728 x 90

Wednesday 9 September 2015

Lawatan ke Baitus Solehah bersama skuad Babybox Johor dan team Zumba

Alhamdulillah pada Sabtu lepas saya dan skuad baby box Johor dan team zumba telah melawat Baitus Solehah untuk menyerahkan sumbangan penderma yang kami telah berjaya collect melalui netwotk masing masing. Acara lain yang wajib buat semestinya bergomol dgn baby Zulaikha yang nampaknya dah kenal dgn achik lin n shukri sebab ini adalah kunjungan kami yg ke 4.Aariz join kali ni dan seronok nak bermain dgn baby Zulaikha.Sebelum ni dia jelous ek...huhuhuhuhuhuhu

Semua orang sangat excited dan teruja utk beramas  mesra dgn baby baby di sini.Masa kami tiba para pelatih sedang bertadarus Al Quran.Kami sempat lepak sambil mkn biskut bercicahkan oren sunquick ( sedap woo sampai satu balang nk habis dikerjakan kitaorg ).Anak anak yang turut serta dalam lawatan ini ternyata sangat seronok sekali. Pendedahan awal kegiatan khidmat masyarakat ini penting bagi memupuk kesedaran untuk saling membantu dan menyayangi sesama insan.
Diharap aktiviti ini skan diteruskan di masa akan datang. Er..silap haribulan esok pergi kot sebab si Aariz duk sibuk tanya bila boleh jumpa baby Zulaikha lagi.

Terima kasih kepada skuad baby box JOhor serta team Zumba kerana bersusah payah collect dana, pergi shoppinh dan sama-sama menghantar brang keperluan ke Baitus Solehah. Tidak lupa terima kasih kepada semua penderma yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab pembelian dan penyerahan barang-barang. Terima kasih kepada founder Baitus Solehah, Kak Muna kerana sudi menerima kunjungan kami dan melayan kami especially si Shukri n Aariz yang kuat makan/minum. Kami pasti akan kunjungi lagi nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan rumah perlindungan Baitus Solehah, bolehlah melayari FB Baitus Solehah.










Jika anda berminat untuk turut serta membantu; sama ada nak datang melawat sendiri atau nak menginfakkan benbarang keperluan harian boleh PM saya di FB Merlyn Hasshim . My next visit Insya-Allah minggu depan sebelum fly. 

4 comments: