728 x 90

Friday, 16 October 2015

Mummy's time out bersama Mamil® MomMe Saturday di Double Tree by Hilton Hotel, JB


Jemputan ni saya terima lebih kurang 2 bulan lepas dan awal-awal lagi saya dah block dlm family time table. Sebab event ini memerlukan en suami menjaga anak-anak di rumah , for mummies only yer. Nasib baik ada partner jiran Zamzarina yang juga merupakan seorang celebriti blogger, comper tersohor dan entrepreneur yang berjaya temankan. Kalau tak, boring jugak sorang-sorang.

Event Mamil Mom Me Saturday ini berlangsung pada 10 Oktober lepas di Double Tree by Hilton Hotel, Johor Bahru. Saya sungguh berbesar hati kerana dijemput untuk menghadiri majlis ini sambil mempelajari ilmu baru dan berkongsi pendapat serta beramas mesra dengan para ibu. Bukan senang tahu mummy nak dapat "me " time di hujung minggu, nak-nak yang jenis bekerja sendiri macam saya dan Zamzarina ni. Memang kena sangatlah jemputan ni untuk kitaorang.



Sesi pendaftaran, tema hari ini merah. Rugi tak pakai baju merah. Sebab dengarnya ada MomMe Award Presentations nanti. Actually untuk selamat saya pilih warna hitam sebab boleh masuk untuk semua acara serta lebih formal dan confident. ( sebab saya dah get rid few kilos sepanjang 8 bulan ini yer) 


cilok gambar dari blog http://ibuayahdamia.blogspot.my/ di atas kebenaran 

 Sesi mengopi atau mengtea sebelum acara bermula 


Having a hard time? Itulah tajuk topik diskusi hari ini. Nak tahu kena scroll sampai bawah yer

Tempat saya bertapa sepanjang bengkel ini . Oh ya, saya datang sebagai blogger . Kebanyakan yang datang sebagai winner. Mamil ada campaign WOOP dan pemenang dipilih berdasarkan kepantasan mereka menyiapkan big mission . saya pun ada jugak join WOOP tapi tak sempat nak buat semua mission tu. 

Goodies bag untuk peserta




 Ucapan pembukaan oleh Celebrity Mom Emcee, Aishah Sinclair 

Ucapan selamat datang oleh Ms Jane Ee, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd.


“Di Mamil®, kami memahami usaha para ibu untuk membentuk asas yang kukuh bagi tumbesaran dan kesejahteraan si manja mereka. Sebagai pakar dalam pemakanan kanak-kanak, kami ingin menemani para ibu dalam perjalanan ini dengan membantu membekalkan nutrisi optimum demi tumbesaran dan kesejahteraan si manja yang menyeluruh. Pada acara Mamil® MomMe Saturday ini, kami memberi tumpuan terhadap masalah sembelit dan kepentingan sistem penghadaman yang sihat,” ujar Cik Jane Ee, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd. “Mamil® mengandungi campuran prebiotik oligosakarida, GOS/lcFOS (9:1) berpaten antarabangsa yang boleh membantu mengekalkan kesihatan usus.”

 Dr Lim Kia Suan,  Guest Speaker & Consultant Paediatrician

Topik diskusi " Turn Hard Time to Good Time" oleh Dr Lim Kia Suan.


“Sembelit adalah masalah lazim di kalangan kanak-kanak dan jika tidak ditangani dengan betul, kesannya akan berpanjangan. Kanak-kanak yang sembelit biasanya akan mengalami perut kembung, berasa loya dan tidak selesa, dan kurang selera. Selain itu, mereka terpaksa meneran semasa mengeluarkan najis yang keras dan kering. Ini amat menyakitkan dan boleh menmberi kesan yang negatif dari segi psikologi terhadap mereka, dan akibatnya mereka akan takut untuk pergi ke tandas,” jelas Dr Lim. “Masalah ini akan berlaku ulang-kali, oleh itu amat penting untuk menangani masalah sembelit dari awal.”

Antara tips yang saya pelajari dari Dr Lim dalam menangani masalah sembelit ialah:

* Galakkan si manja mengambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan air kosong kerana jenis-jenis makanan ini penting untuk membantu kanak-kanak dalam menangani masalah sembelit.

* Beri latihan penggunaan tandas yang positif kepada si manja. Perhatikan tanda-tanda di mana si manja anda cuba menahan untuk pergi ke tandas kerana terlalu sibuk bermain atau tidak suka latihan penggunaan tandas yang diberikan terutama untuk mereka yang dipaksa menggunakan tandas sebelum mereka betul-betul bersedia.

