InsyaAllah, ini adalah entry terakhir trip to KK.Macam biasa, biarlah gambar berbicara.
Tuan tanah kasik enterprem sikit
Sayur-sayuran menjadi pilihan nama chalet
Jalan/jambatan menuju ke chalet yang bertingkat-tingkat macam perkampungan Hobits dalam cerita LOTR
Kabin ni banyak bunga kat luar, kitaorg punya chalet bunga baru nak tumbuh.
Inilah chalet yang kami stay, Mushroom and Potato Room. Kedudukan sebelah menyebelah, setiap unit ada bilik air sendiri.
Kabin ni sesuai utk orang nak berbulan madu, ngam-ngam la dua orang boleh duduk. Ada dapur memasak lagi.
Yang ni untuk famili kecil. Tapi saya tak ambil sebab ada satu bilik air jer.
Kabin ni boleh muatkan ramai orang dalam satu masa
Ini rasanya rumah pekerja/owner cafe. Owner Kiram Village ni duduk kat KK.
Receptionist counter yang sempoi . Oh ya, cash term only, jgn memandai pakai credit card pulak.
Ni kira macam lobby la. Boleh tahan sejuk woo sebab open concept
Dari balkoni, patut boleh nampak gunung Kinabalu tapi kabus tebal la pulak.
Bebudak 2 orang kelaparan tgh mamam maggi cup
Terkandas dalam bilik sebab tengah ribut, patut dah check out dah ni
Secara keseluruhan, 100% disyorkan untuk mengunjungi Kiram Village jika anda seorang yang sempoi dan inginkan kelainan. Di sini ada disediakan cafe yang berkonsep terbuka, tak sesuai nak makan kat sana kalau cuaca sejuk jadik mereka ada buat penghantaran ke bilik.Rasanya boleh la buat alas perut lapar. Kalau amik cabin, ada dpaur memasak. Kalau ambil chalet room macam kitaorang, makan maggi cup jer la. Kalau nak ke pekan Kundasang , dalam 7 kilometer jugak jauhnya. Tiada kedai berdekatan di situ, jadi pastikan anda membawa stok makanan mencukupi.
Untuk tempahan, sila hubungi Encik Jamalul Kiram di no 0166950057
Website Kiram Village : http://kirams-village.com/
Last, jangan lupa bawa TUALA sendiri sebab tuala tidak disediakan yer.
notakaki: entry tidak berbayar, saja suka-suki berkongsi pengalaman
Nampak macam menarik. kalau orang yg suka ada aktiviti mungkin tak sesuai. kalau macam i pun suka jalan jalan tak suka dok bilik ajer.
ReplyDeleteActually Kiram Village ni banyak outdoor boleh buat kat luar, tapi sebab cuaca sejuk_+ribut melampau, kitaorg stuck dlm bilik jer, tak tahan tiupan angin kuat. Not a good timing la masa datang. Kedudukan dia di kaki gunung, dah berangan nak pi trekking lepas Subuh tapi apakan daya cuaca tak mengizinkan
Deletenampak besh..i suka tmpt sejuk ;)
ReplyDeleteboleh poyo-poyo mcm duk kat oversea. mlm suhu 14 degree C, kalau wind chill mahu mencecah 10. dah lama tak duduk tempat sejuk
Deletecantiknya tempat ni..rasa tenang je
ReplyDeleteKat sini disediakan tv tk ?
ReplyDeletetak ada
DeleteGreat readding this
ReplyDelete