728 x 90

Friday, 18 September 2015

Gold Coast here we come

Akhirnya percutian yang dirancang sebelum gst telah tiba. Kami dah sampai Gold Coast pagi ni dengan penerbangan Air Asia.Sementara tgh rajin saya nak cerita sedikit pengalaman kami. Sementara saya masih ingat lagi la.

Kami park kereta kat Putrajaya transit sebab kos parking kat sana jauh lagi murah dari budget parking klia2. Kami masuk jam 6.30 petang pada hari khamis, keluar balik dalam jam 7.30 pagi hari khamis berikutnya, total kena bayar RM30 sahaja. Murah jer kan. tiket ERL dari putrajaya ke KLIA2 utk 2 kanak-kanak dan dewasa dlm RM18.40. So total pergi balik campur parking tiket baru RM66.80. Kalau parking kat KLIA2, mau kena RM120+++ .

Kami sampai KLIA2 dalam 2 jam setengah sebelum departure. Kami dah siap check in kat rumah, nak drop bag jer. Kaunter check in dan drop bag ji dia sekalikan, dan campur utk semua penerbangan. Jadi sangat kelam kabut dan beratur panjang, Mujur lah baru beratur 10 minit, staff Air Asia panggil utk penumpang ke Goldcoast supaya pergi ke kaunter kelas sebab takut terlepas flight sebab boarding gate agak jauh jugak. Lepas dah sudah semua, larik gi makan mary brown jap sebab belum dinner. pastu kena mula berjalan, Singgah solat jamak semua. Siap, ngan-ngam terus naik flight takder rehat pun. Moralnya, datanglah aiport awal-awal. 

Flight belum take off pun si kecik ni dah tido

Airport Goldcoast, kecik jer mcm Senai Airport. 

 Kan... memang kecik jer airportnya. Satu terminal sahaja. Situlah tempat drop n ambil penumpang.

 Burung ni banyak kelihatan di sini. Bangau kot. 

 Happynya dier 

Muka bengang sebab coach tak sampai. miss communication punya fasal.Nasib tak ada plan/tour pagi ni. 

No comments:

Post a Comment