* Sertakan diet si manja anda dengan prebiotik yang dapat merangsangkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Ini akan menyokong kesihatan sistem penghadaman dan menjadikan najis lebih lembut.


 Sesi soal jawab bersama barisan panel 

Semasa sesi "Breakout" saya ada bertanyakan mengenai masalah  "How to stay regular during travelling". Ini kerana anak-anak saya sering mengalami masalah untuk membuang semasa kami bercuti, terutama kalau bercuti ke luar negara. Penyelesaian yang diperolehi hasil perbincangan kumoulan ialan menggalakkan anak-anak supaya minum jus buah-buahan untuk melancarkan sistem pembuangan.

Selain daripada mendengar penerangan dan berdiskusi, kami juga bermain games secara berkumpulan.

Sesi "ice breaking" di mana di dalam games ni setiap kumpulan harus mendapatkan sebanyak mungkin nama dan hobi peserta yang hadir. 

Ini adalah masa games "passing on messages " . Boleh tahan mencabar sebab ayat yang diberi agak panjang dan end up orang last yang terima msg memang bercanggahlah dari msg memula terima. 

Sesi "Mamil MomMe Time bersama Kiehl's"

Pemenang Special Mamil MomMe Awards bergambar bersama Ms Jane Ee, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd

Sesi makan-makan

Banyak ker? Er.. my cheating day. Puding karamel tu seriously sedap, sampai 2 biji saya ambil . 

 lepas dah makan kenyang-kenyang kita serbu Photobooth

 Lihatlah aksi riang dan glamour kami berdua 

 Sesi make up Oleh Shu Eumura. Haruslah saya menyelit sekali di sini. 

 Saya request natural touch up .

 Tadaa.... selepas di make over 

 Bersama jurumekap Shu Eumura yang sangat awesome 

 Ada sesi rundingan kecantikan bersama Kiehl's 


Beauty consultant Kiehl's yang sangat tentative. Beliau tegur muka saya ada peeling, dia ingat saya buat sendiri peeling tu, Saya pun baru teringat yang masalah peeling( mengelupas) ni timbul sejak balik dari Gold Coast. Dia beritahu masalah ini akan hilang dalam masa 2 minggu secara natural, so tak perlu risau.Saya juga belajar bagaimana nak pakai eye cream dekat mata. Bukan main tonyoh jer, sebaiknya gunalah jari sebelah anak jari sebab dia agak lembut compare jari lain. 

 samples dari Kiehl's 


 Bloggers, media, peserta, staff Dumex Mamil dan Aishah Sinclair bergambar kenangan. 

Bergambar kenangan bersama celebrity mum, Aishah Sinclair. Orangnya memang agak tinggi, sangat cantik dan peramah. Dan fit  ( reminds me to do more work out later... huhuhu).

Goodies dari Dumex Mamil 

Terima kasih diucapkan kepada pihak Dumex Mamil yang menganjurkan event Mamil MomMe Saturday. Di harap pada masa akan datang akan lebih banyak lagi topik boleh dibicarakan . Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Ms Jessica Tan kerana menjemput saya untuk menyertai dan membuat liputan majlis ini. Melalui bengkel ini banyak ilmu, tips dan panduan yang telah dipelajari berkenaan nutrisi yang betul dengan kesihatan sistem penghadaman yang baik memainkan peranan penting dalam membantu menangani masalah sembelit di kalangan kanak-kanak.Diharap kita dapat ketemu lagi di majlis akan datang. 

Sedikit penerangan ringkas mengenai Dumex Mamil.

Mamil® mengandungi campuran prebiotik galakto-oligosakarida, GOS dan rangkaian frukto-oligosakarida (IcFOS) berantai panjang yang berpaten antarabangsa pada nisbah 9 ke 1 untuk membantu mengekalkan kesihatan usus.

Menurut kajian, GOS/lcFOS (9:1) meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus, mengurangkan pertumbuhan bakteria merbahayai, menguatkan lapisan perlindungan ususiii dan menjadikan najis lebih lembut serta memudahkan pembuangan air besari.

Untuk maklumat lanjut tentang acara Mamil® MomMe yang bakal diadakan atau maklumat lanjut tentang Mamil®, sila layari www.mamil.com.my, www.facebook.com/DumexMamil atau hubungi Talian Mesra Pelanggan Mamil® di 1800 38 1038.










1 comment:

  1. nampak besh!! me tak leh nak attend event sbb got small baby..tunggu razeen besar baru boleh pikir nak join event

    ReplyDelete