728 x 90

Monday 30 March 2015

Projek 1 Dapur 1 Keluarga- Melawat Kawasan

Pada cuti sekolah yang lepas, saya telah berpeluang untuk menghantar sendiri sumbangan Projek 1 Dapur 1 Keluarga ke pusat banjir yang dikelolakan oleh Raja Shamri berpusat di Pasir Puteh. Sebelum ni, Lazada jer la yang tolong deliver semua item yang disponsor oleh penderma. Sebelum ke sana, saya sempat shopping beberapa barang yang dikirim oleh penderma seperti rechargeable light dan pisau menoreh.



Harga murah sikit dari Lazada, tapi kena sendiri deliver yer. Thanks kepada toke kedai sebab bagi special diskaun untuk Projek 1 Dapur 1 Keluarga ini. Lain kali boleh datang lagi ambil stok di sini. 

Lampu lantern yang besar gabak

Yang ni jenis panjang 

Menyerahkan lampu rechargeable dan pisau menoreh kepada Mejar Ayah Wan, salah seorang jentera kanan Third Force ( team Raja Shamri) yang bertanggungjawab mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir yang memerlukan. Beginilah keadaan di pusat banjir yang masih beroperasi sehingga ke hari ini. Yang kat belakang tu sumbangan yang baru sahaja dihantar oleh Pak Yunus dari Kuala Lumpur. ( Pak Yunus drive sendiri lori dari KL tau) .


Selepas ke pusat operasi banjir, kita melawat kawasan terjejas di Kuala Krai. Yang ni rumah yang hanyat tinggal tapak sahaja, betul-betul berhadapan dengan sungai.

Antara kemusnahan yang sempat dirakam. Kami tak berhenti, sebab datang tangan kosong jer. Semua donation kami dah drop kat pusat banjir. 

Sebelum pulang ke Johor, saya sempat menamatkan misi membantu semula kehidupan dengan membuat pembelian 2 unit set PA system untuk kegunaan surau kg  Mambong dan kg Bahagia.   Terima kasih diucapkan kepada puan Layla Abd yang menyumbang 2 unit PA system ini yang diinfakkan di atas nama bondanya, Allahyarhamah Hajah Alimah Nacha d/o AbdulHamid . 

Kitaorang beli model ini.


Set PA system telah selamat sampai diterima oleh Mejar Ayah Wan 

Selepas kembali ke JB, kami masih menerima lagi sumbangan dan semuanya telah selamat diserahkan pada Ayah Wan. 



Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek 1 Dapur 1 Keluarga - misi membantu membina semula kehidupan. Saya harap agar dapat istiqamah untuk meneruskan projek ini. Anything boleh contact atau follow saya di FB  https://www.facebook.com/merlynhasshim.



Merlyn Hasshim
Founder Projek 1 Dapur 1 Keluarga

2 comments:

  1. Hi! Just followed your blog as your post on Butterfly project. Do follow me too?

    Maybe you would like to get inspired on my latest blog post on my travels which maybe can help you decide next year trips ! :) Keep in touch !

    YouTube Link : https://www.youtube.com/watch?v=MzibM5r5xkU

    Catch my VLOG on my travel to Bandung, Indonesia and also a detailed post about my trip over at my blog : http://www.wandeerach.com/2015/04/bandungtrip.html

    ReplyDelete