Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah masuk bulan ke 4 projek Sehati Sejiwa- Baitus Solehah dilancarkan. Setiap bulan projek ini menerima sumbangan dari beberapa individu yang amat prihatin dengan perjalanan rumah perlindungan Baitus Solehah. Semoga sumbangan kecil kami ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan perlindungan, penjagaan, pendidikan dan pemulihan jiwa pelatih di sini.Terima kasih kepada semua penderma yang budiman. Tanpa kalian, tidak mungkin projek ini dapat direalisasikan setiap bulan. Harapan saya agar dapat terus beristiqamah untuk meneruskan projek ini sehingga ke bulan-bulan berikutnya.
Bibik wakil Baitus Solehah bersama cucu founder BS menerima sumbangan dari #sehatisejiwa
memborong sunquick yang tengah sale di Econsave, ada free gift lagi.
Ini gambar terbaru baby Iman, dah makin besar
Baby Zulaikha baru bangun tidur, tgh moody tak berapa nak berposing sangat.
Bersama abg sado
Antara yang dibeli, semuanya berdasarkan permintaan Baitus Solehah.
Kebiasaannya, setiap hujung bulan saya akan bertanya pada Ummi ( founder baitus Solehah ) apakah barang keperluan yang diperlukan dan saya akan mula shopping bersadarkan list yang Ummi bagi serta budget yang ada bulan tu. If ada lebihan, saya carry forward ke bulan depan atau kadang-kadang tengah bulan pun if ada request saya belikan terus. So far Alhamdulillah, memang sumbangan tak putus-putus datang.
Next visit Insya-Allah pada hari Jumaat ini bersamaan 11 Nov 2015 jam 3 petang. Sesiapa nak join lawatan ringkas ini boleh hubungi saya di FB Merlyn Hasshim . So far kita ada 2 orang yang turut serta dalam lawatan ringkas ini. Selalunya saya pergi bawak bebudak jer lepas diaorg balik sekolah, tapi kali ni ada special request dari individu yang nak menyerah sendiri sumbangan. Kalau sesiapa nak join boleh jumpa di meet point Petronas Taman Universiti bersebelahan dgn Aeon Taman U. Dari sana kita akan bergerak bersama-sama ke Baitus Solehah. Tolong jangan PM tanya alamat Baitus Solehah yer sebab ianya private n confidential.
Untuk mengetahui aktiviti dan perjalanan Baitus Solehah, jemput layari FB mereka https://www.facebook.com/Baitus-Solehah-399193996854134/?fref=ts .
No comments:
Post a Comment