Friday, 25 September 2015

Day 2- Springbrook National Park

Kita mulakan hari ke 2 dengan nasik .... hehehehehehe

standard menu breakfast 5 hari berturut-turut

Kereta Persona pun ada kt sini tau...

Hajat di hati nak pergi Brisbane, apakan daya tak ada GPS, lepas tu nak reload internet prepaid pun dah berjam lamanya. So end up kitaorg ke Springbrook National Park. Tu pun sampai dah pukul 5, dah nak tutup dah. Tak sempat nak explore apa pun. Moralnya, lenkali pakai jer roaming internet maxis, RM38 jer sehari pun. beli prepaid kat sini pun dah 30 dollar. Patut kereta sewa ni kena ada sekali dgn GPS, blih pulak habis masa nak sewa. Silap kitaorg jugak tak tanya sebelum dah sign agreement bagai. 

Ni actually tempat berhenti utk ke bilik air n ada tempat makan utk BBQ bagai. 

Baru cukup 3 orang. Si abg lupa pakai jacket. Dah sejuk sikit ni. Mak dia dengan cardigan labuh jer,

Ngam-ngam jer cafe ni belum tutup. Pergi sebab dalam review cakap harus singgah makan scone.

Inilah minum petang bernilai 30 dollar bersamaan RM90+ 

Ini ler rupanya scone yang tersohor itu. Enak dimakan bersama jem dan whipping cream. Sangat gebu sekali.

Hot chocolate with marshmallow 

Cinnamon giant muffin 
Chocolate brownies

 Owner kedai ni pakcik tua, amik order pakai type dlm laptop jer

 Our tea party 

 Mummy dengan English Breakfast Tea tak dapat dipisahkan 



Bergambar kat depan kedai. Ingatkan nak tutup dah, sekali ramai pulak masuk bila kitaorg dah nak keluar.

Malam tu sambung lepak kat Surfer Paradise. Nanti buat entry khas untuk lokasi makan-makan yer. 

3 comments: