.high quality made.RM30 SAHAJA.PM if berminat.

Instant shawl ala nelofa 2 muka .kain cotton sejuk dan mudah dibentuk.muka nampak lebih kecik bila pakai.tak perlu pin bagai ,sarungkan 2 kali dan terus siap.harga RM30 sahaja.

Instant shawl ala nelofa bercorak manik tabur.kain lycra sejuk dan mudah bentuk.tak perlu pakai inner.just sarungkan dan lilit dan kemaskan dgn brooch. Harga RM30 sehelai.




Untuk next stage PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA, kita mensasarkan 30 unit kipas untuk 30 keluarga mangsa banjir yang masih tinggal di penempatan yang tiada kemudahan secukupnya dgn cuaca yang agak panas.Projek ini adalah kolobrasi bersama team Raja Shamri di mana semua sumbangan akan direct dihantar beliau untuk tindakan susulan.