Thursday, 2 July 2015

Hidup tidak lari dari masalah

me wearing Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF15 light-medium 

Tak tahulah sama ada saya seorang jer yang tetiba dilanda masalah kulit yang suram. Dah makan kolagen, EPO tapi semua tak jalan. Mungkin perubahan cuaca panas yang agak ekstrem semenjak dua menjak ini menjadikan kulit makin berminyak dan bintik-bintik halus pun mulalah menjelma. Muka pun dah macam bulan purnama dah ni. Ditambah lagi bulan puasa ni saya memang kurang sangat minum air. Tak tercapai target nak minum 3 liter sehari, atas alasan nanti malam asik nak terbangun pergi bilik air la pulak.

Tengah pening memikirkan produk apa yang nak dipakai, tiba-tiba mendapat kejutan daripada adik angkat saya, Ijah. Ijah telah mengepos CC cream Mary Kay kepada saya. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, sudah pasti saya tidak melepaskan peluang untuk mencuba produk Mary Kay ini. Kebetulan memang tengah plan nak beli CC cream yang baru sebab CC cream Kanebo yang menang dari contest tu rasanya macam dah expired.



Nak tahu hasilnya? Kenalah tunggu minggu depan yer, bagi saya cuba pakai seminggu dulu .






2 comments:

  1. salam ramadhan cik kak merlynn, semoga tabah menghadapi dugaan bulan puasa dgn kulit muka yg lebih licin ., ;p

    ReplyDelete