728 x 90

Wednesday, 29 July 2015

Cherating n KT trip before puasa

Cerita dah basi.Tapi nk upload jugak utk rujukan dan mcm buasalah buat hotel review dan food review sikit
Kami sampai Cherating dah malam. Tapi kami tak check in lagi tapi terus ke bandar Chukai untuk menikmati nasi kukus terlajak sedap tepi pasar borong.

Kuahnya pekat dan nasi tu pakai beras siam cap serindit tau

Dah siap makan patah balik ke Cherating.Stay kat Legend. Oleh kerana bukan peak season n hari weekdays pulak tu suasana hitel agak sunyi sepi,kelam dan gelap gelita.suspicious la jugak. Dpt pulak blok kt hujung dunia. 

Budak 2 org ni asal dpt duk hotel excited ajer. Bilik dia ni baru refurnished. Bilik air pun sama, dah tak ada bath tub. so lepak swimming pool dah la yer

Ruangan lobi jenis open space.Takder org pun

Selfie sepukul

Yang tu playroom.Bebudak ajak masuk. Koser mak nak bayar RM20 sejam setakat nak main FIFA.

Lepas check out kita sambung aktiviri jalan-jalan carik makan. Kami memilih Restoran resepi Ibu. Kedai ni tak jauh dari Legend, menghala ke bandar Chukai. Sebelah kiri.



Kedai nasi campur. Dia punya speciality gulai kawah, gulai ayam kampung , ikan baung masak tempoyak

Nasi kerabu ni menu breakfast tapi mak hentam sajer la 


tu lemak ketam sama ikan baung. makan dgn ulaman serta sambal petai, Pergh, memang terangkat habis. 

Malam tu lepas Terawih pertama, kitaorg ronda bandar KT cari mee celup pula.

Esok harinya 1 ramadhan, sempatlah pergi ek pasar Ramadhan Chabang 3. Dalam banyak-banyak gerai, ni jer yang kitaorg amik gambar, kebab dia best, dia style mexican, guna wrap gitu.



Ok habisss

No comments:

Post a Comment