728 x 90

Sunday 3 May 2015

PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA- penyerahan tuala dan kipas angin

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat diteruskan PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA. Sedar tak sedar dah masuk bulan kelima.

Lama tak update. Bukan dah tak nak buat projek ni, cuma kesibukan mencari rezeki supaya projek ini dapat terus dijalankan, Insya-Allah.




Sempat memborong 45 helai tuala untuk dihantar ke pusat bantuan banjir Raja Shamri( abaikan tisue dan sabun tops, tu untuk kegunaan peribadi jer) 





Kesemua barang di atas dah selamat sampai dan sedamg diagih-agihkan kepada mangsa yang memerlukan. 

Projek ini masih berjalan dan sekarang kita mensasarkan untuk menaja 30 unit kipas angin untuk 30 keluarga. kepada sesiapa yang ingin menyumbang, bolehlah membuat pembelian kipas angin di link di bawah dan dialatkan terus kepada Raja Shamri atau boleh PM saya di FB untuk saya membuat pembelian bagi pihak anda. Harga seunit kipas terkini ialah RM52 .





So far kita baru dapat menaja 12 unit dan semuanya telah selamat diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Kepada yang ingin membeli sambil menderma, bolehlah melihat-lihat aneka instant shawl ala nelofa di  FB TUDUNG MURAH SKUDAI. Setiap pembelian sehelai tudung, sebanyak RM5 akan didermakan untuk  PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA. 

Akhir kata, saya selaku founder  PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan projek ini. Maaf jika ada kekurangan atau kelewatan kerana saya hanyalah manusia biasa dan sudah cuba melakukan yang terbaik. Diharap projek ini dapat diteruskan lagi supaya dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan. 



Merlyn Hasshim
3Mei 2015 

No comments:

Post a Comment