Thursday, 30 October 2014

Galeria Kotaraya- Kenangan tempat outing bersama kenkawan

Kalau tanya kat budak UTM, mesti semua kenal Kotaraya. Tu tempat bebudak dating kat KFC, lepas tu solat dekat masjid atas tu.  Satu satunya masjid yang ada aircond masa zaman tu kot.

Sekarang Kotaraya sudah berwajah baru, dah tak macam zaman kita belajar dulu. Tempat makan kat atas dah takder, semua pindah kat bawah dan lagi mahal dan pilihan gerai pun dah kurang. Kami pilih utk makan Subway jer sebab tengah misi mustahil skang, kenalah pilih healthy food gituh. 

Bos kecik gigih makan BMT


 Inilah food court baru kat bawah tu dengan pilihan menu budget. Tapi rasanya tak tahu mcm mana. Minggu ni saya pergi makan dengan abah diaorg, mkn mee rebus tulang RM9 semangkuk.


Cuba teka kat mana ni? ni kat ruang legar yg ada pasaraya koop dulu, dekat dgn kfc

Dulu kat sini tak ada apa apa, bilik air jer kot. Skang dah ada Angry Bird Park ( ni free version)

Inilah masjid tempat kita semua selalu solat kalau outing. tangga yang sama.

Main dengan anak sapalah tu ek...


Maknya tengah menunggu sesuatu siap. Nak kena blah cepat cepat sebelum orang keluar office, nanti terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang terlampau. 

Selamat berhujung minggu  esok untuk kenkawan di Johor dan negeri lain yang sewaktu dengannya. 

2 comments:

  1. As salam :) semua ni mnjadi kenangan kn dan perubahan mngikut petedaran zaman mcm tmpt sy dulu pekan koboi tp skrg.. sy rasa mcm eh kt mna ni hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. yups, saya ni mmg baru pergi tempat ni lepas diaorg renovate balik. mmg nostalgia sungguh.

      Delete