728 x 90

Monday 29 October 2012

1001 cerita di sebalik sekeping gambar


1. Tempat yang jatuh lagi dikenang. Beginilah suasana Aidilfitri di perantauan, sungguh meriah berkumpul ramai-ramai.

2. Tiada satu hari pun saya tidak pernah merindui kehidupan di sana.

3. Percubaan mengambil gambar menggunakan DSLR serta tripod dan flash.

4. Aidilfitri terakhir kami bersama Melayu Kanada.

5. Diambil masa musim luruh dan memang sejuk gila kat luar, jadi kami semua terpaksa menahan kesejukan sebab tak mau pakai jacket konon nak kasi nampak baju raya memasing.

6. Gambar ni rupa-rupanya bernilai RM4.5K.

7. Selepas buat entry ni mood terus merundum sebab homesick... huhuhuhuhuhu


Tuai padi antara masak;
Jangan sampai layu-layuan;
Intai hari antara nampak;
Esok jangan rindu-rinduan.....

Sunday 14 October 2012

Dibuli atau pembuli?



Dah lama tak update blog. Sekarang musim peperiksaan jadi agak sibuk memantau anak belajar. harap-harap dapat naik kelas tahun depan. Seriously, banyak masalah betul dengan kelas sekarang. Tak tahulah nak kata masalah dalam kelas ker, masalah dengan sekolah ker tapi yang pastinya hari-hari ada masalah. Masalah yang bikin emaknya stress setiap hari sepanjang tahun. Apa nak buat, hari-hari kena mengadap benda sama, walaupun bukan kena dekat anak sendiri, tengok anak org lain kena pun hati seorang ibu sudah terusik.

Ramai ibu bapa yang tidak tahu anak mereka dibuli ataupun pembuli. Jadi para ibu bapa di luar sana, rajin-rajinlah bertanyakan anak kita keada di sekolah. Kalau ada masa, buat spot check untuk tengok sendiri keadaan di sekolah. Takpun tanya pada rakan sekelas. Budak-budak tak pandai menipu, kalau kita tanya memang  diaorg akan jawab dengan betul.

Saya berharap esok saya tidak akan menyaksikan lagi kejadian belasah membelasah di dalam bas. Saya rasa ralat tak dapat buat apa-apa, setakat hon dari kereta  dan membuka tingkap kereta sambil menjerit---> macamlah budak tu dengar pun. Peristiwa itu sungguh menganggu konsentrasi saya.Simpati pada mangsa yang dibuli. Geram dan rasa nak lempang pada si pembuli.

Mungkin cuti sekolah ni boleh mula hantar anak ke kelas pertahankan diri. Yalah, sampai bila ibunya asyik nak jaga dia kan. Sekali kena buli, sekali saya pergi warning si pembuli. Yalah, takkan nak berpeluk tubuh jer. Pihak sekolah pun dah beritahu mereka tak dapat buat apa-apa, budak tu tak makan saman. Dah panggil ibu bapa datang pun dia masih buat.

Masalah buli, masalah yang tak pernah berakhir......