728 x 90

Monday, 9 November 2015

Sehati sejiwa-Baitus Solehah

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah masuk bulan ke 4 projek Sehati Sejiwa- Baitus Solehah dilancarkan. Setiap bulan projek ini menerima sumbangan dari beberapa individu yang amat prihatin dengan perjalanan rumah perlindungan Baitus Solehah. Semoga sumbangan kecil kami ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan perlindungan, penjagaan, pendidikan dan pemulihan jiwa pelatih di sini.Terima kasih kepada semua penderma yang budiman. Tanpa kalian, tidak mungkin projek ini dapat direalisasikan setiap bulan. Harapan saya agar  dapat terus beristiqamah untuk meneruskan projek ini sehingga ke bulan-bulan berikutnya. 

Bibik wakil Baitus Solehah bersama cucu founder BS menerima sumbangan dari #sehatisejiwa

memborong sunquick yang tengah sale di Econsave, ada free gift lagi. 

Ini gambar terbaru baby Iman, dah makin besar

Baby Zulaikha baru bangun tidur, tgh moody tak berapa nak berposing sangat.

Bersama abg sado

Antara yang dibeli, semuanya berdasarkan permintaan Baitus Solehah. 

Kebiasaannya, setiap hujung bulan  saya akan bertanya pada Ummi ( founder baitus Solehah ) apakah barang keperluan yang diperlukan dan saya akan mula shopping bersadarkan list yang Ummi bagi serta budget yang ada bulan tu. If ada lebihan, saya carry forward ke bulan depan atau kadang-kadang tengah bulan pun if ada request saya belikan terus. So far Alhamdulillah, memang sumbangan tak putus-putus datang. 

Next visit Insya-Allah pada hari Jumaat ini bersamaan 11 Nov 2015 jam 3 petang. Sesiapa nak join lawatan ringkas ini boleh hubungi saya di FB Merlyn Hasshim . So far kita ada 2 orang yang turut serta dalam lawatan ringkas ini. Selalunya saya pergi bawak bebudak jer lepas diaorg balik sekolah, tapi kali ni ada special request dari individu yang nak menyerah sendiri sumbangan. Kalau sesiapa nak join boleh jumpa di meet point Petronas Taman Universiti bersebelahan dgn Aeon Taman U. Dari sana kita akan bergerak bersama-sama ke Baitus Solehah. Tolong jangan PM tanya alamat Baitus Solehah yer sebab ianya private n confidential. 

Untuk mengetahui aktiviti dan perjalanan Baitus Solehah, jemput layari FB mereka https://www.facebook.com/Baitus-Solehah-399193996854134/?fref=ts . 


notakaki: Saya memang tak pandai nak cerita, so siapa nak tahu cerita boleh direct  baca FB Baitus Solehah atau sama-sama kita pergi  melawat . 



Thursday, 5 November 2015

Jom berniaga sendiri bersama USAHAWAN.COM

 Adakah anda seorang peniaga? Bekerja makan gaji tetapi ingin memiliki perniagaan sendiri? Tidak tahu bagaimana nak mulakan? Masih tercari-cari perniagaan apa yang sesuai untuk dijalankan? Nak beli mesin takoyaki mini tetapi tidak tahu di mana?  Usahawan.com adalah jawapan kepada pencarian anda selama ini. 

Usahawan.com atau nama dahulunya, Evora Marketing telah mula beroperasi sejak tahun 2015 merupakan projek keusahawanan rakyat Malaysia yang  sesuai dengan standard dan citarasa pasaran tempatan. Syarikat yang 100% milik Bumiputra ini  berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal produk & perkhidmatan yang berkaitan beroperasi di Senawang dan mempunyai beberapa cawangan di sekitar Seberang Jaya, Shah Alam dan Johor Bahru. 

Usahawan.com menawarkan pelbagai pakej perniagaan mengikut budget dan kesesuaian anda. Dengan adanya website www.usahawan.com, anda dapat melayari dan membuat perbandingan sebelum membeli dan memulakan perniagaan anda. Segalanya mudah dihujung jari. Tidak perlu turun naik tangga ke pejabat mahupun kilang. Hanya klik sahaja anda boleh milik perniagaan sendiri. 

Mengapa anda perlu memilih usahawan.com sebagai rakan niaga anda? Pertama ia adalah syarikat penuh milik Bumiputra. Kedua kerana ia  merupakan pengimport/ pembekal secara langsung serta  memiliki kilang sendiri. Dengan ini, anda akan mendapat tawaran harga yang terbaik dan mereka juga  memiliki kilang pengeluaran produk berasaskan makanan yang telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM, jadik tak perlu ragu-ragu lagi akan status halal. 

Usahawan.com bukan sistem francais. Oleh itu, anda tidak perlu membayar sebarang yuran untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri. Selain dari harga berpatutan dan mampu milik, usahawan.com turut menyediakan latihan percuma dan khidmat sokongan selepas jualan. Menarik bukan? 

