728 x 90

Wednesday, 4 November 2015

JUALAN AMAL BABYBOX JOHOR DAN FREE MARKET DI CBS PELADANG SKUDAI

Patutnya event ni kita wawarkan dalam blog minggu lepas tapi boleh pulak terlupa sebab sibuk sesangat. Event ni dah pun berlangsung Sabtu lepas bertempat di carboot sales (CBS) pasar Peladang Skudai. Team Babybox Johor telah mengambil 2 lot untuk mengadakan jualan amal serta free market. Jualan amal ini adalah untuk mencari dana untuk projek Babybox di bawah kelolaan Projek Tamak Pahala dan kami sebagai volunteer untuk zon Johor telah berhempas pulas seawal 7 pagi untuk menjayakan projek kecil ini.

Apakah itu free market? Free market ialah pasar percuma.... hehehehe, direct translation terus tu. Ok, free market ni bermaksud kita letak barang dan pengunjung boleh ambil free jer mengikut keperluan mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kurang mampu untuk mendapatkan keperluan dengan percuma. Buat masa sekarang kita cuma ada stok pakaian sahaja seperti baju dewasa, seluar jeans serta tudung .

Jualan amal pula kita ada menjual barang keperluan bayi; baru dan terpakai pada harga yang sangat murah. Katil kayu baby boleh dapat RM30 sahaja tau, mana nak dapat kat tempat lain. Kami bukan nak buat profit, tujuan kami adalah untuk membantu pasangan yang kurang mampu dalam persediaan untuk kelahiran bayi. Dengan serba serbi naik sekarang ni, kenalah bijak merancang perbelanjaan kan.

Ok, itulah serba sedikit ceritanya. Ini bukan report, tetapi sekadar coretan penulis untuk rujukan di hari akan datang. Oh ya, pada hari tersebut saya ada jual lasagna, namanya Lasagna Sedap Skudai. Nanti saya cerita dalam entry berikutnya yer.

Jom kita tengok dulu gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.

 Pengunjung sedang memilih pakaian di bahagian "free market" 

 Jualan amal Lasagna serta moist cake 
 Penulis bersama Kak Fidah, my senior masa kat UTM. Thank Kak Fidah sudi dtg dari jauh untuk support adikmu ini 

My first trial. Alhamdulillah, semua habis jual. Buat 2 tray jer, anak-anak dah pow 3 kotak.. huhuhuhu 

Ok, saya ada satu berita baik untuk orang Kota Tinggi.Pada 5 Nov ni, iaitu hari esok team kami akan berada di Karnival Usahawan dan Kerjaya Tenggara bertempat di Dewan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi . Kami akan adakan free market, jualan amal serta drop box bagi mereka yang ingin menderma barang-barang bayi untuk projek Babybox. So orang Kota, kita jumpa di sana esok yer. 


No comments:

Post a Comment