Wednesday, 2 September 2015

Lawatan ketiga ke Baitus Solehah- Akhirnya berjaya dukung baby cute ini

Hari ini saya bersama si bujang Shukri melawat lagi Baitus Solehah untuk kali ketiga.Sebelum tu sempat singgah di Tesco untuk membeli barang barang yg dikirim oleh penderma.


Pandangan dalam bonet kereta

Yang ni dah drop kat Baitus Solehah


Pembaca yang follow dari siri lawatan pertama mesti perasan baby yg saya dukung ni. Memula jumpa takut nak dukung sebab dah lama tak pegang baby.Hari ni berjaya dukung dia.Yeah, lulus akhirnya. Antara salah satu sebab nak datang lagi ke sini sebab nak bergomol dengan baby ini. Yang lain pun sempat gomol gak tapi sempat amik gambar ni jer. 

Ok, laporan lawatan hari ni. Pagi ni saya check dalam current account saya ada RM450. Last week  saya dah beli barang sikit guna duit donation minggu lepas . So saya pun sambung la shopping di Tesco sebab kat situ Milo paling murah, 31.99 untuk 2kg. Nespray pulak beli dekat pasaraya Titah, sebab kat situ baru RM42.50. Pastu beli minyak masak sikit ( boleh beli kaksimum 3 botol jer.. huhuhuhu). So summarize barang yang saya beli dan hantar hari ini adalah seperti di bawah: ( dibundarkan kepada sen terdekat nak senang kira

Nestum 500g = 10 unit= 10 x 7.00= RM70.00
Nespray 1.6kg= 3 unit = 3 x 42.50 = RM127.50
Milo 2kg = 6 unit = 6 x 32,00= RM192.00
Minyak masak 5 kg= 3 unit  = 3 x 13.35 = RM40.05
sabun axion + Cif= RM17
Jumlah pembelian = RM446.55

Jumlah donation diterima= 200+75+450 +34.40= RM759.40
Jumlah perbelanjaan lawatan kedua = RM148.35
Jumlah perbelanjaan lawatan ketiga= RM446.55
Baki= RM164.50 


Baki RM164.50 ni nanti saya pergi beli milo dan nestum utk dihantar next trip pula yer sementara tgh sale lagi.Sesiapa berminat nak sponsor atau infaq ke Baitus Solehah bolehlah PM saya di FB Merlyn Hasshim . Insya-Allah, jika diizinkanNya, saya akan jadikan sebagai projek bulanan di mana setiap bulan saya akan datang melawat dan menghantar barang keperluan, bergantung pada sumbangan yang ada. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penderma dan yang menyokong projek yang masih belum ada nama lagi ni. Hem, projek #sehatisejiwa boleh tak? pinjam tema kemerdekaan tahun ini jer la. 

Siapa nak mintak tunjuk resit, awal-awal lagi saya nak declare saya dah pos untuk contest Nestle ek, dan memang saya buat pecahan resit campur dengan barang peribadi saya sebab saya nak maksimumkan penyertaan saya. Korunk pun taukan saya still kena join contest sebab tu salah satu cara saya dapatkan dana untuk jalankan projek -projek sebelum ini. And I had to work for living too.Pada masa yang sama saya cuba cari good bargain supaya dpt minimize kos pembelian. Sebab tu saya tak shopping kat Aeon sebab barang mahal. Sanggup tu pergi few shops nak dapat good bargain. 

Satu lagi ni personal projek bersama kawan-kawan muka buku, bukan under team Babybox. Babybox projek lain, yang tu saya akan blogging dalam entry lain.  Dua projek berbeza. projek ni memang 100% dana dari saya dan rakan-rakan  muka buku.Hope this explain. 

Sekian dulu laporan terkini perjalanan hari ini. Hopefully dapat jumpa lagi next coming trip. 

1 comment: