728 x 90

Wednesday 11 November 2015

Keep Calm and Do Good Deeds



Personalized mug dari PRINTCIOUS  yang baru diterima minggu lepas. Tak terfikir pulak kata-kata di mug itu bersesuaian dengan situasi yang saya hadapi sebagai volunteer  hari ini .

Saya bermula dengan 5 unit dapur semasa Projek 1 Dapur 1 Keluarga  dan jumlah terakhir projek ini selepas dilancarkan bernilai 30K. Semuanya selamat dibelanjakan dan diserahkan pada team Raja Shamri. Selepas tu saya involve dengan team Babybox Johor dan yang terkini projek #sehatisejiwa- Baitus Solehah. Dalam projek ini, saya menjadi wakil untuk membeli barang keperluan Baitus Solehah mengikut keperluan dan permintaan mereka. 

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rerakan dan kenalan yang mempercayai dan menyokong projek kecil saya ini . Kepada yang ragu-ragu dan tak tahu, jangan malu atau segan untuk bertanyakan pada saya. Saya mengalakkan anda sama-sama pergi melawat supaya anda boleh melihat sendiri dan mempelajari sesuatu. Tapi saya faham kekangan masa anda sebab itulah saya buka untuk tolong belikan barang-barang yang diperlukan. 

Antara barang yang diperlukan ( bergantung kepada keperluan setiap bulan):

Milo
Nestum
Nespray
Quacker Oats ( Merah)
Susu pekat manis
Biskut cap Ping Pong
Oren Sunquick

Bahan-bahan memasak seperti kicap, sos cili, bawang, halia, cili kering , minyak masak dan apa-apa yang bersesuaian.

So basically my monthly shopping adalah barang-barang di atas dan dibeli mengikut keperluan Baitus Solehah sahaja. Macam bulan ni mereka request biskut Ping Pong n Sunquick, so saya beli la . Biskut ping pong tu saya beli 3 karton terus sebab lagi murah. beli kat Giant jer.

Akhir kata kalau u all nak buat ur own personalized mug, boleh order kat PRINTCIOUS.COM ek. Seriously dah jadi ketagih la pulak ni, hehehehehehehe 

Next projek, Insya-Allah next month kita akan bantu team third Force di Kelantan di bawah kelolaan Kak Yong untuk membekalkan keperluan persekolahan utk anak-anak yatim dan kurang berkemampuan. 

So keep calm and do good deeds! 


Merlyn Hasshim
Founder #sehatisejiwa-Baitus Solehah




3 comments:

  1. teruskan ye lyn... moga dipermudahkan lyn buat kerja2 yg elok macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Ila sebab selalu support projek Lyn :)

      Delete