Jom kita layari website http://www.usahawan.com/  untuk melihat apa yang ditawarkan. 

Terdapat 2 pakej perniagaan yang ditawarkan ialah perniagaan percetakan dan perniagaan makanan. 





Pakej Perniagaan Pop Corn


Tertarik dengan pakej perniagaan pop corn +kiosk beroda. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan kepada yang nak baru mencuba berbisnes makanan bolehlah beli. Pop corn ni kalau nak makan kena pergi TGV la baru jumpa yang fresh. Kalau beli pakej ni boleh bukak gerai kat pasar malam mahupun pasar pagi. So far kat area saya ni belum ada lagi bisnes pop corn. Kanak-kanak pasti menggemarinya.

Menarik bukan? Jika anda berminat dengan bidang percetakan dan design, anda mungkin boleh mengambil pakej perniagaan t-shirt dan cenderahati .

Pakej Perniagaan Cetak T-Shirt & Cenderahati


Inilah yang anda perlukan, 8 in 1 Combo Heat Press Machine. Mesin ini menjanjikan kualiti yang sangat memuaskan dalam tempoh masa yang tidak dijangka. Kepakaran khusus tidak diperlukan untuk menghasilkan produk yang memuaskan hati, ianya cukup lengkap dengan bantuan mesin ini sahaja. Mesin ini berupaya mencetak T-shirt dan pelbagai jenis cenderahati seperti mug, topi, beg, jubin seramik dan mousepad. Bermula secara kecil-kecilan, pulangannya adalah sangat lumayan.

Bagaimana hendak membeli? Kunjungi mana-mana cawangan Usahawan.com Sdn Bhd seperti di bawah

Diharap dengan penulisan ini dapat membantu rakan-rakan dan pembaca blog di luar sana yang ingin memiliki perniagaan sendiri. Anda boleh mulakan pada hari ini di rumah bermodalkan di bawah RM1000 sahaja. Jangan bilang ahkak tak payung yer. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej perniagaan yang ditawarkan , boleh layari sendiri uasahawan.com di  http://www.usahawan.com/ atau follow FB mereka di https://www.facebook.com/usahawancom?fref=ts untuk mengikuti perkembangan dan promosi terkini. 

Wednesday, 4 November 2015

JUALAN AMAL BABYBOX JOHOR DAN FREE MARKET DI CBS PELADANG SKUDAI

Patutnya event ni kita wawarkan dalam blog minggu lepas tapi boleh pulak terlupa sebab sibuk sesangat. Event ni dah pun berlangsung Sabtu lepas bertempat di carboot sales (CBS) pasar Peladang Skudai. Team Babybox Johor telah mengambil 2 lot untuk mengadakan jualan amal serta free market. Jualan amal ini adalah untuk mencari dana untuk projek Babybox di bawah kelolaan Projek Tamak Pahala dan kami sebagai volunteer untuk zon Johor telah berhempas pulas seawal 7 pagi untuk menjayakan projek kecil ini.

Apakah itu free market? Free market ialah pasar percuma.... hehehehe, direct translation terus tu. Ok, free market ni bermaksud kita letak barang dan pengunjung boleh ambil free jer mengikut keperluan mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kurang mampu untuk mendapatkan keperluan dengan percuma. Buat masa sekarang kita cuma ada stok pakaian sahaja seperti baju dewasa, seluar jeans serta tudung .

Jualan amal pula kita ada menjual barang keperluan bayi; baru dan terpakai pada harga yang sangat murah. Katil kayu baby boleh dapat RM30 sahaja tau, mana nak dapat kat tempat lain. Kami bukan nak buat profit, tujuan kami adalah untuk membantu pasangan yang kurang mampu dalam persediaan untuk kelahiran bayi. Dengan serba serbi naik sekarang ni, kenalah bijak merancang perbelanjaan kan.

Ok, itulah serba sedikit ceritanya. Ini bukan report, tetapi sekadar coretan penulis untuk rujukan di hari akan datang. Oh ya, pada hari tersebut saya ada jual lasagna, namanya Lasagna Sedap Skudai. Nanti saya cerita dalam entry berikutnya yer.

Jom kita tengok dulu gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.

 Pengunjung sedang memilih pakaian di bahagian "free market" 

 Jualan amal Lasagna serta moist cake 
 Penulis bersama Kak Fidah, my senior masa kat UTM. Thank Kak Fidah sudi dtg dari jauh untuk support adikmu ini 

My first trial. Alhamdulillah, semua habis jual. Buat 2 tray jer, anak-anak dah pow 3 kotak.. huhuhuhu 

Ok, saya ada satu berita baik untuk orang Kota Tinggi.Pada 5 Nov ni, iaitu hari esok team kami akan berada di Karnival Usahawan dan Kerjaya Tenggara bertempat di Dewan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi . Kami akan adakan free market, jualan amal serta drop box bagi mereka yang ingin menderma barang-barang bayi untuk projek Babybox. So orang Kota, kita jumpa di sana esok yer.