Saturday, 4 October 2014

Salam Aidiladha




Alhamdulillah, setelah menempuh segala onak dan halangan, kami tiba di kampung pukul 11.30 malam. Hari ni bercadang nak masak bubur lambuk Terengganu, jadi pagi pagi lagi dah mula mencarik pucuk midin dan segala jenis pucuk yang boleh dimakan. Kerja saya tukang potong daun jer la mcm biasa. Buat sorang sorang jer sebab tak ada org, kakak ipar belum sampai manakalah adik ipar lak tak balik beraya.




Keadaan cuaca di Terengganu sekarang agak sejuk sebab dah banyak hari asyik hujan memanjang. Kalau tak, selalu time balik panas tak ingat. 

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidiladha untuk semua pembaca blog ini. Kepada yang akan pulang ke kampung, berhati hatilah di jalan raya, jangan memotong di double line dan mencilok kat lorong kecemasan. Yang tidak pulang ke kampung halaman, jangan bersedih. Saya dah pernah rasa 5 tahun berturut turut beraya di perantauan. Sebab tulah skang ni ada peluang, mmg takkan miss balik beraya walaupun jalan jem sekali pun akan kuredah jua. 










1 comment: