728 x 90

Tuesday, 26 January 2016

Meletop steamboat yang memang meletupsss

Ini adalah review tidak berbayar. 

Port baru mkn steamboat di Taman Teratai.Ahkak kasi 4 bintang setengah. Actually dah lama bukak pun, tapi sebelum ni mereka beroperasi di Taman Pulai Perdana 2. Dioarg pindah ke Taman Teratai sebab memerlukan ruang yang lebih besar untuk cover pelanggan yang tersangat ramai. Ini adalah di antara restoran steamboat halal yang terbaik di Johor. Harganya sangat murah dan pilihan makanan tersangatlah banyak. Jom kita tengok apa yang menarik di sini.


Beraneka mee/fucuk/sohoon, nasi beriyani lengkap dengan ayam masak merah, kambing serta pelbagai pilihan nasi goreng dan mee goreng untuk dinikmati

Aneka jenis ball

pilihan sayur mayur serta cendawan segar 

aneka seafood yang fresh

pelbagai jenis erapan ayam dan daging

10 jenis sos pilihan

dessert berupa cendol, ais kacang lengkap dgn condiments . ice cream pun ada tapi lupa nak amik gambo. 

buah-buahan

air dispenser

air panas pun ada

steamboat dan grill, kami duk kat luar so pakai dapur gas.. kalau kat dalam pakai electric punya

Memang puas hati!


Ok, sekarang nak tahu harganya pula. harga adalah seperti di bawah. ( baru perasan harga dah naik start 27 jan, masa kami pergi 14 jan lepas utk dewasa baru 19.90 seorang sahaja) . 




Ini lokasi mereka:



Waktu terbaik untuk pergi ke sini ialah jam 5.30 petang, makanan dah siap dihidangkan dan orang belum ramai lagi. Jangan bilang ahkak tak payung yer .

Boleh layari FB mereka di MELETOP  untuk mengetahui lebih lanjut serta promosi terkini. 

12 tahun meraikan cinta

Untuk kenangan di masa hadapan









Tuesday, 12 January 2016

Kl short trip-meeting family n friends

Walaupun sekolah dah bukak seminggu,sesi berjalan jalan tetap diteruskan.weekend baru ni kami ke Kl kejap.
Sampai jer KL, check in kat the Zon terus ct calling jumpa dekat Avenue K, walking distance jer dari hotel. Light lunch dekat The Library Coffee Bar sambil mengopi

Healthy lunch gitu

Petangnya kitaorang bersiar dekat taman KLCC 

my big boy 

lepas tu kitaorang dinner kat food court KLCC ( late dinner la jugak sebab tunggu semua sampai, sebab tu food court dah tak penuh) with my siblings 

teringin nak makan mee kari kat fod court KLCC yg awesome- extra kerang dan fishball



my sis baru sampai layan mee kari jugak

Bukan senang nak kumpul beramai ni.Glad everyone can make it.

welfie dari HP adik. Er, I sorang jer tak pakai spek hokay.


Esoknya lepas pergi Zoo, jumpa ct lagi dgn Mas .. kali ni pekena nasi kukus suriani pulak di Ampang. 

Nasi kukus+ayam goreng yang sangat awesome. Lucky orang Kl nasi kukus Suriani dah melebarkan sayap di Ampang