728 x 90

Wednesday 10 June 2015

Snippet : June story

Rasa macam dah lama giler tak blogging. Kebanyakan entry sekarang tulis dari smart phone, dan bila nak publish/save asyik error memanjang,so end up banyak entry tertunggak tak dapat publish sampai sekarang. Tak tahu apa masalah. Sebab kebanyakan gambar ada dlm hp, jadi biasanya saya akan buat draf dan upload gambar dlm hp, lepas tu plan nak save dan edit balik bila bukak depan laptop. Tapi satu tak dapat buat setelah berminggu lamanya.

Cuti sekolah kali ni memang awesome, sebab fully occupied and utilized dengan aktiviti untuk anak-anak. Sampai mak dia tak sempat nak isi borang contest, huhuhuhu. Takpa, janji bebudak enjoy. Kalau tak asik mengadap PS4 24/7 sahaja.

About me pula, currently masih seorang blogger, comper, part time volunteer, entrepreneur and Atkiners. Tak pernah terfikir nak go back to work, so stop asking me why n why I am choosing this path. Kenapa saya perlu paksa diri saya untuk buat something just to satisfy other people? I love what I'm doing now, no regret at all. Saya tahu, konsep working from home/ home maker/ freelance ni agak "baru" di negara kita, tapi saya dah bertahun-tahun buat benda ni dan Alhamdulillah, banyak impian saya telah tercapai selain dapat berkongsi n give back to society.

Ok, enough venting and ranting, jom kita update satu persatu.

1. Blogger-on and off, but try to be more consistent. Mostly I'm blogging on my travel and shopping experience, event, my PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA and comping.

2. Comper- still a comper , bulan June memang banyak contest nak dihadap. Suka tak suka kena buat sebab ni sumber utama pendapatan saya.

3. Part time volunteer- tengah tunggu dana masuk untuk PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA, Insya-Allah bulan puasa ni boleh jalan. Tak ada duit, cemana projek nak jalan kan. So tuan tanah kenalah kerja,tak boleh nak tumpukan 24/7 pada projek. Bukannya dah lupa pada mangsa tragedi banjir, tapi tengah slowly kumpul duit so boleh sekali harung nanti.

4. Entrepreneur- tahun ni kena terima la hakikat memang agak slow tapi syukur masih ada projek kecil-kecilan. Tak boleh nak expect banyak sangat especially sejak GST dilancarkan. Saya ambil pendekatan tunggu dan lihat walaupun dalam kepala ni dah ada macam-macam plan tapi kena sabar.

5.Atkiners- Mula berAtkins dari 15 Feb, setelah hampir 4 bulan, dah berjaya turun 12 kg, ada 4 kg lagi nak capai target. lebih-lebihkan jadi under weight la pulak. Skang dah berada di fasa 3 dan enjoy makan oats pagi petang siang malam.. huhuhuhu


Sekian entry untuk permulan June, Hopefully esok dpt publish entry -entry yang tertunggak.





2 comments: