Sunday, 7 February 2016

Peraduan Tambah Drama Dalam Masakan

Resepi Kimballicious Pie 




Bahan-Bahan:

Mashed potato:

4 biji Holland potato- dipotong  enam
1 biji US potato- dipotong enam
1/2 cawan susu segar
2 sb mentega
1/4 sk serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Inti :

1 cawan daging cincang
1 biji bawang besar-dipotong dadu
1 batang carrot-dipotong dadu
1/4 cawan daun ketumbar -dihiris halus
1 sb sos tiram Kimball
2 sb sos cili Kimball
4 sb sos spageti cendawan Kimball
1/2 cawan keju mozzarella
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Rebus potato selama 20 minit. Toskan airnya. Masukkan mentega semasa ia masih panas. Lenyekkan kentang. Masukkan susu segar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Ketepikan.

Dalam kuali, tumiskan bawang beserta daging cincang sehingga daging masak . Masukkan  sos tiram Kimball, sos cili Kimball serta sos spageti cendawan Kimball. Masukkan carrot dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam . Biarkan 5 minit. Angkat kuah dan ketepikan.

Panaskan oven pada suhu 180 celcius. Sediakan loyang pembakar/bekas alumimium foil. Masukkan inti daging di bahagian bawah sekali. Masukkan mashed potato sehingga menutupi inti daging. Taburkan diatas dengan parutan keju mozzarella . Bakar selama 10 minit atau sehingga keju di atas menjadi garing. Siap dihidang dan dinikmati bersama sos cili Kimball.
Resepi ini menghasilkan kira-kira 4 mangkuk sederhana pai. Sesuai untuk sarapan pagi dan dijadikan bento untuk bekalan anak-anak di sekolah.


Untuk menjimatkan masa, mashed potato dan inti daging boleh disediakan di sebelah malam. Pada waktu pagi keesokan harinya bolehlah dibakar terus di dalam oven. Pie ini juga boleh dibekukan dan dipanaskan di dalam microwave  semula.


Untuk menyertai peraduan ini boleh layari http://www.kimball.com.my/contest.php 

1 comment: