728 x 90

Monday 22 June 2015

Ramadhan Kareem- PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA - SUMBANGAN KIPAS DIPERLUKAN

Harap tak terlewat untuk mengucapkan Ramadhan Kareem buat semua pembaca yang beragama Islam. Tahun ni dapat menyambut 1 Ramadhan di kampung, diet memang ke laut la.. huhuhuhu. Maaf tiada gambar makanan hendak dikongsikan sebab bila azan dah masuk, tak ingat apa dah, terus ngap masuk mulut.

Hari ni berkesempatan beriftar di Masjid Pulai Perdana bersama anak-anak. Kat sini konsep buffet, amik makanan dan makan reramai atas tikar bagi muslimah, muslimin pulak ada kerusi dan meja disediakan. Sempena bulan mulia ini, marilah kita sama-sama memeriahkan masjid kita.

Hari ni juga anak no 2 start berpuasa atas kehendak dia sendiri. Mama kasi moral support jer la. Tiada paksaan atau suruhan. Mama sendiri pun terkejut dia berjaya habiskan. Godaan 10 minit terakhir tu paling kuat sebab makanan dah berada di depan mata, hanya tunggu azan berkumandang sahaja. Bravo anak mama, esok boleh cuba lagi.

Insya-Allah PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA  akan dilancarkan minggu ini, kali ni kita akan sumbangkan kipas angin untuk rumah yang bakal diduduki mangsa banjir. Harga terkini kipas yang dicadangkan ialah RM52. Boleh beli direct di Lazada atau PM saya di FB untuk minta saya tolong belikan. Buat masa sekarang ni saya plan nak beli 5 unit dan if ada sesiapa nak selit order sambil menambah saham di bulan yang mulia ini, sangat dialu-alukan.






in case out of stock, cuba guna link ini untuk beli kipas http://ho.lazada.com.my/SHAfIi

kalau dah habis jugak, cuba beli yang ini, harga RM65 seunit http://ho.lazada.com.my/SHAfkS




PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA ni masih joint venture bersama Raja Shamri. Baru berbalas posting di wall beliau masa tengah type entry ini. Kata abang Raja, kipas dan lampu rechargeable memang diperlukan sesangat sekarang. Saya memang suka confirmkan dulu apa yang diperlukan untuk mengelakkan pembaziran . Tapi lampu rechargeable ni kalau nak murah, kena beli direct kat kedai elektrik di Besut. Masalah sekarang, siapa mau beli. Kena tunggu saya balik raya dulu la. so skang ni kita proceed kipas angin dulu unless saya dpt direct dgn tuan kedai utk order lampu n minta dia hantarkan. 

Untuk lampu rechargeable, kalau saya dapat fund dalam bentuk cash, saya boleh proceed order dekat kedai elektrik di Besut. Harga last time beli RM70. kat Lazada RM99. Banyak beza tuh, so better kita order di kedai jer la ek. 


Ok, ini alamat untuk penghantaran , kalau sesiapa yang nak direct purchase dari Lazada gunakan alamat ni yer. 

Raja Shamri Raja Husin
Golden Minds Consultant
PT587 ,Tingkat 1 Wakaf Lanas,
Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu,
16800 ,Pasir Puteh,
Kelantan.




hp no: 0173872232






Entry ini ditulis dalam kelam kabut, anything just follow my FB  . 




Merlyn Hasshim
Founder PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA


No comments:

Post a Comment